Bila Umno hanya berani marah budak-budak
Tuesday, September 17 @ 10:36:52 MYT


Min Aina Ila Aina
Oleh Subky Latif
PEMIMPIN-pemimpin tinggi UMNO termasuk Tan Sri Khalil Yaakub dan lain-lain
hanya berani memarahi dan melarang pemimpin-pemimpin Puteri UMNO dari
menemui pemimpin-pemimpin UMNO menjelang pemilihan pergerakan budak-budak
perempuan UMNO itu.

Mengapa mereka tidak berani melarang pemimpin-pemimpin UMNO yang gatal
menerima kunjungan pemimpin Puteri UMNO?
Yang patut dimarah sekarang bukan calon-calon yang hendak merebut jawatan
yang menemui pemimpin-pemimpin UMNO tetapi pemimpin-pemimpin UMNO yang
campur tangan dalam urusan pemilihan pemimpin budak-budak perempuan itu.
Bahasa Megat Junid iaitu getik. UMNO tidak perlu getik kepada kunjungan
calon-calon ketua Puteri UMNO terhadap pemimpin-pemimpin UMNO tetapi yang
perlu digetik ialah pemimpin-pemimpin UMNO yang mencari pengaruh, memihak
dan campur tangan dalam ! urusan budak-budak itu.
Apa salahnya Azalina Othman Said mengunjungi Dato' Najib, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan lain-lain. Mereka berhak menemui sesiapa saja bagi mendapatkan
nasihat dan peluang-peluang yang menasabah untuk kebaikan dan kemajuan.
Cuma dinasihatkan jangan anak-anak gadis itu berjumpa orang jantan tua itu
seorang sama seorang. Ia boleh mendatangkan fitnah. Orang jantan tua
kadang-kadang tidak boleh dipercayai sangat terutama di zaman galaknya
kes-kes sumbang mahram ini. Bertemulah dengan membawa saksi dan jangan seksi
sangat.
Azalina adalah orang UMNO dan orang politik yang tercabar. Dia dicabar oleh
budaya UMNO dan oleh budak-budak UMNO pula. Politik wang, jatuh menjatuh,
ancaman keselamatan adalah asam garam dalam budaya pemilihan pimpinan UMNO.
Kalau UMNO memutuskan tiada pemilihan pimpinan menjelang pilihan raya akan
datang adalah mahu mengelakkan UMNO bercempera, dan kalau Dr. Mahathir
pernah mengharamkan Presiden ! dan Timbalan Presiden UMNO dipertanding dalam
pemilihan lalu, maka apakah ia tidak patut difikirkan ke atas pemilihan
pimpinan tuan-tuan puteri itu?
Jika Dr. Mahathir takut dan gelabah jika ditentang dan tiada jaminan Dato'
Abdullah Badawi boleh dikekalkan sebagai Timbalan Presiden UMNO jika ada
tentangan, maka apakah ia tidak menghantui Azalina?
Azalina tidak boleh duduk diam apabila usaha membunuh politiknya sudah pun
berjalan. Dia difitnahkan kononnya berskendal sejenis yang belum
dibersihkan. Ia adalah senjata musuhnya. Kini dia dicabar dan perasaannya
samalah seperti perasaan Dr. Mahathir dicabar Tengku Razaleigh dulu dan
semasa Rafidah Aziz dicabar Dr. Siti Zaharah Sulaiman.
Mereka tidak duduk diam memastikan tidak terguling. Maka apakah Azalina
patut menunggul, tak berbuat apa-apa bagi memastikan dia tidak terhina?
Jika orang lain mencari kerjasama jin untuk menang, maka tidak salah Azalina
mencari bantuan fikiran dari pemimpi! n-pemimpin UMNO.
Tetapi pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri gatal membuat kenyataan dan
menyokong calon yang mengunjunginya itu mengapa? Mengapa mereka mendengar
dan terpengaruh dengan puteri yang mengunjunginya?
Mereka patut faham yang mereka tidak bijak memihak. Dr. Mahathir sudah
menasihatkan supaya jangan ada lobi melobi dan politik wang dalam pemilihan
Puteri UMNO itu. Sepatutnya Dato' Najib, Muhyiddin, Muhammad Taib dan
lain-lain faham dengan isyarat Dr. Mahathir yang menggalakkan pertandingan
di kalangan puteri.
Sepatutnya mereka menasihatkan budak-budak itu berfikiran terbuka, sanggup
bersaing secara bersih dan mendisiplinkan diri tidak membuat kenyataan. Dan
kalau sudah menerima satu calon, maka mereka menerima pula calon lain.
Tetapi jangan adu dumbakan budak-budak mentah itu.
Budak-budak itu tiada pengalaman. Orang jantan tua yang sudah bersabut dan
banyak pengalaman dan pemimpin pula sepatutnya menjadi penasihat dan
mem! impin mereka ke jalan yang betul. Tetapi mereka pula yang jadi batu api
mengadu dumbakan anak buahnya sendiri.
Gara-gara jantan tua mempolitikkan budak-budak perempuan itu menyebabkan
sama-sama pemimpin UMNO ribut dan bertelagah. Malangnya mereka marahkan
budak-budak, tetapi tidak berani menegur yang tua-tua.
Kata pepatah Cina, ikan itu busuk dari kepala dulu. Kepala UMNO yang asyik
berbalah, kini memperalatkan anak-anak gadis lepasan sekolah berbalah sama
sendiri.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke