Tidak layak orang Islam bantu Amerika � Qaradawi
DOHA, QATAR, 23 Sept (Islamonline) � Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi dalam laman
web "Islamonline" berkata, tindakan Parti Pembangkang Iraq yang sering
memohon bantuan terus sama ada daripada Amerika ataupun Britain adalah tidak
layak disebut muslim kerana menggugat kemaslahatan negaranya.
Beliau menambah, jika sistem pentadbiran Iraq sekarang ini dianggap zalim,
ini bukan bermakna mereka dibenarkan mencari alternatif dengan menghalalkan
sistem Amerika ataupun Britain yang boleh membawa mudarat yang besar dalam
negara. Menurutnya, kedua-dua sistem tersebut sudah dikenal pasti
memperkayakan kepentingan Amerika dan Zionisme.
Al-Qaradawi menyifatkan bahawa jika Islam membenarkan perlucutan ketua
negara dari kalangan "Ahlul Halli wa-al'Iqdi" yang tidak menjalankan
tanggungjawabnya terhadap umat, maka Islam juga tidak membenarkan berpihak
kepada ketua negara kafir di negara umat Islam dan sekaligus mencengkamnya.
Dalam perkembangan berkaitan menurut Ketua Majlis Fatwa Eropah Syeikh Faisal
Molowi, adalah tidak dibenarkan menggunakan kaedah ketenteraan di
negara-negara Arab dan Islam untuk memukul sesama mereka.
Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa melancarkan pesawat perang musuh Islam
dari negara umat Islam dianggap bersubahat memusuhi dan membunuh umat Islam.
Terdahulu dari itu, menurut fatwa dua orang tokoh ahli fekah Iraq yang
disiarkan pada Disember 1998 menyebut perlu mempertahankan Iraq agar tidak
tunduk kepada telunjuk Amerika atau Britain.
Sumber itu juga menyebut kira-kira terdapat 55% rakyat Iraq berfahaman Syiah
daripada 22 million orang penduduk Iraq kesemuanya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
