Berita // News
Membelanjakan RM960 Juta Untuk 'Membeli' Undi Di Kubu Kuat PAS
Tuesday, September 24, 2002 - 03:29 AM GMT
Singapura hari ini melaporkan bahawa kerajaan BN akan membelanjakan sebanyak
RM960 juta di kawasan-kawasan seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu. Akhbar itu melaporkan bahawa perbelanjaan tersebut berfokuskan
infrastruktur pedalaman seperti membina jalanraya, jambatan, surau dan balai
rakyat. Walau bagaimanapun, pakar-pakar penganalisa politik berpendapat
bahawa BN sengaja menggunakan peluang ini untuk berkempen bagi pilihanraya
umum yang dijangka awal tahun 2004. Tidak boleh dinafikan bahawa
peruntukan perbelanjaan ter!
sebut disasarkan kepada kontraktor bumiputera
kelas F, kumpulan penyokong UMNO yang besar. Jurucakap Sekretariat Pemuda
Keadilan menganggap ini sebagai taktik lama untuk UMNO membeli undi. "Ini
merupakan penyalahgunaan wang dan kuasa oleh UMNO untuk meraih sokongan dari
orang kampung. Masih ramai yang ingat ketika pilihanraya kecil Lunas di mana
projek jalanraya diluluskan dengan tiba-tiba untuk 'membeli' sokongan
rakyat." "Langkah ini tidak akan berkesan, kerana yang untung hanya
kontraktor-kontraktor bumiputera yang kebanyakannya ahli UMNO dan
ketua-ketua cawangan dan bahagian UMNO. Akhirnya wang itu tidak dirasai
rakyat tetapi terus ditelan oleh orang UMNO". Akhbar Straits Times juga
berpendapat bahawa tidak semua akan termakan dengan taktik UMNO ini. Para
pengundi hari ini menuntut wakil rakyat yang bersih dari rasuah, jujur dan
telus - antara sebab-sebab utama Kelantan dan Terengganu tidak dikuasai BN.
> ATTACHMENT part 2 ap!
plication/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
