*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah Malaysia Mengikut Model Kamal Ataturk? (Siri Kedua)
http://marhaen0.tripod.com/mar_a_umat_prihatin02.html
PREAMBLE
KETIKA kebangkitan Islam sedang rancak melanda dunia sekarang, kita tidak boleh
mengabaikan perkara- perkarA yang mungkin menghalangnya. Kita tidak ingin kebangkitan
�n� tersekat atau dilambat-lambatkan. Justeru itu sejarah Kamal Ataturk perlu
disingkap dengan minda yang jelas supaya salinan falsafah, ideologi dan inspirasi
perjuangannya tidak menghalang kemaraan Islam yang bermula dari Timur ini sepertimana
yang pernah berlaku di Turki pada tahun 1920-an. Ini penting kerana kesan buruk
ideologi Kamal Ataturk tidak boleh diselindungi dengan menampilkan "keba�kan
keba�kannya" semata. Bagi pejuang-pejuang Islam khususnya, mereka mesti kenal siapa
sebenarnya musuh Islam ini kerana Sayidina Umar Ibnul Khattab pernah berkata:
"Aku khuatir mereka yang dibesarkan dan dididik dalam Islam tetapi tidak mempunyai
ilmu tentang cara hidup (tipu daya) orang-orang musyrik (jahiliah) akan meruntuhkan
Islam itu sendiri."
Kamal Ataturk diketengahkan sebagai penyelamat negara Turki dan cengkaman Kesultanan
Usmaniah. Beliau dijulang sebagai wira bangsa yang kononnya jaguh pembanteras
ulama-ulama beku yang 'allergic' dengan kemodenan dan pembangunan. Apakah Kamal
Ataturk benar-benar seorang wira yang boleh dibanggakan? Apakah ideologinya? Apakah
kesan yang'ditinggalkannya terhadap rakyat Turki khususnya dan Dunia Islam amnya?
Persoalan-persolan ini mesti dijawab untuk menghapuskan segala kekeliruan yang
berselindung di sebalik fakta sejarah. Membongkar rahsia kejahatan musuh dan
penderhakaannya terhadap Allah S.W.T. supaya umat terselamat daripada tipu daya mereka
adalah satu kewajipan. Dalam AI-Quran, Allah S.W.T. telah membongkar tipu daya
penentang kebenaran dan rahsia hati mereka secara terang terangan. Kisah penzaliman
Firaun, Namrud dan penderhakaan Abu Lahab misalnya, dipaparkan oleh Allah S.W.T. untuk
iktibar sepanjang zaman.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
�Dan ketika Kami (Allah) bebaskan kamu dari kaum Firaun mereka menimpakan kepadamu
penderitaan yang pahit, mereka sembelih anak-anak 1elakimu dan dibiarkannya hidup
anak-anak perempuanmu, dan di dalam hal itu ada ujian besar dari Tuhanmu."
(AI-Baqarah: 49)
"Binasalah kiranya kedua tangan Abu Lahab dan benar dia telah binasa. Kekayaannya dan
usahanya tidak berguna kepadanya. Nanti dia akan masuk ke dalam api yang menyala."
(AI-Lahab: 1-3)
"Dan mereka (Namrud dan pengikut-pengikutnya) hendak memperdayakannya (Nabi Ibrahim),
tetapi mereka Kami jadikan orang-orang yang menderita kerugian."
Setelah penzalim-penzalim itu tiada lagi, telah muncul 'Firaun, Namrud dan Abu Lahab"
baru yang kerjanya hanya menentang kebenaran sepanjang masa. Sifat derhaka dan
kezaliman mereka rupanya terus hidup sepanjang zaman dan salah seorang pewarisnya
ialah Kamal Ataturk.
/------------------------------------------------------------------------\
Iklan ini ditaja oleh
Toyol Rosli Ghazali & Mat Tyson Bhd.
Pembekal hantu raya untuk apa jua pilihanraya!
\-------------------------------------------------------------------------/
Justeru itu kejahatan-kejahatan Kamal Ataturk ini sangat perlu diketahui oleh umat
Islam. Perjuangannya adalah lanjutan tipu daya Yahudi untuk menghancurkan Islam dan
umat Islam itu sendiri. Allah S.W.T. menjelaskan di dalam firmanNya yang bermaksud:
"Tidak sekali-kali redha Yahudi dan Nasrani itu terhadap kamu (umat Islam) hingga kamu
mengikut cara hidup mereka." (AI-Baqarah: 120)
Yahudi, atas platform ilmiah dan keintelektualan, telah sekian lama menipu umat Islam
dengan mengelabui hakikat seseorang tokoh. Tokoh yang baik dikatakan jahat, manakala
yang jahat dikatakan baik. Kalau adapun yang memaparkannya secara jujur, ia hanya
disorot melalui fakta-fakta sejarah yang kaku, bukan dari sudut falsafah yang hidup.
Begitulah juga halnya dengan Kamal Ataturk ini. Musuh telah mernutar-belitkan fikiran
umat Islam hingga beliau diletakkan sebagai suri teladan yang kononnya membawa arus
kemodenan. Sedangkan pada hakikatnya Kamal Ataturk tidak boleh diterima langsung
sebagai pejuang bangsa apatah lagi sebagai pejuang agama. Beliau adalah pemusnah dan
bukannya penyelamat.
Kamal Ataturk memusuhi agama walaupun di awal perjuangannya beliau berpura-pura
cenderung kepada Islam. Setelah bertaring, Kamal Ataturk telah berusaha sedaya upaya
menolak Islam sebagai agama yang mempunyai sistem hidup yang lengkap. Beliau
menganggap Islam sebagai agarna yang berkait dengan kepercayaan semata- mata. Dunia
dan akhirat dipisahkan. Sufi dan teknologi dianggap bertentangan. AI-Quran dipandang
tidak berdaya mentafsirkan sains, falsafah, ekonomi dan pentadbiran.
Dunia Islam jarang dilberitahu bahawa Kamal Ataturk adalah ejen Yahudi yang berasal
daripada titisan darah Yahudi sendiri. Beliau memang diprogramkan sejak lama untuk
menghancurkan Islam. Lahimya daripada keturunan yang tidak menentu. Asal-usul
keturunannya yang kotor itulah yang melatari perjuangannya yang penuh dengan keganasan
dan kezaliman. Sikap Kamal Ataturk yang menentang Islam bukan sahaja meletakkan
dirinya di tahap orang fasiq tetapi tindak-tanduknya sudah bersifat munafiq. Apa yang
diwajibkan oleh Allah S.W'.T., seperti penutupan aurat, dihalangnya. Apa yang dilarang
oleh Allah S.W.T. seperti judi, arak dan pergaulan bebas digalakkan. Kononnya ingin
maju, moden dan membangun. Sesungguhnya ideologi Kamal Ataturk tidak mempedulikan
langsung nilai-nilai aqidah, syariat dan akhlak Islamiah.
Kita tidak boleh terus dikelirukan oleh ideologi Kamal Ataturk. Dan sebarang percubaan
meneruskan kesinambungan Kamalism itu mesti dibanteras. Kemungkarannya mesti
didedahkan supaya dapat dicegah daripada terus berleluasa. Maka atas dasar itulah
rencana ini ditulis agar umat Islam tidak ditipu oleh musuh yang sama sebanyak dua
kali. Cukuplah sekali, justeru yang sekali itupun sudahterlalu pedih akibatnya.
Moga-moga ya Allah, terselamatlah umat ini daripada tipu daya musuh-musuh Islam. Musuh
yang bertopengkan agama yang kadangkala berselindung di sebalik slogan kemajuan dan
pembangunan untuk menentang kebenaran.
(Akan bersambung ke Siri Ketiga.....)
- Umat Prihatin - 24.09.2002
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>