Akhirnya Umno lawan PAS dengan undang-undang
Wednesday, September 25 @ 11:16:39 MYT


JEJAWI (Perlis), 25 Sept (Hrkh) - Umno akan menggunakan segala saluran
undang-undang yang ada untuk mengekang pengaruh PAS kerana mereka hanya
takutkan PAS, demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS Dato’ Haji Musfata
Ali.

Oleh sebab itu Umno sekarang ini telah mula menggunakan undang-undang untuk
termasuk Akta Kesalahan Pilihanraya yang telah diluluskan tanpa persetujuan
pembangkang dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.
“Menaikkan deposit calon dan poster adalah salah satu daripada cara Umno.
Dengan cara ini Umno mungkin rasa lebih selamat kerana tampat Umno
bertanding, PAS juga akan letak calon di situ, Umno harap PAS tidak mampu
letak calon kerana deposit tinggi,” katanya ketika berceramah dalam Ijtimak
PAS Perlis kali ke 6 baru-baru ini.
Manakala di peringkat pentadbiran kerajaan pula katanya, kerajaan Pusat juga
menekan kerajaan PAS Kelantan dan Terangganu dengan berbagai cara seperti
merompak wang royalti dari kerajaan Terengganu.
Selain itu antara lain tekanan dan ketidakadilan kerana Pusat terhadap
kerajaan PAS ialah pimjaman bekalan air di mana kedua-dua negeri tersebut
dikenakan kadar faedah sebanyak 2 peratus sedangkan negeri yang diperintah
oleh BN tidak dikenakan faedah ke atas pinjaman tersebut.
“Dalam parti, mereka sekat cara parti, sekat ceramah, permit Harakah
dikurangkan daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan dan kini
mereka telah mula hendak ambil tindakan undang-undang kepada pimpinan PAS,”
tambahnya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke