Perak penuh dengan rakyat termiskin
Friday, September 27 @ 09:13:24 MYT
Oleh Hafiz Baqi
BAGAN DATOH, 27 Sept (Hrkh) - Rakyat di negeri yang diperintah oleh kerajaan
Barisan Nasional termasuk Perak masih ramai yang hidup dalam belenggu
kemiskinan serta kebajikan mereka terabai, kata Ketua Pemuda PAS Perak,
Ustaz Misbahul Munir Masduki.
Katanya, hasil daripada tinjauan dan lawatan oleh pihaknya kebeberapa
kawasan di Perak ini didapati golongan rakyat miskin masih terlalu ramai.
"Mereka bukan sahaja miskin tetapi kebajikan mereka juga diabaikan oleh
kerajaan.
"Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pemimpin BN serta RTM yang selama
ini terlalu ghairah menyiarkan kemiskinan rakyat Kelantan dan Terengganu
sahaja," ujarnya.
Baru-baru ini Exco Pemuda PAS Perak bersama wakil-wakil rakyat PAS telah
mengadakan program lawatan ke kawasan-kawasan berkenaan.
Beberapa kawasan yang dilawati termasuk Terung, Rungkup dan Titi S!
erong itu,
turut diadakan program dialog bersama rakyat dan taklimat kesihatan.
Menurut Misbah, hasil dari lawatan itu juga beliau dapat menyelami isi hati
sebenar rakyat dan masalah-masalah yang dihadapi mereka.
Sehubungan itu katanya, beliau yang juga Seketeriat Adun PAS Perak, akan
memastikan perkara-perkara yang berhubung dengan masalah rakyat itu akan
dibawa oleh wakil rakyat PAS ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk
dibahaskan.
Selain itu katanya lagi, pihaknya juga akan menyediakan satu belanjawan
alternatif untuk dibentangkan oleh wakil PAS dalam persidangan DUN Perak
November ini.
"Di peringkat Pusat perkara ini telah dibuat oleh BA dan kita juga akan
melakukannya di peringkat negeri dalam perbahasan belanjawan negeri Perak.
"Kita akan tunjukkan bahawa kita (PAS) bukan mengkritik sahaja tetapi turut
memberi sumbangan dengan mengemukakan cadangan-cadangan yang baik untuk
diperbincangkan," kata beliau.
> ATTACHMENT par!
t 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
