*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang benar, Perak masih ramai rakyat yang termiskin,
tak caya pegilah buat survey. Mukim Kota Setia masih
ada lagi bergantung kepada pendapatan dengan 'projek
menyiat daun nipah\ berapa kupanglah nak dapat sehari
untuk menyara hidup keluarga. Tak caya surveylah
sendiri, kena menyamar. Jangan bawa tok sidang ke atau
JKKK.Bota pun banyak .Jangan tepi-tepi jalan je, kena
masuk ke pendalaman.. baru jumpa. Tapi jangan lawat
PPRT. 'Program Pembangunan Rakyat Termiskin'. Banyak
yang miskin dapat lot. Maksud disini yang miskin tu
mereka yang tak pernah cukup. Ada mercedes dapat lot
PPRT tak caya pegi PPRT Kg. Gajah dan PPRT Senggang.
Bapak punya besar rumah disana.. Sekian.
 
 --- Number <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Perak penuh dengan rakyat termiskin
> Friday, September 27 @ 09:13:24 MYT
> 
> 
> Oleh Hafiz Baqi
> BAGAN DATOH, 27 Sept (Hrkh) - Rakyat di negeri yang
> diperintah oleh kerajaan
> Barisan Nasional termasuk Perak masih ramai yang
> hidup dalam belenggu
> kemiskinan serta kebajikan mereka terabai, kata
> Ketua Pemuda PAS Perak,
> Ustaz Misbahul Munir Masduki.
> 
> Katanya, hasil daripada tinjauan dan lawatan oleh
> pihaknya kebeberapa
> kawasan di Perak ini didapati golongan rakyat miskin
> masih terlalu ramai.
> "Mereka bukan sahaja miskin tetapi kebajikan mereka
> juga diabaikan oleh
> kerajaan.
> "Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pemimpin
> BN serta RTM yang selama
> ini terlalu ghairah menyiarkan kemiskinan rakyat
> Kelantan dan Terengganu
> sahaja," ujarnya.
> Baru-baru ini Exco Pemuda PAS Perak bersama
> wakil-wakil rakyat PAS telah
> mengadakan program lawatan ke kawasan-kawasan
> berkenaan.
> Beberapa kawasan yang dilawati termasuk Terung,
> Rungkup dan Titi Serong itu,
> turut diadakan program dialog bersama rakyat dan
> taklimat kesihatan.
> Menurut Misbah, hasil dari lawatan itu juga beliau
> dapat menyelami isi hati
> sebenar rakyat dan masalah-masalah yang dihadapi
> mereka.
> Sehubungan itu katanya, beliau yang juga Seketeriat
> Adun PAS Perak, akan
> memastikan perkara-perkara yang berhubung dengan
> masalah rakyat itu akan
> dibawa oleh wakil rakyat PAS ke Dewan Undangan
> Negeri (DUN) untuk
> dibahaskan.
> Selain itu katanya lagi, pihaknya juga akan
> menyediakan satu belanjawan
> alternatif untuk dibentangkan oleh wakil PAS dalam
> persidangan DUN Perak
> November ini.
> "Di peringkat Pusat perkara ini telah dibuat oleh BA
> dan kita juga akan
> melakukannya di peringkat negeri dalam perbahasan
> belanjawan negeri Perak.
> "Kita akan tunjukkan bahawa kita (PAS) bukan
> mengkritik sahaja tetapi turut
> memberi sumbangan dengan mengemukakan
> cadangan-cadangan yang baik untuk
> diperbincangkan," kata beliau.
> > ATTACHMENT part 2
> application/x-microsoft-ole-object name=Picture 
> 
> 
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> 
> 
> ---------------------------------
> Do you Yahoo!?
> New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!


__________________________________________________
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
http://sbc.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: bahsengoi priwit <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke