''Saya tidak pandai Bahasa Arab� - Perdana Menteri
Friday, September 27 @ 23:07:44 MYT
Oleh Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat
�IT was a slip of tongue" (ia tersilap cakap); demikian satu petikan dari
New Straits Times bertarikh 26 September 2002. Ia berupa kenyataan saya
untuk membetulkan kenyataan saya yang terdahulu di dalam ceramah di Beris
Lalang, Bachok baru-baru ini, yang menyebutkan bahawa Perdana Menteri tidak
tahu baca al Quran.
Apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya ialah Perdana Menteri tidak pandai
berbahasa Arab. Pengakuan ini terkandung dalam penggulungan ucapan beliau di
Perhimpunan Agung Umno yang lalu.
Kalau perlu dikutip, ia berbunyi: "Tuhan yang PAS sembah Bismillahi samseng,
hi penjahat, saya tak tahulah Bahasa Arab. Samseng wa penjahat. Inilah tuhan
yang PAS sembah sebab itu dia sesat" (Berita Minggu 23 Jun 2002- mukasurat
14).
Dengan ini saya telah membetulkan kenyataan saya. Tersilap cakap, maka
tersilaplah; kita perbetulkan. Ada juga wartawan yang meminta saya memohon
maaf. Saya berkata bahawa ia sudah cukup. Takkanlah berhutang RM10 disuruh
bayar RM11.
Ada orang mahu menganalisa bahawa tidak tahu berbahasa Arab juga bermakna
tidak faham dan tidak boleh bertutur Bahasa Arab. Bagaimana pula beliau
(Perdana Menteri) boleh benar-benar menyelami, menafsir dan menguasai maksud
sebenar ajaran al-Quran, sedangkan beliau tidak mengetahui Bahasa Arab.
Mereka berkata lagi bahawa sebab itulah timbul banyak fitnah terhadap Islam
apabila beliau yang tidak menguasai Bahasa Arab cuba pandai-pandai membuat
tafsiran sendiri mengenai hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Saya
tidaklah pula mahu campur tangan urusan yang terlalu mendalam melibatkan
analisis yang sejauh itu.
Cuma saya tetap merasa kejanggalan yang amat melampau apabila mendengar
Perdana Menteri sampai hati mengubah lafaz mulia "Bismillahirrahmanirrahim"
dengan "Bismillah hisamseng hipenjahat" atau "wa penjahat" dalam ucapan
beliau (lihat Berita Minggu 23 Jun 2002).
Kalau pun mahu menyindir PAS sekalipun, janganlah sampai terlajak sehingga
sanggup mengubah kalimat yang sebegitu mulia. Ini ayat al-Quran. Mungkin
urusan ini elok kita pulangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan sama ada untuk
memanggil Perdana Menteri dan menasihati atau memilih untuk terus berdiam
diri kerana dianggap itulah cara berhikmah.
Orang Umno tak adalah pula nampaknya membuat repot polis tentang berlakunya
penghinaan. Pelik juga. Biasanya rajin membuat kerja repot-merepot ni. Saya
pun tidak tahulah!
Tempat yang saya tersilap cakap, saya mengaku tetapi tempat yang saya
berdiri dan enggan memohon maaf, saya tetap berbuat demikian. Dalam isu
"samseng" saya tetap dengan pendirian kebenaran. Saya akan terus menunggu
Tan Sri Abdul Hamid Othman dan turut beliau walau sampai ke lubang cacing.
Saya enggan bertaubat seperti yang didesak oleh beliau dan tetap menanti
untuk mendengar bagaimana Abdul Hamid menafsirkan nama Allah "Al-Mutakabbir"
dalam Bahasa Melayu yang tidak menyerupai sifat makhluk. Bertaubat bagaimana
kalau ianya memang tidak salah!
Selaras dengan ini, saya teringatkan nasib Ezam Mohd. Nor dan Gobalakrishnan
yang telah didapati mahkamah sebagai ditahan secara salah. Penderitaan yang
ditanggung oleh kedua-dua mereka semasa dikurung di bilik gelap tentunya
berat.
Mereka disoal siasat di bawah tahanan reman yang hanya Allah s.w.t sahajalah
Maha Mengetahui akan kesulitannya. Isteri, anak-anak, ibu bapa dan
saudara-mara yang turut mengalami penderitaan zahir dan batin adalah satu
lagi kezaliman.
Tidak syak lagi mereka telah dikhianati. Telah berlaku sesuatu yang
sepatutnya tidak berlaku. Jika saya sanggup membetulkan kenyataan ini kerana
ini anjuran Islam, kenapa kita masih tidak mendengar pun pengakuan maaf
terbuka dari Menteri Dalam Negeri mengenai perkara ini?
Di mana maruah menteri berkenaan? Mangsa, keluarga mangsa dan seluruh rakyat
Malaysia masih menunggu sikap berlapang dada yang sedia bermohon maaf di
atas kesilapan yang sebesar ini. Kalau di negara luar, ianya mungkin akan
melibatkan perletakan jawatan menteri di portfolio berkenaan.
Ini, maaf pun tidak, mengakui kesilapan pun tidak, sedangkan kesilapan telah
disahkan sendiri oleh mahkamah. Masing-masing buat tidak faham. Jika dibuat
pemerhatian secara menyeluruh kepada isu-isu semasa khususnya selepas
penahanan Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 1998.
Ramai orang mengeluh kepada saya dengan kata-kata; faham-faham sajalah. Yang
benar disalah-salahkan. Yang salah didiamkan atau dibenar-benarkan. Semuanya
dalam keadaan serba salah. Tak tahulah!
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!
