Tidak berbangkit soal mohon maaf - MB
Saturday, September 28 @ 00:23:42 MYT


KOTA BHARU, 28 Sept (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,
tidak berbangkit soal minta maaf kepada Perdana Menteri, memandangkan
penjelasan mengenai kenyataannya sebelum ini sudah dibuat.

Katanya, beliau sudah membetulkan kenyataan yang disalah tanggap sebelum
ini, kerana maksud sebenarnya, Perdana Menteri tidak boleh menguasai bahasa
Arab dan bukan tidak pandai membaca al Quran.
Ini kerana, katanya timbul banyak fitnah terhadap Islam hari ini disebabkan
ada pihak yang tidak menguasai bahasa Arab cuba membuat tafsiran sendiri
mengenai hukum-hukum di dalam al-Quran.
"Ada pihak berpendapat bahawa tidak tahu berbahasa Arab juga bermakna tidak
faham dan tidak boleh bertutur Bahasa Arab.
"Bagaimana pula Perdana Menteri boleh benar-benar menyelami, menafsir dan
menguasai maksud sebenar ajaran al-Quran, sedangkan beliau tidak mengeta! hui
Bahasa Arab," katanya di sini awal pagi ini.
Semalam, akhbar melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi dipetik sebagai berkata, Menteri Besar Kelantan perlu memohon
maaf kepada Perdana Menteri kerana menuduhnya tidak pandai membaca al Quran.
Baru-baru ini, ketika berceramah di Bachok Tuan Guru Nik Abdul Aziz
dikatakan mengeluarkan kenyataan Perdana Menteri tidak pandai membaca al
Quran.
Bagaimanapun menurutnya, apa yang sebenar dimaksudkan pada kenyataan itu
iaitu Perdana Menteri tidak boleh menguasai bahasa Arab.
Menteri Besar berkata, isu itu timbul kerana beliau merasa kejanggalan yang
amat melampau apabila mendengar Perdana Menteri sampai hati mengubah lafaz
mulia "Bismillahirrahmanirrahim" dengan "Bismillah hisamseng hipenjahat"
atau "wa penjahat" dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno Jun lalu.
"Kalau pun mahu menyindir PAS sekalipun, janganlah sampai terlajak sehingga
sanggup mengubah ka! limat yang sebegitu mulia. Ini ayat al-Quran.
"Mungkin urusan ini elok kita pulangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan sama
ada untuk memanggil Perdana Menteri dan menasihati atau memilih untuk terus
berdiam diri kerana dianggap itulah cara berhikmah," katanya.
Beliau berkata, orang Umno tak mahu pula membuat laporan polis tentang
berlakunya penghinaan seperti itu.
Menurutnya, tempat yang beliau tersilap cakap, akan diakui namun untuk
memohon maaf persoalan tersebut tidak berbangkit.
"Dalam isu "samseng" saya tetap dengan pendirian kebenaran. Saya akan terus
menunggu Tan Sri Abdul Hamid Othman dan turut beliau walau sampai ke lubang
cacing.
"Saya enggan bertaubat seperti yang didesak oleh beliau dan tetap menanti
untuk mendengar bagaimana Abdul Hamid menafsirkan nama Allah "Al-Mutakabbir"
dalam Bahasa Melayu yang tidak menyerupai sifat makhluk. Bertaubat bagaimana
kalau ianya memang tidak salah!," ujarnya.
(Tulisan Menteri Besar men! genai isu di atas disiar penuh dalam ruangan
rencana)
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke