*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`laikum wrt
Kepada sdri Najwa Shakira & mukminat/mukminin..
Dalam buku `AMALAN HARIAN SEPANJANG ZAMAN' yg ada di tangan saya ni ada
menyebut (saya mengamalnya setelah dianjurkan) bahawa membaca surat 21-24
surah al-Hasyr 3x selepas salat subuh dan asar inshallah mendapat
perlindungan Allah, rahmatNya dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika
mati pada mlm dan siang hari akan perolehi syurga waAllahu`aklam..
Terjemahannya insyaAllah gini:
`SEKIRANYA KAMI TURUNKAN AL-QURAN INI KE ATAS SEBUAH GUNUNG NESCAYA ENGKAU
MELIHAT GUNUNG ITU KHYUSYU': SERTA PECAH BELAH KERANA TAKUT KPD ALLAH. DAN
(INGATLAH), MISAL-MISALNYA PERBANDINGAN INI KAMI KEMUKAKAN KPD UMAT
MANUSIA, SUPAYA MEREKA MEMIKIRKANNYA.
DIALAH ALLAH, YG TIDAK ADA TUHAN SELAIN DIA; YANG MENGETAHUI PERKARA YG
GHAIB DAN YG NYATA; DIALAH YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA MENGETAHUI. DIALAH
ALLAH YG TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN DIA; YG MENGUASAI (SEKELIAN ALAM); YANG
MAHA SUCI; YANG MAHA SELAMAT SEJAHTERA (DARI SEGAL KEKURANGAN); YANG
MELIMPAHKAN KEAMANAN; YG MAHA PENGAWAL SSERTA PENGAWAS; YANG MAHA KUASA
YANG MAHA KUAT (MENUNDUKKAN SEGALA-GQLANYA); YANG MELENGKAPKAN SEGALA
KEBESARANNYA. MAHA SUCI ALALH DARI SEGALA YANG MEREKA SEKUTUKAN DGNNYA.
DIALAH ALLAH, YANG MENCIPTAKAN SEKALIAN MAKHLUK; YANG MENGADAKAN (DARI
TIADA KEPADA ADA); YANG MEMBENTUK RUPA (MAKHLUK-MAKHLUKNYA MENURUT YG
DIKEHENDAKINYA); BAGINYALAH NAMA-NAMA YG SEBAIK-BAIKNYA DAN
SEMULIA-MULIANYA; BERTASBIH KPDNYA SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI;
DAN DIALAH YANG TIDAK ADA TOLOK BANDINGNYA; LAGI MAHA BIJAKSANA.
SADAQALLAH AL-ADZIM..
Pendapat saya apa-apa ayat Quran yang kita baca jangan lah terhad/terikat
kpd ayat-ayat tertentu dan kerana hendakkan sesuatu ganjaran semata-mata
mengamalnya baik tapi lebih afdhal kalau dibaca keseluruhan (sikit-sikit
tak pe janji istiqamah) apa-apa ibadat ikhlas kerana Allah insyallah ada
habuan Allah sediakan utk pengamalnya. Dlm kitab yg saya baca ini ada
dinyatakan ibadat paling utama dari segi bacaan, berbanding salat
sbesar-besar ibadat dari segi gerak lagku atau perbuatan.
Pahala membaca alQuran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah
diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.
SAtu lagi pendapat pula satu huruf dari al-Quran di baca :
- Dalam sembahyang - 100 kebajikan
- Di luar sembahyang berwudhu' - 50 kebajikan
- Tanpa wudhu - 10 kebajikan
Wallahu'alam...
Semoga kita mendapat manfa'atnya bersama...sorry terpanjang pula feedbck
dari saya ni..
Ilalliqak wama`asalaamah
-bint mohomed wahie
~Verily, only the remembrance of Allah do the hearts find rest
On Wed, 2 Oct 2002, najwa syakira wrote:
> assalamualaikum,
> tak kira ler yg macam mana as long as ianya kelebihan mengenai ayat tersebut...
> Belut Pisang wrote:maksud saudari "kelebihan" macam mana tu? ketakutan jin terhadap
>ayat tersebut? atau macam mana?
>
> -----Original Message-----
> From: "najwa syakira"
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Date: Tue Oct 01 22:07:43 PDT 2002
> Subject: H-Net* nak tahu
>
> >assalamualaikum........
> >
> >kepada netters semua; ada tak sesiapa yg boleh memberika terjemahan ayat surah Al
>Isra' bermula dari ayat 80 sehingga 85 dan apakah kelebihan ayat tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Zon Kamariah Mohomed Wahie <[EMAIL PROTECTED]>