*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah kempen ini bertujuan:

- supaya pihak suami tidak mengamalkan poligami?
atau
- supaya pihak isteri menentang poligami?


Kalau sekiranya tujuan UTAMA-nya ialah:
untuk mengelakkan berlakunya penindasan dan ketidakadilan kepada isteri
pertama...

bukankah lebih baik kalau kempennya di betulkan sebagai contoh:
Kalau tidak boleh adil - lebih baik satu suami satu isteri...

daripada melulu menentang poligami???

>>>>>>>>>>>>>>>>

12 NGO wanita lancar kempen monogami 
Satu suami- satu isteri
Oleh Norhafzan Jaafar

PETALING JAYA: Dua belas pertubuhan wanita yang bersatu di bawah Gabungan
Hak Wanita Dalam Islam melancarkan kempen monogami bertemakan 'Satu Suami
Satu Isteri'.

Kempen itu yang dilancarkan di sini semalam oleh isteri Pemangku Perdana
Menteri, Datin Seri Endon Mahmood bertujuan memberi kefahaman kepada
masyarakat bahawa amalan poligami yang dianggap hak istimewa kepada lelaki
bukan satu norma perkahwinan dalam Islam.

Kumpulan pertubuhan wanita itu bergabung menganjurkan kempen berkenaan
selepas tercetus kontroversi poligami apabila Menteri Besar Perlis, Datuk
Seri Shahidan Kassim menjemput lelaki Islam ke negeri itu untuk berpoligami
tanpa memerlukan persetujuan isteri pertama.

Antara pertubuhan wanita yang menyertai gabungan itu ialah Sisters in Islam,
Persatuan Bertindak Wanita (Awam), Persatuan Isteri dan Keluarga Polis
(Perkep), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita)
dan Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Persatuan lain yang turut serta ialah Persatuan Pekerja Wanita (PERWNIS),
Wanita Perkim Kebangsaan, Wanita Inovatif Jayadiri (Wijadi), Wanita Ikram,
Pusat Kesedaran Wanita (WCC), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan
Women's Candidacy Initiative (WCI).

Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Zainah Anwar yang mewakili gabungan itu
memberitahu pemberita gabungan berkenaan akan mencadangkan agar isteri yang
tidak sanggup dimadukan diberi hak membuat pilihan untuk mendapatkan
perceraian melalui taklik.

Langkah itu untuk mengelakkan berlakunya penindasan dan ketidakadilan kepada
isteri pertama.

Kumpulan itu berpendapat pemberian hak kepada isteri untuk membuat pilihan
perceraian melalui surat taklik atau perjanjian perkahwinan bukanlah satu
perkara baru kerana ia disokong oleh amalan tradisional sejak zaman awal
Islam lagi.

"Cicit Rasulullah saw, Sakinah Hussein, iaitu cucu kepada Ali dan Fatimah
pernah meletakkan pelbagai syarat dalam perjanjian perkahwinannya termasuk
syarat bahawa suaminya tidak boleh berkahwin lain selagi masih berkahwin
dengannya," katanya.

Beliau berkata syarat perjanjian itu adalah perlu memandangkan amalan
poligami kini lebih banyak menyebabkan berlakunya penganiayaan dan
ketidakadilan kepada wanita dan anak-anak serta merosakkan institusi
keluarga.

Beliau menambah, Islam tidak memaksa isteri menderita dalam perkahwinan
poligami sekiranya mereka tidak bersetuju suaminya berkahwin lain.

Cerai taklik ialah lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji yang dibuat
oleh suami selepas akad nikah disempurnakan. 
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Mukadepan/20030316224027/Article/

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke