*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni sebenarnya jerat makan tuan.  itu pasallah, dulu dok hentam hukum allah
(pasal hudud dsb) sekarang hang rasa pulak macam mana perasaan bila orang
memperlekehkan hukum allah.

Insaflah wahai hamba Allah yang LEMAH.


----- Original Message -----
From: Hassan, Haslim <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, March 17, 2003 1:51 PM
Subject: H-Net* 12 NGO wanita lancar kempen monogami Satu suami- satu isteri


> ***********************
> This e-mail was scanned by TM Net E-Mail Virus Shield.
> ***********************
>
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Adakah kempen ini bertujuan:
>
> - supaya pihak suami tidak mengamalkan poligami?
> atau
> - supaya pihak isteri menentang poligami?
>
>
> Kalau sekiranya tujuan UTAMA-nya ialah:
> untuk mengelakkan berlakunya penindasan dan ketidakadilan kepada isteri
> pertama...
>
> bukankah lebih baik kalau kempennya di betulkan sebagai contoh:
> Kalau tidak boleh adil - lebih baik satu suami satu isteri...
>
> daripada melulu menentang poligami???
>
> >>>>>>>>>>>>>>>>
>
> 12 NGO wanita lancar kempen monogami
> Satu suami- satu isteri
> Oleh Norhafzan Jaafar
>
> PETALING JAYA: Dua belas pertubuhan wanita yang bersatu di bawah Gabungan
> Hak Wanita Dalam Islam melancarkan kempen monogami bertemakan 'Satu Suami
> Satu Isteri'.
>
> Kempen itu yang dilancarkan di sini semalam oleh isteri Pemangku Perdana
> Menteri, Datin Seri Endon Mahmood bertujuan memberi kefahaman kepada
> masyarakat bahawa amalan poligami yang dianggap hak istimewa kepada lelaki
> bukan satu norma perkahwinan dalam Islam.
>
> Kumpulan pertubuhan wanita itu bergabung menganjurkan kempen berkenaan
> selepas tercetus kontroversi poligami apabila Menteri Besar Perlis, Datuk
> Seri Shahidan Kassim menjemput lelaki Islam ke negeri itu untuk
berpoligami
> tanpa memerlukan persetujuan isteri pertama.
>
> Antara pertubuhan wanita yang menyertai gabungan itu ialah Sisters in
Islam,
> Persatuan Bertindak Wanita (Awam), Persatuan Isteri dan Keluarga Polis
> (Perkep), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita)
> dan Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).
>
> Persatuan lain yang turut serta ialah Persatuan Pekerja Wanita (PERWNIS),
> Wanita Perkim Kebangsaan, Wanita Inovatif Jayadiri (Wijadi), Wanita Ikram,
> Pusat Kesedaran Wanita (WCC), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan
> Women's Candidacy Initiative (WCI).
>
> Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Zainah Anwar yang mewakili gabungan
itu
> memberitahu pemberita gabungan berkenaan akan mencadangkan agar isteri
yang
> tidak sanggup dimadukan diberi hak membuat pilihan untuk mendapatkan
> perceraian melalui taklik.
>
> Langkah itu untuk mengelakkan berlakunya penindasan dan ketidakadilan
kepada
> isteri pertama.
>
> Kumpulan itu berpendapat pemberian hak kepada isteri untuk membuat pilihan
> perceraian melalui surat taklik atau perjanjian perkahwinan bukanlah satu
> perkara baru kerana ia disokong oleh amalan tradisional sejak zaman awal
> Islam lagi.
>
> "Cicit Rasulullah saw, Sakinah Hussein, iaitu cucu kepada Ali dan Fatimah
> pernah meletakkan pelbagai syarat dalam perjanjian perkahwinannya termasuk
> syarat bahawa suaminya tidak boleh berkahwin lain selagi masih berkahwin
> dengannya," katanya.
>
> Beliau berkata syarat perjanjian itu adalah perlu memandangkan amalan
> poligami kini lebih banyak menyebabkan berlakunya penganiayaan dan
> ketidakadilan kepada wanita dan anak-anak serta merosakkan institusi
> keluarga.
>
> Beliau menambah, Islam tidak memaksa isteri menderita dalam perkahwinan
> poligami sekiranya mereka tidak bersetuju suaminya berkahwin lain.
>
> Cerai taklik ialah lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji yang
dibuat
> oleh suami selepas akad nikah disempurnakan.
>
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Mukadepan/20030316224027/Article/
>
> _____________________________________________________________________
> Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or
proprietary information. If you are not the intended recipient,
> kindly delete this email including all attachments, destroying all forms
of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the
information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result
in legal action.
>
> This message has been checked for all known viruses by the
> MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
> http://www.messagelabs.com/stats.asp
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sang Timur <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke