*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhbar berbahasa Arab di Timur Tengah dan di seluruh dunia menyeru 
negara-negara Arab agar bersatu dan menentang serangan tentera Ahzab 
ke atas Iraq. 

Terdapat juga spekulasi bahawa peringkat seterusnya peperangan salah 
satu pihak akan menggunakan senjata kimia.

===================

Bagaimana sebahagian dari negara-negara Arab menyokong musuh menentang 
saudara mereka, menakluki tanah air mereka dan berusaha untuk mencuri 
hasil minyak mereka?

Tishrin - Syria 

Dunia Arab sedang berhadapan dengan suatu ancaman yang paling besar 
iaitu kempen penaklukan dan ancaman terhadap kewujudan mereka. Mereka 
mestilah bersatu dan sembunyikan perselisih-famanan mereka buat 
seketika.

Al-Thawrah - Syria 

Kuwait sedang bermain api. Kerajaan Kuwait sedang melaksanakan satu 
polisi membunuh diri dengan menentang setiap usaha penyatuan dan 
persaudaraan sesama Arab dengan Iraq dan sanggup berkerjasama dengan 
Amerika yang zalim. 

Al-Quds Al-Arabi - London

Sikap Arab terhadap perang bukan hanya terhad kepada membantahnya dan 
menyeru agar ditamatkan perang. Mereka sepatutnya mempunyai satu 
wawasan bersama selepas perang.

Al-Sharq al-Awsat - London 

Kebencian Arab terhadap kolonizasi dan kebencian mereka terhadap mana-
mana kuasa asing [ke atas tanah air] mereka masih lagi menebal.

Ukaz - Saudi Arabia

Perasaan tertekan yang dihadapi oleh [presiden Iraq]  Saddam [Hussein] 
sekalang setelah diperlakukan sedemikian rupa dengan serang udara yang 
bertalu-talu ke atas Baghdad mungkin akan memaksa beliau menggunakan 
senjata kimia.

Al-Riyadh - Saudi Arabia

Dalam situasi jalan-mati ini, Tentera Ahzab pimpinan AS akan menggunakan 
senjata kimia. 

Al-Bayan - UAE

Washington berharap tentera Ahzabnya akan menerima sambutan selamat 
datang yang hangatkerana berusaha untuk membebaskan rakyat Iraq. 

Al-Jumhuriyah - Egypt

Persidang di antara [Presiden AS George W] Bush dan [Perdana Menteri 
UK  Tony] Blair tidak akan tercapai kecuali persidangan tersebut 
berbincang bagaimana untuk menghentikan peperangan yang mereka mulakan 
itu. Jika apa yang dilakukan mereka itu keranakepentingan rakyat Iraq, 
maka kedua-dua pemimpin tersebut, Bush and Blair, mestilah sedar bahawa 
kepentingan rakyat Iraq hendaklah diutamakan, iaitu menghentikan 
serangan ke atas mereka. 

Al-Watan - Qatar

AS and Britain telah mengumumkan bahawa mereka akan menghantar makanan 
pakaian untuk rakyat Iraq. Siapa yang memberitahu mereka bahawa rakyat 
Iraq sedang dalam keadaan kelaparan dan sedang menunggu bantuan
kemanusian mereka apabila tentera mereka sedang mengebom dan membunuh
puluhan rakyat Iraq?

Al-Jumhuriyah - Yemen

AS perlukan satu resolusi yang berani - Iaitu meninggalkan isu Iraq 
kepada rakyat Iraq sendiri. Tiada seorang pun di Iraq menunggu pem-
bebasan yang mahu dibawanya iaitu dibawah helmet tenteranya, dan tiada 
seorang pun di Iraq yang gembira dengannya.

Al-Jamahiriyah - Libya

Jika sekiranya di antara yang bersalah dan yang menekan memenangi 
peperangan ini, ia tidak akan memberi apa-apa erti. Jika satu kuasa 
jahat kalah maka kuasa jahat yang lagi satu tidak akan memenangi apa-
apa faedah politik di sebalik peperangan itu. 

Al-Akhbar - Egypt

Amerika akan membayar harganya lebih awal dari yang disangkakan. Tidak 
ada had bagi ketidakadilan Amerika dan sikap pemurahnya. walaupun oleh 
kekuasaannya atau kezalimannya, Amerika pasti tidak akan menang kerana
mereka tidak ada nilai-nilai kemanusiaan.

Al-Arab al-Alamiyah - London

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke