http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Mati hidup semula
Penduduk terselamat menunaikan solat di hadapan sebuah masjid yang runtuh
akibat gempa bumi di Pariaman,Padang,semalam.
--------------------------------------------------------------------------
a.. Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan setakat ini mangsa terkorban masih
kekal 715 orang, lebih 2,000 cedera dan beribu-ribu lagi masih hilang.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan jumlah terkorban mungkin
1,100 orang.
a.. Pelajar Malaysia di Universiti
Andalas, Felicia francis, 23, yang cedera dihempap sebatang besi sempat
menyelamatkan dua kanak-kanak iaitu anak pemilik rumah sewanya sebelum premis
itu ranap dilanda gempa di Pariaman, Padang, kelmarin.
a.. Seorang peniaga Malaysia, Wong Lee Kwong, 52, bagaikan mati hidup semula
apabila terselamat walaupun hotel yang didiaminya tiba-tiba runtuh menyebabkan
dia terhumban ke kolam renang tanpa pakaian.
PELAJAR Malaysia, Felicia Francis yang cedera dihempap besi apabila rumah
sewanya di Padang, runtuh kini menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Kuala
Lumpur. - Utusan / MOHD. NAIM AZIZ
--------------------------------------------------------------------------
[Non-text portions of this message have been removed]