http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm


Indonesia peruntuk RM52.7b bajet tentera

JAKARTA 13 Mac – Indonesia melancarkan pelan besar-besaran untuk memodenkan 
angkatan bersenjatanya yang serba kekurangan dan membangunkan sebuah industri 
pertahanan dalam langkah yang dilihat oleh penganalisis boleh mengubah 
keseimbangan strategik di rantau ini.

Selepas bertahun-tahun tidak mendapat peruntukan mencukupi, Kementerian 
Pertahanan kini memulakan ‘gerakan membeli-belah’ besar-besaran untuk peralatan 
tentera dan mengadakan usaha sama dengan syarikat pertahanan asing bagi 
mengeluarkan senjata, kata jurucakap Kementerian, Brigadier Jeneral Hartind 
Asrin, semalam.

“Kami sekarang memiliki wang untuk membeli lebih banyak peralatan tentera, 
kerana selama ini keupayaan pertahanan kami begitu rendah dan jauh ketinggalan 
di belakang negara-negara lain,” kata Hartind.

Tentera Nasional Indonesia (TNI) mempunyai kuasa meluas dan dituduh mencabul 
hak asasi manusia semasa pemerintahan Presiden Suharto selama tiga dekad.

Sejak Suharto berundur pada 1998, tentera menjalani banyak pembaharuan tetapi 
usaha untuk memodenkannya terjejas disebabkan kekurangan bajet berikutan krisis 
kewangan Asia pada 1997-1998.

Kini dengan ekonomi Indonesia berkembang pada kadar melebihi enam peratus 
setahun, kerajaan memperuntukkan bajet pertahanan berjumlah 156 trilion rupiah 
(RM52.7 bilion) bagi tempoh 2011-2014, membolehkannya membeli peralatan seperti 
jet pejuang, kapal selam dan kereta kebal moden. – DPA


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke