http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20120825/lu_02/Seramai-760-mati-sepanjang-Aidilfitri

Seramai 760 mati sepanjang Aidilfitri
JAKARTA 24 Ogos - Kemalangan jalan raya telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 
760 orang manakala lebih daripada 5,000 cedera di negara ini sepanjang musim 
perayaan apabila berjuta-juta penduduk negara ini pulang ke kampung 
masing-masing.

Menurut jurucakap polis, Boy Rafli Amar, lebih daripada 4,000 kemalangan 
berlaku seminggu sebelum perayaan Aidilfitri yang bermula Ahad lalu.

Kira-kira 20 juta orang pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga pada 
perayaan itu.

Kebanyakan mereka menggunakan motosikal untuk perjalanan yang jauh dan sering 
membawa dua atau tiga orang membonceng, termasuklah kanak-kanak.

Boy berkata, kecuaian memandu, jalan yang teruk dan penyenggaraan kenderaan 
yang kurang elok menyumbang kepada kemalangan.

Katanya lagi, kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah di kepulauan Jawa dan 
hampir 70 peratus adalah motosikal.


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke