http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/24/mstar_berita/20120824212339&sec=mstar_berita


Jumaat Ogos 24, 2012 


Pesawat Cessna Hilang Di Kalimantan Timur 
JAKARTA: Sebuah pesawat jenis Cessna yang dalam penerbangan dari Samarinda ke 
Bontang di Kalimantan Timur, dilaporkan hilang pada petang Jumaat.

Jurucakap Lapangan Terbang Temindung, Samarinda, berkata pesawat itu yangdisewa 
oleh sebuah syarikat swasta untuk kerja pemetaan di Bontang, membawaempat 
penumpang termasuk seorang warganegara Australia.

Pesawat itu yang berlepas pada pukul 7.51 pagi dari Lapangan Temindung dan kali 
terakhir berhubung dengan Lapangan Terbang Bontang pada pukul 8.04 pagi, 
dilapor hilang pada pukul 2 petang setelah gagal tiba di destinasinya di 
Bontang.

Operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan bagi mengesan pesawat ituyang 
dipercayai hilang di sekitar bandar Bontang. - BERNAMA 


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke