Ref: Berapa besar gaji TKI/TKW di Arab Saudia? http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20120928/lu_08/Arab-Saudi-naikkan-gaji-minimum-amah-Filipina
ARKIB : 28/09/2012 Arab Saudi naikkan gaji minimum amah Filipina MANILA 28 Sept. - Kerajaan Arab Saudi bersetuju menetapkan gaji minimum AS$400 (RM1,200) sebulan untuk pembantu rumah Filipina, setahun selepas isu menghentikan kemasukan pekerja terbabit dibincangkan. Naib Presiden Filipina, Jejomar Binay dalam kenyataannya berkata semalam, Arab Saudi turut bersetuju membatalkan larangan ke atas pekerja Filipina yang bekerja di negara Arab tersebut yang sebelum ini dikuatkuasakan sejak 11 Jun tahun lalu. "Selain membatalkan larangan, keputusan kerajaan Arab Saudi untuk menaikkan gaji pembantu rumah Filipina membuktikan komitmen bersama bagi melindungi hal-hal kebajikan pekerja," katanya. - AFP [Non-text portions of this message have been removed]
