http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_03/18-maut-di-hari-kedua-Aidiladha

18 maut di hari kedua Aidiladha
BAGHDAD 27 Okt. - Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam serangan yang 
menyasarkan puak Syiah dan puak Kurdis dalam dua serangan berbeza ketika umat 
Islam menyambut hari kedua perayaan Aidiladha hari ini.

Seorang pegawai keselamatan dan perubatan berkata, letupan bom yang dipasang di 
sebuah bas mini membawa jemaah Syiah di bandar Taji menyebabkan lima orang 
terbunuh.

Doktor memberi amaran angka kematian mungkin meningkat dan seorang kapten polis 
di Taji berkata, kira-kira lapan orang terbunuh dalam serangan yang berlaku 
kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).

Di Mosul, 350 kilometer dari utara Baghdad, tiga serangan menyasarkan komuniti 
Shabak, menyaksikan lima orang maut dan sembilan orang lain cedera, kata 
pegawai keselamatan.

Dalam serangan berasingan, lelaki bersenjata menyerbu sebuah rumah milik 
keluarga Shabak dan membunuh lapan orang dan mencederakan empat orang yang 
lain. - AFP


Artikel Penuh: 
http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_03/18-maut-di-hari-kedua-Aidiladha#ixzz2AdFeccBd
 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke