http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_07/Richman-penderma-susu-badan-terbanyak

ARKIB : 28/10/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing 
Services 
0 
Richman penderma susu badan terbanyak
 
Alicia Richman menjadi wanita pertama menderma 86 gelen susu badan kepada The 
Mothers' Milk Bank of North Texas. 
TEXAS 27 Okt. - Seorang wanita yang tinggal di North Texas diiktiraf oleh 
Guinness World Records sebagai penderma susu badan terbanyak bagi membantu 
kanak-kanak malang.

Alicia Richman, 28 dari Granbury, menderma 86 gelen atau 325.3 liter susu badan 
di antara Jun 2011 dan Mac lalu kepada badan kebajikan The Mothers' Milk Bank 
of North Texas.

Badan kebajikan tersebut membekalkan susu ibu kepada unit rawatan rapi neonatal.

Jumlah tersebut dianggap terlalu besar kerana seorang bayi yang baru lahir 
hanya minum susu kira-kira 88 mililiter sehari.

Richman berkata, dia mengumpul susu badannya di mana-mana sahaja termasuk 
ketika bekerja dan bercuti.

''Saya tidak pernah membeli formula untuk meningkatkan pengeluaran susu 
badan,'' katanya.

Richman mula menderma susu badan selepas melahirkan anak lelakinya yang kini 
berumur 19 bulan selepas mendapati dia mengumpul susu melebihi keperluan 
anaknya.

''Saya mengumpul susu yang boleh memenuhi dua peti sejuk, ia melebihi apa yang 
anak saya perlukan,'' katanya.

Kemudian wanita tersebut memutuskan untuk membantu anak pra-matang dan bayi 
yang tidak sihat yang memerlukan susu badan berbanding susu formula.

''Saya merasakan Tuhan merahmati saya dengan pengeluaran susu badan yang banyak 
dan saya perlu membantu bayi yang sakit untuk mereka terus hidup,'' katanya. - 
Agensi


Artikel Penuh: 
http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_07/Richman-penderma-susu-badan-terbanyak#ixzz2AdGlxsGS
 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke