Rekan-rekan semua,
 
Membaca berita harian Malaysia ini (www.utusan.com.my), memang korupsi di Indonesia sudah-sudah sangat parah. Tenaga Kerja Indonesia yang ditawarkan Indonesia ke Malaysia adalah RM. 1300/- sementara kalau menurut kalkulasi Malaysia tidak lebih sekitar RM. 500/- Menurut Malaysia kalau cost tersebut sangat tinggi yaitu RM. 1300/- akan sukar untuk menghilangkan PATI. Rupanya Malaysia tidak tahu bahwa biaya SILUMAN/ Korupsi di Indonesia sudah KRONIS. Makanya sewaktu FISCAL minta dihapuskan juga RI tidak mau. Padahal FISCAL adalah penghambat devisa masuk dan juga FISCAL adalah sumber KORUPSI yang tidak jelas pertanggung jawab-nya.
 
Silahkan baca copy & paste dari Harian Utusan Malaysia (www.utusan.com.my), dibawah ini.
 
Salam.
 

Kemasukan besar-besaran PATI dua minggu lagi jika bayaran tidak dikurang

KUALA LUMPUR 7 Mac - Kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ke Malaysia secara besar-besaran dijangka berlaku dalam tempoh dua minggu lagi jika kerajaan negara itu tidak mengurangkan bayaran prosedur kemasukan semula berjumlah RM1,300.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia (ISR), Khairudin Harahap berkata, maklumat mengenainya diperoleh daripada kumpulan-kumpulan PATI yang telah kembali ke Indonesia melalui program pengampunan yang tamat pada 28 Februari 2002.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan oleh Konsortium Pekerja Amnesti (KPA) itu amat tinggi serta boleh menyebabkan usaha kerajaan Malaysia untuk membanteras PATI menemui jalan buntu.

Katanya, PATI yang kembali ke Indonesia bagaikan terperangkap dengan janji-janji kerajaan Indonesia yang inginkan mereka memasuki Malaysia secara sah.

``Kami berasa terkilan apabila Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia memperakui KPA yang memulakan operasinya pada 1 Mac lalu selain membenarkan mereka mengenakan bayaran yang tinggi.

``Kerajaan Indonesia perlu telus dalam hal ini dengan mendedahkan siapakah yang berada di sebalik tabir KPA dan seandainya ada pihak yang ingin mengaut keuntungan, ia perlu dilakukan secara berpada-pada bukannya melampau,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Khairudin memberi reaksi itu apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid bahawa terdapat terlalu banyak syarat dan kerenah melibatkan pelbagai bentuk bayaran dikenakan terhadap majikan Malaysia yang hendak membawa semula pekerja Indonesia ke negara ini.

Menurut Azmi, jika perkara itu berlarutan, dikhuatiri lebih ramai warganegara Indonesia akan masuk semula ke Malaysia secara haram.

Tegasnya, jika itu berlaku, kerajaan terpaksa bertindak tegas dan pihak berkuasa Indonesia tidak boleh menuduh Malaysia menzalimi rakyatnya kerana sebenarnya mereka dizalimi oleh sistem yang diamalkan oleh negara itu sendiri.

Kata Khairuddin, kerajaan Indonesia sepatutnya memberi pasport secara percuma atau melalui sistem subsidi sekiranya mereka benar-benar ingin membantu golongan PATI masuk semula ke Malaysia secara sah.

Jelasnya, perkembangan semasa itu menjadikan PATI sebagai golongan yang tertindas kerana kos untuk memasuki Malaysia secara sah adalah kira-kira RM500 sahaja.

``Kos pasport hanya RM60 manakala untuk pengangkutan pula ialah RM200. Jadi, apa rasionalnya pembayaran RM1,300 terhadap golongan yang kurang berkemampuan itu. Tambahan pula, maklumat mengenai tujuan pembayaran itu juga tidak didedahkan kepada umum secara terperinci dan jelas,'' tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, jika berlaku tragedi kematian beramai-ramai akibat kapal karam atau ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia di kalangan PATI yang bakal menyelinap, kerajaan Indonesia perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Tambahnya, jika Malaysia memilih pekerja asing negara lain kerana pelbagai masalah yang timbul, ia adalah ekoran kesilapan Indonesia kerana Malaysia telah melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah PATI, malah pendekatan yang diambilnya juga wajar dipuji.



Block Spam Emails - Click here!

_______________________________________________
is-lam mailing list
[email protected]
http://milis.isnet.org/cgi-bin/mailman/listinfo/is-lam

Kirim email ke