mohd monier <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
To: [EMAIL PROTECTED]
From: mohd monier <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Fri, 28 Oct 2005 01:18:13 -0700 (PDT)
Subject: [Realiti_Hidup] Salam Aidilfitri: kisah seorang WIRA


Bagi sesetengah orang, Ahmad Khariri Al-Hadi Yusop, 28
tahun adalah seorang Hero dan seorang Wira. Bagi saya
yang kerana kesibukan kerja, jarang sangat
berkesempatan membaca akhbar atau pun menonton Berita,
saya langsung tidak mengenali siapa beliau sehinggalah
saya menerima sebuah email daripada seorang kenalan
saya di KL memohon bantuan.

Hari ini buat pertama kalinya saya mengenal siapa itu
Ahmad Khariri Al-Hadi Yusop; bukan setakat kenal siapa
beliau,  malah saya turut berkesempatan berbual lanjut
dengan beliau melalui telefon.

Benarlah seperti yang ditulis oleh kenalan saya itu;
Ahmad Khariri, penderma hati kepada allahyarham adik
Mohd Yohit, hidupnya umpamakan lilin membakar diri
memberi terang kepada orang.

Di bawah sana saya sertakan keratan sebahagian drpd
kisah derma hati beliau yang menjadi berita utama
dalam akhbar-akhbar perdana suatu ketika dulu, boleh
baca kalau nak tau detail story nya. Tapi, apa yang
nak saya tuliskan hari ini ialah kisah hidup beliau
yang tidak serupa orang setelah kisah beliau yang
diwar-warkan sebagai wira itu menjadi topik dan bualan
setiap orang, hatta dalam satu keratan berita yg saya
temui dalam internet, dalam satu ceramah/majlis,
seorang kenamaan meminta rakyat jelata menjadikan
Ahmad Khariri sebagai bapa contoh yang walaupun sudah
punya anak-anak tapi sanggup berkorban untuk seorang
insan yang langsung tidak dikenalinya.

Setelah berlalunya sebuah pengorbanan itu, apa pula
yang terjadi kepada beliau?

Inilah kisah beliau:

Beliau dulunya seorang Assistant Chemical Planner di
sebuah kilang industri di Shah Alam, setelah
sebahagian hatinya didermakan kpd allahyarham adik
Mohd Yohit; kerana faktor kesihatan beliau terpaksa
berhenti kerja dan menjadi penganggur terhormat.

Opps, sebagai orang yang terkenal, sekejap saja satu
negara tahu selepas itu dan keluar akhbar perdana
mengatakan perderma hati tidak ada kerja; maka sekejap
saja selepas itu keluar pula berita susulan kenyataan
daripada pihak yang berkenaan mengatakan bahawa
Kerajaan Jamin Perderma Hati akan dapat kerja.

Lalu, tunggulah si Ahmad Khariri ini akan kerja yang
dijanjikan, umpamakan malukut di tepi gantang; tunggu
punya tunggu kerja tarak mai jugak. Lalu, beliau pun
mengambil inisiatif pi sendiri ke sana sini mencari
kerja.

Masalahnya tiap kali pi interview kerja, bila orang
tau beliau siapa, orang akan tanya:

"Aik, bukan ke kerajaan dah janji nak bagi nko kerja?
Nanti kalau kami ambik nko kerja kat sini, lepas tu
bila kerajaan offer kerja, terus nko berhenti, naya la
kami!!"

Maka, hasilnya beliau terus tidak bekerja sampai la ke
satu tahap yang beliau dah tak boleh control lagi, ke
satu peringkat di mana buat pertama kalinya beliau
menitiskan air mata; iaitu tatkala mana isteri
kesayangannya bersalin melahirkan anaknya yang ke-3
bulan Mei yang lalu. Kata Ahmad Khariri thru telepon:

"Cubalah encik bayangkan, masa saya terbaring di katil
hospital kena bedah hati hari tu; dialah (isteri
beliau) yang setia menemani saya, dalam keadaan BOYOT
(mengandung) dia tu, dia dok pergi balik pergi balik
datang tengok dan jaga saya; tapi tiba-tiba bila
beliau pula yang terbaring di katil hospital nak
lahirkan anak, saya tak ada duit nak beli apa-apa
untuk beliau.....(macam nak nangis beliau adukan
cerita ini kpd saya)"

Lama lepas tu, setelah puas cari kerja, akhirnya
baru-baru ini beliau dapat juga kerja, jadi kerani
kontrak yang tak punya job security masa depan yang
terjamin.

Oleh itu, kepada kawan-kawan sekelian; jikalah anda
punya kelapangan, bawalah anak-anak, datanglah ziarah
keluarga seorang WIRA yang terbuang ini di alamat:

Ahmad Khariri A-Hadi Bin Mohd Yusop
No. 33 Jln 17/63,
Taman Mat Raji,
Padang Jawa
41300 Klang

H/p: 017-6351057

Ceritalah kepada anak-anak anda betapa mulianya hati
seorang insan bernama Ahmad Khariri ini, seorang ayah
kepada 3 orang anak-anak kecil (Noraina 5 thn, Noranis
4 tahun dan Alif Danial 6 bulan) yang rela berkorban
diri dan keluarga demi kepentingan insan lain tanpa
ada sebarang niat peribadi.

Di hari yang mulia bulan yang mulia itu nanti, bawalah
anak-anak anda ke sana, ziarahlah mereka, mungkin ada
kisah lain yang tidak sempat diceritakan saya dalam
tempoh perbualan telefon kami yang seketika itu.

Kepada mana-mana rakan yang punya peluang kerja yang
lebih terjamin buat beliau, boleh kot tolong
riki-rikikan untuk beliau. Mungkin itu dapat membantu
beliau...

Salam Aildilfitri buat semua.

[EMAIL PROTECTED]
28.10.05


(Keratan Utusan Online)

Mohd. Yohit selamat dikebumikan
Oleh: MOHD. FAIRUZ YUSOF

JOHOR BAHRU 30 Jan. - Suasana sedih menyelubungi Tanah
Perkuburan Islam Masai dekat sini apabila jenazah
kanak-kanak pesakit bengkak hati, Allahyarham Mohd.
Yohit Mohd. Farhan, 14 bulan, yang meninggal dunia di
Hospital Gleneagles, Singapura semalam dikebumikan
hari ini.

Jenazah Allahyarham diiringi bapanya, Mohd. Farhan
Abdullah dengan menaiki kenderaan jenazah dari
Hospital Umum Singapura tiba di rumah mereka di Taman
Seri Alam, Masai dekat sini kira-kira 4.50 petang.

Jenazah Allahyarham kemudian ditempatkan di bahagian
ruang tamu di rumah tersebut bagi membolehkan ibunya,
Siti Rosila Mat Adam dan saudara mara lain menatap
wajah Mohd. Yohit buat kali terakhir.

Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Masai dekat sini
untuk disembahyangkan dan kemudian dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Masai kira-kira pukul 6 petang.

Turut mengiringi jenazah ke kubur ialah Pengerusi Biro
Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat Pergerakan
Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal dan penderma hati
kepada Allahyarham Mohd. Yohit, Ahmad Khariri Al-Hadi
Yusop.

Hadir sama ialah pasangan suami isteri Iskandar @
Faisal Tumingin dan Nurulhaida Rabu iaitu ibu bapa
kepada Allahyarham Saffiyyah Khadijah Iskandar dan ibu
bapa Allahyarham Nur Atiqah Najwa, Mohd. Shariff Abdul
Hamid dan Azlina Mohamad.

Mohd. Yohit meninggal dunia pukul 1.20 petang di
Hospital Gleneagles, Singapura semalam setelah
mengalami masalah membuang air kecil sehingga
menyebabkan perutnya kembung dan sukar bernafas.

Kisah penderitaan kanak-kanak pesakit bengkak hati itu
mula dilaporkan pada 17 September tahun lalu apabila
keluarganya memerlukan wang sebanyak RM245,000 lagi
bagi membiayai kos pembedahan pemindahan hati dengan
segera.

Keprihatinan masyarakat negara ini menghulurkan
bantuan kewangan membolehkan Allahyarham menjalani
pemindahan hati setelah seorang pembantu perancang
syarikat swasta, Ahmad Khariri mendermakan sebahagian
hatinya kepada kanak-kanak berkenaan pada 18 Disember
lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Yohit dipindahkan ke Hospital
Glenneagles, Singapura pada 14 Januari lalu selepas
keadaannya dilaporkan kurang memuaskan.

Dalam pada itu, Ahmad Khariri berkata, kali terakhir
dia menemui kanak-kanak tersebut pada 15 Januari lalu
ketika di bawa ke hospital swasta berkenaan di
republik itu bagi menjalani rawatan lanjut.

Tambahnya, dia terkejut setelah menerima panggilan
daripada bapa pesakit kanak-kanak itu yang menyatakan
bahawa Mohd. Yohit meninggal dunia.

Katanya lagi, sejurus menerima panggilan tersebut dia
bersama isteri, Suzana Azizan dan dua orang anaknya
bertolak dari Kuala Lumpur pagi tadi menuju ke rumah
keluarga Allahyarham di Masai.








           
__________________________________
Start your day with Yahoo! - Make it your home page!
http://www.yahoo.com/r/hs


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke