Sewaktu tentera Islam tidak menang2 dan tidak juga kalah untuk satu jangka masa yang lama dalam satu peperang menetang kafirin, Umar al Khattab ra telah melawat markas tentera muslimin dan memeriksa kenapa terjadinya demikian. Diakhir lawatan, beliau merumuskan beberapa perkara antaranya :
 
1) Tentera Islam tidak rajin bersugi
2) Saf sembahyang tentera Islam tidak sempurna ( tidak rapat dan lurus )
3) Sedikit sekali pasukan Islam yang bertahajjud malam.
 
Lalu beliau mengarahkan tentera Islam memperbaiki keadaan ini. Tidak berapa lama kemudian, tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera musuh. Untuk cerita lanjut sila ke khutbah jumaat dibawah.
 
 
Kemungkin besar kejadian kekurangan air di Melaka/NS berpunca dari sikap/perlakuan umat Islam/masyarakat/pemimpin Islam setempat yang menjauhkan rahmat Allah SWT.
 
WAllahua'lam
Wassalam
Hizamri
 
----- Original Message -----
 
Subject: [islah-net] Hujan tak turun di empangan, catuan air Seremban diteruskan

Demikianlah kenyataan MB N.Sembilan. "Hujan pula bukan
di kawasan empangan, jadi tiada kesan pada paras air,"
katanya, pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis
Perbandaran Seremban.

Hujan lebat kerap turun di Seremban, tapi mengapa
hujan tak nak turun di empangan Terip yang terletak di
Seremban ? Siapa punya kuasa yang menentukan semua ini
dan mengapa ??? Apakah kawasan empangan “panas” ????
Apa yang harus dilakukan ??? Catuan air di Seremban
telah berlarutan lebih 5 bulan sedangkan jaminan awal
kerajaan negeri hanya satu bulan.

Berita Harian 17 Nov - JBANS sambung catuan air mulai
hujung minggu

SEREMBAN: Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS)
akan meneruskan kembali catuan air di daerah ini
selewat-lewatnya mulai hujung minggu ini jika paras
air empangan pembekal terus susut berikutan
pemberhentian catuan sempena Deepavali dan Aidilfitri
lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata
langkah itu terpaksa diambil kerana paras air di
Empangan Sungai Terip yang membekalkan air di daerah
ini merosot semula daripada 89.8 meter kepada 89.1
meter.

Katanya, kerajaan negeri bimbang jika paras empangan
berkenaan terus merosot sehingga ke bawah paras
kritikal 88 meter.

"Catuan bekalan air selang sehari terutama di daerah
ini mungkin akan diteruskan semula dalam tempoh
terdekat bagi mengelakkan paras air di empangan
terbabit turun ke paras kritikal.

"Hujan pula bukan di kawasan empangan, jadi tiada
kesan pada paras air," katanya, pada majlis rumah
terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
di kediaman Yang Dipertua MPS, Abdul Halim Abdul
Latif, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohamad meminta penduduk memahami
masalah yang dihadapi dan tidak menyalahkan kerajaan
yang tidak langsung mempunyai niat menyusahkan rakyat.

Katanya, semua pihak perlu memahami keadaan sebenarnya
kerana ketika ini JBANS membekalkan kira-kira 62 juta
gelen air sehari di daerah ini yang akan berkurangan
jika air Empangan Sungai Terip terus merosot.

"Bagaimanapun, JBANS akan terus membekalkan air
menerusi lori tangki di setiap kawasan catuan dan
pemimpin setempat diminta menyelaraskan penghantaran
air di kawasan masing-masing," katanya.


Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com




///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS





Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

Kirim email ke