Belia-beliau kampung di Rembau sekarang ini bertekad
bersungguh-sungguh untuk membawa Rembau ke arah daerah
yang Bebas Jenayah dan Bebas Dadah dengan kerjasama
Polis Daerah Rembau. Berikut ialah laporan terkini
yang dikemukakan oleh belia Kg Chengkau mengenai
kemungkinan kegiatan pelacuran di Pekan Chengkau untuk
siasatan lanjut pihak polis. Belia-belia di Rembau
sekarang ini sentiasa memasang mata dan telinga dan
menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Mereka ini
berada di mana-mana sahaja untuk mendapatkan maklumat
di pasar-pasar, di kedai kopi, di ladang getah, di
pusat snuker, di rumah-rumah tumpangan, di pasar tani
dan di tempat yang tidak diduga.

Semoga Allah memberi pertolongan kepada belia-beliau
Rembau ini yang walaupun tidak tinggi pelajaran mereka
tetapi bersungguh-sungguh menjaga kampung mereka
daripada sebarang unsur jenayah dan sosial.
*********************************
Tarikh : 21 Mac 2006

Kepada :
Ketua Polis Daerah
Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau
Tal  : 6852222 , Fax : 6857363

Assalamualaikum wrt wbt ,

Tuan ,

PER : LAPORAN AKTIVITI MENCURIGAKAN DI PEKAN CHENGKAU

Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini pihak
kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menyiasat
aduan penduduk setempat yang mengesyakki terdapatnya
kegiatan pelacuran pada skala kecil di pekan Chengkau
bermula sejak seminggu yang lalu.

Menurut maklumat yang diterima kegiatan ini dilakukan
di premis kedai terbiar bekas Bengkel Besi Wajib Juta
di pekan Chengkau (dilampirkan pelan lokasi). Disyakki
2 lelaki Melayu awal 20an dan seorang wanita Melayu
umur 20an terlibat dalam kegiatan ini, mereka ini
dikatakan semuanya berasal dari Rembau. Salah seorang
lelaki Melayu tadi menurut ceritanya adalah merupakan
anak saudara kepada pemilik bekas Bengkel Besi
tersebut.

Aktiviti ini disyakki dilakukan pada setiap hari
antara jam 12 tengah malam ke jam 6 pagi. Mereka yang
menjalankan kegiatan ini dilihat menggunakan kereta
Proton Iswara Aeroback berwarna hijau muda metalik.

Oleh yang demikian pihak kami mengharapkan pihak tuan
dapat menyiasat perkara ini, dan sekiranya kes ini
benar diharapkan mendapat tindakan selanjut yang
sewajarnya daripada pihak tuan.

Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan
ucapan setinggi penghargaan.

Sekian , terima kasih.

KE ARAH REMBAU BEBAS JENAYAH DAN BEBAS DADAH

Yang menjalankan amanah,
Mohd Nidzamuddin bin Ishak 
Jln Chengkau Lama, Kg Bongek, 71300 Rembau, NS


     
    Nandri vanakam, mindum santhipom inshaALLAH
   
   Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau 
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke