Pembahasan Hadis Ahad Sebagai Dalil Aqidah
Sesungguhnya orang-orang awam dari kaum muslimin dan para tokoh Islam
banyak yang tidak belajar tentang ilmu hadis, ilmu fiqih, ilmu tafsir, bahasa,
dan lain-lain. Akibatnya kaum muslimin dan para tokoh tadi tidak boleh
membezakan antara hadis dhaif dan hadis sahih. Mereka juga tidak boleh
membezakan antara hadis maudhu dengan hadis hasan. Mereka juga tidak boleh
membezakan antara hadis mutawatir dan hadis ahad, serta sejauh mana berdalil
dengan keduanya dalam masalah aqidah dan hukum (syariat).
Sikap yang lebih fatal adalah bahawa ramai dari kalangan kaum muslimin yang
mempelajari khabar ahad tidak seperti yang difahami ulama usul, tetapi hanya
dengan dogmatik yang salah, sementara ia hanya mahu menerima apa yang diajarkan
oleh para ustaz dan murid-muridnya atau para pemimpin (dari kalangan haraqah
Islam) tanpa pengetahuan yang mendalam dan pemahaman yang jernih. Akhirnya
mereka meniru-niru ucapan ustaz-ustaz mahupun pemimpin mereka bagaikan burung
kakak tua kemudian menyebarkan kebusukan dan caci maki, serta melabel
haraqah-haraqah Islam dengan kekafiran dan murtad dari agama Islam ! Lalu
bagaimana pendapat dan sikap para sahabat, tabiin, tabiut tabiin serta
ulama-ulama terhadap khabar ahad sebagai sumber aqidah?
Pendapat Dan Sikap Para Ulama Terhadap Khabar Ahad Dalam Masalah Aqidah
Kedudukan hadis ahad dikalangan ulama berbeza-beza, sebahagian berpendapat
bahawa hadis ahad menghasilkan keyakinan. Sebahagian yang lain berpendapat
bahawa khabar ahad bila didukung oleh qarinah-qarinah akan menghasilkan
keyakinan, sedangkan yang lain berpendapat bahawa hadis hanya menghasilkan dzan
dan tidak membawa kepada keyakinan 1. Inilah pendapat yang paling masyhur dan
dipilih oleh jumhur ulama hadis, fiqih mahupun usul. Akan tetapi para ulama
tidak berbeza pendapat tentang wajibnya mengamalkan hadis ahad.
Al-Hafidz Ibnu Hajar dan jumhur ulama, kecuali Imam Ahmad, berpendapat bahawa
hadis ahad tidak menghasilkan ilmu (keyakinan) sehingga tidak layak sebagai
sumber aqidah, senada dengan pendapat jumhur ulama, Imam Asnawy Al-Baghdady,
Imam An-Nawawi, Ibnu Solah, Imam Basdawly, Imam Abd Al-Bar, Imam Al-Ghazali,
dan lain-lain 2. Al-Kasâly menyatakan,
Jumhur fuqaha sepakat bahawa hadis ahad yang tsiqah (terpercaya)boleh
digunakan sebagai dalil dalam masalah amal (hukum syara) namun tidak dalam
masalah aqidah (keyakinan). 3
Imam Al-Qarâfiy salah satu ulama tekemuka dari kalangan Malikiyyah berkata,
alasannya mutawatir berfaedah kepada ilmu (keyakinan) sedangkan hadis ahad
tidak berfaedah kecuali hanya dzan (dugaan) saja. 4 Syaikh Jamaluddin
Al-Qasâmiy berkata, Jumhur kaum muslimin dari kalangan sahabat, tabiin,
tabiut tabiin dan ulama-ulama setelahnya baik dari kalangan fuqaha,
muhaddisin serta ulama usul sepakat bahawa khabar ahad yang tsiqah merupakan
salah satu hujjah syariyyah, wajib diamalkan, dan hanya menghasilkan dzan
(dugaan) sahaja dan tidak menghasilkan ilmu (keyakinan), sehingga tidak boleh
dijadikan sebagai sumber atau dalil dalam masalah aqidah. 5
Dr. Rifat Fauziy berkata, Hadis ahad adalah hadis yang diriwayatkan oleh
seorang, dua orang atau lebih akan tetapi belum mencapai tingkat mutawatir,
sambung sampai Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. Hadis seperti ini tidak
menghasilkan aqidah (keyakinan), akan tetapi hanya menghasilkan dzan. Akan
tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa beramal dengan hadis ahad merupakan
kewajiban. 6
Penolakan Para Sahabat Terhadap Khabar Ahad Sebagai Sumber Aqidah
Para sahabat telah menolak khabar ahad sebagai sumber aqidah, hal ini terpapar
dalam sikap para sahabat ketika menulis dan membukukan al-Quran yang merupakan
salah satu pangkal aqidah, dengan mensyaratkan iaitu: mereka mensyaratkan
jumlah tertentu yang dapat mengantarkan kepada kepastian, yakni tiga orang
(Zaid bin Tsabit dan dua orang lain yang menyaksikan, kadang-kadang Umar ra
menggantikan posisi Zaid radhiallahu anhu. Berikut ini uraian tentang
contoh-contoh penolakan para sahabat terhadap khabar ahad sebagai dalil aqidah:
Dari jalan Ibnu Saad berkata, Keduanya duduk dipintu masjid, dan tidaklah
seorangpun yang membawa sesuatu dari al-Quran yang disaksikan oleh dua orang
yang mereka inginkan, kecuali akan menulisnya. Menurut Ibnu Abu Daud dalam
Mashanif dari Yahya bin Abd Al-Rahman bin Hâtib berkata, Umar berkata: Siapa
saja yang menyimpan sesuatu (al-Quran) dari Rasulullah, maka serahkanlah. Dan
Umar radhiallahu anhu tidak menerima apapun dari seseorang sampai orang
tersebut menghadirkan dua orang saksi. Ubaid bin Umair berkata, Umar tidak
menerima satu ayat dari kitabullah sama ada dua orang saksi yang menyaksikan.
Dalam Sahih Bukhari dan Ibnu Abu Daud dan selain keduanya dari Zaid bin Tsabit
berkata, Ketika kami menulis mushaf, saya kehilangan sebuah ayat dari
Khuzaimah bin Tsabit Minal mukminin rijâlun, sedangkan Khuzaimah memiliki dua
orang saksi, Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam membolehkan persaksian
dengan saksi dua orang.
Imam Al-Anbariy meriwayatkan dalam Mashanif dan Al-Hasan, Ibnu Sirin dan Zuhri
dalam hadis panjang saat pengumpulan al-Quran, disana disebutkan, Abu Bakar
radhiallahu anhu memerintahkan seseorang untuk mengumumkan kepada masyarakat,
siapa saja yang memiliki sesuatu dari al-Quran agar mereka menyerahkannya.
Hafsah salah seorang Ummul mukminin berkata, Jika kalian sampai pada ayat ini,
beritahulah aku! ...Hafidzu ala al-salawat wa al-sahalaat al-wustha...
Setelah sampai pada ayat tersebut, mereka menyampaikan kepada Hafsah, Hafsah
berkata, Tulislah ...Hafidzu wa al-salat al-wustha wa al-salat al-ashr...
Umar radhiallahu anhu bertanya, Apakah kamu punya saksi? Hafsah menjawab,
Tidak Umar berkata, Demi Allah, kami tidak akan memasukkan apa yang
disaksikan oleh seorang perempuan sedang ia tidak punya saksi.
Imam Malik meriwayatkan dalam Al-Muwatha, dan Ibnu Abu Daud dalam Mashanif
dari Ummul mukminin Aisyah radhiallahu anhuma berkata, Telah turun ayat
tentang 10 kali (hisapan) susuan yang mengharamkan (menjadikan mahram),
kemudian kami hapus dengan 5 kali (hisapan) susuan. Kemudian Rasulullah
Sallallahu alaihi wa sallam meninggal, sedangkan beliau (Aisyah) menyatakan
ia adalah al-Quran. Namun tak seorang sahabat yang memperhatikan riwayat ini
dan merekapun tidak menulisnya didalam mushaf Imam. Al-Mazâriy berkomentar atas
khabar dari Aisyah radhiallahu anhuma tersebut, Tidak ada hujjah didalamnya,
kerana riwayat ini tidak ditetapkan kecuali dengan jalan ahad, sedangkan
al-Quran tidak ditetapkan dengan riwayat ahad (harus muatawatir).
Ibnu Abu Daud meriwayatkan dalam Mashanif, Al-Hâkim dan selain keduanya dari
mushafnya Ubay bin Kaab pada ayat tentang kifarah (denda) budak disebutkan,
Fa shiyâm tsalâts ayâm mutatabiaat fi kifârat al-yamîn (berpuasa tiga hari
berturut-turut untuk kifarat al-yamîn). Riwayat ini juga tidak dicantumkan ke
dalam mushaf Imam, sebab riwayat ini merupakan khabar ahad, sebagaimana contoh
riwayat-riwayat sebelumnya.
Imam Ahmad, Al-Hâkim dari Katsir bin Shalat berkata, Adalah Ibnu al-Ash dan
Zaid bin Tsabit sedang menulis mushaf, sampailah mereka kepada ayat ini, maka
Zaid berkata, Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam bersabda,
Al-syaikh wa syaikhaat iza dzanaya (abang dan datok jika berzina). Umar
radhiallahu anhu berkata, Bukankah engkau tahu bahawa seorang abang, jika
tidak muhsan akan dijilid, sedangkan jika seorang pemuda berzina dan ia muhsan
maka direjam. Dalam riwayat Muwatha Umar berkata dalam khutbahnya,
Seandainya bukan kerana orang-orang mengatakan bahawa Umar bin Khathab telah
menambah kitabullah, sungguh aku akan menulisnya (ayat rejam), sungguh kami
telah membacanya. Akan tetapi riwayat ini tidak dimasukkan sebagai ayat
al-Quran kerana merupakan khabar ahad, sedangkan al-Quran tidak ditetapkan
kecuali dengan riwayat yang mutawatir.
Berdasarkan ijma qathiy dari para sahabat radhiallahu anhum, untuk tidak
mengambil khabar ahad dan dzanniy untuk menetapkan salah satu rukun dari
rukun-rukun aqidah yakni al-Quran yang membangun seluruh rukun aqidah
islamiyah, maka tidak ada tempat lagi bagi pendapat yang menyatakan kemungkinan
mendirikan aqidah diatas keraguan (dzan) seperti khabar ahad. Ijma sahabat
telah menafikan pendapat dan propaganda yang menyatakan khabar ahad dapat untuk
dijadikan sebagai dalil aqidah.
Barangsiapa berpendapat bahawa khabar ahad membawa implikasi iman (keyakinan),
sesungguhnya ia telah menuduh sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu alaihi wa
sallam telah bersepakat mengurangi dan menambah kitabullah. Sebab para sahabat
Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam tidak mencantumkan riwayat-riwayat ahad
(yang dituntut sebagai al-Quran) ke dalam mushaf Imam yang wajib kita yakini
keasliannya. Pendapat diatas juga membawa implikasi bahawa para sahabat telah
melakukan kesalahan dalam masalah usuluddin, padahal mustahil bagi mereka
bersepakat untuk melakukan kesalahan dan kesesatan. Sungguh, al-Quran dan
sunnah telah menjamin keadilan mereka.
Dengan demikian mazhab yang menerima dzan dan khabar ahad dalam aqidah adalah
mazhab bathil dan asing, dan perlu ditinggalkan kerana pendapat ini telah
bertentangan dengan jumhur kaum muslimin baik dari kalangan sahabat, tabiin,
tabiut tabiin serta ulama-ulama setelah mereka baik dari kalangan muhaddisin,
fuqaha serta ulama usul. Mereka sepakat bahawa khabar ahad hanya menghasilkan
dzan (dugaan) saja tidak menghasilkan keyakinan sehingga tidak boleh sebagai
dalil aqidah.
Kesimpulan
Aqidah harus ditetapkan dengan dalil-dalil yang mutawatir, sebab kalau keimanan
boleh ditetapkan dengan dalil-dalil yang dzan (hadis ahad) tentu hal ini
bertentangan dengan ijma sahabat tatkala mengumpulkan al-Quran dan mushaf
Imam dan juga pendapat jumhur kaum muslimin baik dari kalangan sahabat,
tabiin, tabiut tabiin serta ulama-ulama setelah mereka baik dari kalangan
muhadisin, fuqaha serta ulama usul. Dengan mengatakan khabar ahad wajib menjadi
dalil aqidah sama ertinya meyakini al-Quran (mushaf Utsmani) tidak lengkap
kerana banyak riwayat ahad dinyatakan al-Quran namun riwayat-riwayat tersebut
oleh para sahabat tidak dicantumkan kedalam al-Quran (mushaf Imam). Apakah
anda cuba mengatakan bahawa para sahabat, tabiin, tabiut tabiin serta
ulama-ulama setelah mereka baik dari kalangan muhadisin, fuqaha serta ulama
usul telah sesat kerana tidak mengambil khabar ahad sebagai dalil aqidah?
Imam Ahmad menyatakan, Tanda yang menunjukkan dangkalnya ilmu seseorang ialah
bertaqlid kepada orang lain dalam masalah aqidah. 7
Sebagai penutup tulisan ini renungkanlah hadis Rasul yang menyatakan:
Jika seorang laki-laki berkata kepada saudaranya: Wahai kafir! Kemudian
dibalas oleh yang lain, maka kafirlah keduanya. [HR. Bukhari, Imam Ahmad dan
Ibnu Hanabal].
Wallahu alam bissawaab.
Catatan Kaki:
1. Hafidz Tsana al-Allah al-Zaahidy, Taujih al-qaariy ila al-qawaaid
al-usuliyyah wa al-hadisiyyah wa al-isnaadiyyah fi fath al-baariy, hal 156.
2. Lihat Mahmud Syaltut, Aqidah wa syariah, bab Aqidah.
3. Al-Kasaaly, Badaai al-shanaai, juz 1, hal 20.
4. Imam al-Qaraafiy, Fanqiih al-fushuul, hal 192.
5. Al-Qasaamiy, Qawaaid al-tahdits, hal 137-138.
6. Dr. Rifat Fauziy, Al-madkhal ila tautsiiq al-sunnah, ed 1, th 1978.
7. Imam Ibnu Jauzi, Talbis iblis, hal 82
---------------------------------
Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls. Great rates
starting at 1¢/min.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/