Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
   
  Firman Allah ta'ala dalam surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud,
   
  Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan 
kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah 
yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan 
orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan 
menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk 
mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka 
mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku 
dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) 
sesiapa yang kufur engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang 
derhaka (fasiq). (TMQ An-Nur [24]:55)
   
  Dalam membahaskan ayat ini, Imam Qurthubi di dalam Al-Jami’I li Ahkam 
Al-Quran berkomentar, “Memang benar bahawa ayat ini berlaku bagi umat Muhammad 
secara umum kerana kekhususan (takhsis) tidak berlaku. Kecuali penyampainya 
(Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam) memberitahukan tentangnya, yang 
berlaku adalah keumuman lafaznya”
   
  Imam Asy-Syawkani pula berkomentar dalam Fath al-Qadir (4/74), “Ini adalah 
janji Allah kepada mereka yang meyakini Allah dan melakukan kebaikan, bahawa 
Allah akan memberikan kekuasaan di dunia kepada mereka. Sebagaimana Dia 
memberikan kepada umat sebelumnya. Janji ini berlaku bagi umat secara 
keseluruhan. Ada anggapan bahawa janji ini berlaku bagi generasi sahabat tapi 
tiada bukti untuk mendukung kenyataan tersebut, kerana memiliki keyakinan 
(iman) dan melakukan kebaikan (amal soleh) tidak dibatasi bagi para sahabat 
sahaja bahkan terbuka bagi setiap individu yang menjadi bahagian umat”
   
  Maka ayat ini merupakan dalil bagi suatu ketetapan dari Allah ta'ala ke atas 
mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh agar diangkat menjadi penguasa 
(Khalifah) di muka bumi tanpa dikhususkan waktunya ataupun tempohnya.
   
  Manakala melalui beberapa hadis yang dilafazkan baginda melalui sanad-sanad 
periwayatan, mengkhususkan (takhsis al-Quran bi As-Sunnah) ayat tersebut, 
sebagaimana yang ditemui dalam hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi 
dari Nu'man Bin Basyir;
   
  “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di 
tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya 
apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah 
yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas 
kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk 
mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya 
atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk 
mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), 
adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia 
menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang 
mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau 
(Nabi) diam.” [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]
   
  Begitu juga ditakhsis ayat tersebut oleh hadis-hadis lain,
   
  1. Imam Ahmad dalam Musnad dari Maqal Bin Yasar “Tidak lama setelah aku pergi 
akan muncul para tiran (pemimpin zalim). Ketika itu, keadilan akan hilang 
hingga orang-orang yang lahir tidak tahu apa-apa. Lalu, Allah akan turunkan 
keadilan dan ketika itu para tiran akan pergi sehingga orang-orang yang lahir 
pada masa itu tidak tahu apa-apa”
   
  Bila direnung hadis ini dengan fikiran yang terbuka, jernih dan tulus realiti 
kini umat terutamanya pencinta kehidupan Islam sedang berhadapan dengan 
penguasa tiran dimana sahaja termasuk belahan bilad al-muslimin. Lalu apakah 
telah tiba tempoh waktu yang dilafazkan Baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam 
itu sebagai "Allah turunkan keadilan" biarpun hakikatnya sekadar sekelumit 
sahaja dari keadilan yang dinyatakan dalam Al-Quran ?
   
  2. Ibnu Asakir dalam Tarikh Ad-Dimasyq, Yunus Bin Maysara Bin Halbas berkata 
bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Kekuasaan ini (Khilafah) 
akan ada setelahku di Madinah, lalu di Syam, di Jazirah Arab, di Iraq, di 
Madinah lalu di Baitul Maqdis (Al-Quds). Lalu ketika kekuasaan itu di Al-Quds, 
itulah tempatnya yang terakhir kerana setelah itu tiada seorangpun yang akan 
menghapuskannya”
   
  Menela'ah sejarah kegemilangan Islam dibawah naungan Khilafah sejak 
tertegaknya negara Madinah Al-Munawwarah hingga keruntuhan Othmaniyyah (3 Mac 
1924) membuktikan Al-Quds tidak pernah menjadi Ibu Kota daulah Khilafah. Maka, 
saat Al-Quds akan muncul dengan izin Allah kelak.
   
  3. Ibnu Sa’ad dan Al-Muttaqi Al-Hindi di dalam Kanzul Ummal 14/252, 
kedua-duanya meriwayatkan bahawa Abu Umairah al-Mazani mengatakan bahawa 
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Akan ada bai’at di Baitul 
Maqdis”.
   
  Satu lagi bukti bahawa bai'at yang dimaksudkan sebagai tempat tertegaknya ibu 
kota daulah Khilafah suatu ketika sesudah zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi 
wa Sallam serta para Khulafa' ar-rasyidin. Juga sesudah zaman kejatuhan 
kekhilafahan Othmaniyyah.
   
  4. Imam Ahmad dalam Musnad 5/288, Abu Daud dalam Sunan no.2535, Al-Hakim 
dalam Al-Mustadrak, telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, 
“Ketika Khilafah datang ke tanah suci, maka gempa bumi, bencana dan 
peristiwa-peristiwa besar sudah dekat, dan Hari Kiamat akan lebih dekat 
dibandingkan jarak tanganku ke kepalamu”
   
  Ketika berlaku peristiwa Fathu Makkah, peristiwa-peristiwa besar seperti 
tanda kemunculan al-Qiamah itu belum wujud. Maksudnya akan muncul kekhilafahan 
yang akan masuk ke tanah suci sekali lagi, masanya belum tiba. Menandakan 
masanya akan tiba dengan izin Allah ta'ala.
   
  5. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 4/468, Imam Ahmad dalam Musnad 2/84, Abu Daud 
dalam Sunan no 2482, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda “Akan 
terjadi dua hijrah dan hijrah terakhir akan terjadi ditempat bapamu, Ibrahim as 
berhijrah”. 
   
  Hijrah pertama adalah hijrah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. 
Sedangkan penghijrahan kedua masih belum dilakukan oleh umat ini ke tempat asal 
penghijrahan Ibrahim 'alaihi salam yakni Makkah.
   
  6. An-Nawawi dalam Syarah Muslim (18/38-39), Ahmad dalam Musnad 3/317, dari 
Jabir, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda “Pada saat generasi 
terakhir dari umat ini akan ada seorang khalifah yang membahagi-bahagikan wang 
tanpa menghitungnya”
   
  7. Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim (18/13), Abu Daud dalam Sunan no. 4252, 
At-Tirmidzi (2/27), Ibnu Majah (2952), Imam Ahmad dalam Musnad (5/278 dan 
5/284), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (4/479), dari Tawban bahawa Rasulullah 
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Allah telah menyatukan seluruh bumi 
untukku sehingga aku dapat melihar bahagian timur dan barat sekaligus. Adapun 
kekuasaan umatku akan mencapai bahagian bumi yang pernah ditunjukkan kepadaku.”
   
  8. Imam Ahmad dalam Musnad (2/176), manakala Ad-Darimi dalam Musnad-nya 
(1/126), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (3/422), dari Abu Qabil ia berkata “Kami 
berada dirumah Abdullah Bin Amr Bin Al-‘Ash dan ia ditanya, ‘Mana yang akan 
lebih dahulu ditaklukkan, Konstantinople atau Rom?’ Abdullah meminta sebuah 
kotak, dari kotak itu ia mengeluarkan sebuah buku, lalu berkata. ‘Kami pernah 
berkumpul bersama Rasulullah SAW yang sedang menulis, lalu baginda ditanya, 
‘Kota mana yang lebih dahulu ditakluk ? Konstantinopel atau Rom? Baginda 
menjawab “Kota Heraklius (Hercules) akan ditaklukkan lebih dulu” 
   
  Khalifah Muhammad al-Fateh telah menawan Constantinople dalam 800 tahun 
setelah Rasulullah SAW mengeluarkan hadis ini.
   
  9. Imam Ahmad dalam Musnad-nya dan Abu Daud dalam Sunan-nya meriwayatkan dari 
Syaiban bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
   
  Di antara umat ku akan ada sebuah kelompok (thaifah) yang tetap berada dalam 
kebenaran, kemenangan, dan tidak akan dikalahkan oleh orang-orang yang berbeza 
dengan mereka sampai datang ketetapan (kemenangan) dari Allah.
   
  10. Imam Ahmad, Muslim, dan Tirmidzi menambahkan:
   
  Orang-orang yang mengabaikan mereka tidak akan mengganggu mereka.
   
  11.Muslim dan Bukhari telah meriwayatkan dari Muawiyah yang berkata: Aku 
mendengar Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:
   
  Sebuah kelompok dari umatku akan berdiridi atas ketetapan Allah, mereka tidak 
akan diganggu oleh orang-orang yang mengabaikan mereka atau yang berbeza dengan 
mereka, hingga datang ketetapan Allah memenangkan mereka atas orang lain. 
   
  12. Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad dalam Musnad-nya juga meriwayatkan bahawa 
Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
   
  Dari umatku akan ada segolongan umat yang berdiri di atas ketetapan Allah, 
orang-orang yang berbeza dengan mereka atau yang mengabaikan mereka tidak akan 
sanggup mengganggu mereka hingga datang ketetapan dari Allah dan mereka berada 
di atasnya. Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu mengatakan, “Mereka berada di 
Syam”.
   
  13. Imam Ahmad dan Thabrani meriwayatkan dari sanad yang tsiqah (terpercaya) 
dari Abu Umamah yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam 
bersabda:
   
  Akan ada sebuah kelompok dari umatku yang akan mendapat kemenangan dalam 
agama ini dan mereka akan mengalahkan musuh-musuh mereka. Mereka tidak akan 
diganggu oleh orang-orang yang berbeza dengan mereka, kecuali sekadar 
penyiksaan kesengsaraan sampai datang ketetapan dari Allah dan mereka berada di 
atasnya. Orang yang bercerita lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah 
mereka berada?” Beliau menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan 
sekitarnya”.
   
  14. Ibnu Majah dalam Sunan-nya meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi 
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
   
  Akan ada sebuah kelompok dari umatku yang berdiri di atas ketetapan Allah dan 
mereka tidak akan diganggu oleh orang-orang yang berbeza dengan mereka.
   
  15. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad yang 
sahih dari 'Umar bin Khaththab radhiallahu 'anhu:
   
  Akan ada sebuah kelompok dari umatku yang akan terus mendapat kemenangan di 
atas kebenaran hingga datang Hari Kiamat.
   
  16. Diriwayatkan oleh ad-Darimi dari Mughirah bin Syu’bah yang mengatakan 
bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
   
  Akan ada sekelompok orang dari umat ini yang akan berbeda dari orang-orang, 
sampai datang ketetapan Allah dan mereka akan memperoleh kemenangan.
   
  17. Imam Ahmad dalam Musnad-nya (5/114) meriwayatkan dari Ubai bin Abi Ka’ab 
yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
   
  Bawalah khabar gembira kepada umat ini, bahawa umat ini akan memiliki 
kekuasaan, kebanggaan, agama, kemenangan dan kekuasaan di muka bumi. Jadi, 
barangsiapa yang lebih menginginkan pahala di dunia berbanding di akhirat, ia 
tidak akan mendapat apa pun di akhirat kelak.
   
  Dalil Rasional
   
  Orang-orang kafir barat melalui lidah pemimpin-pemimpin mereka meyakini 
kepada kebangkitan semula Khilafah.
   
  1. Eric Edelman, Setiausaha Polisi Pertahanan AS, berucap dengan merujuk 
kepada Khilafah sekitar Nov-Dis 2005 sebelum bersidang dimeja bulat di Kaunsil 
Hubungan Luar “Masa depan Iraq samada dinaungi keganasan pengganas dan 
melebar-luaskan pengaruh serta berkebolehan mendirikan Khilafah, atau ia akan 
berdepan dengan kepincangan yang besar”
   
  2. Setiausaha Pertahanan AS Donald Rumsfeld pula berucap pada 5 Disember 2005 
di Washington mengatakan “Iraq akan melaksanakan dasar baru Khilafah Islamiyyah 
untuk (kekuasaannya) Timur Tengah, dan dimana ianya akan mengancam kekuasaan 
kerajaan Eropah, Afrika dan Asia. Ini rancangan mereka. Mereka menyatakan 
demikian. Kita melakukan kesilapan besar jika kita gagal mendengar dan 
memahami”. Kemudian beliau turut merujuk kepada (perkataan) Khilafah hanya tiga 
hari selepas itu dalam temubualnya dengan PBS.
   
  3. Stephen Hadley, Penasihat Negara AS, merujuk kepada (perkataan) Khilafah 
dalam bulan Oktober 2005 ketiba berucap di New York dan Los Angeles ketika 
Jenderal Abizaid, pemerintah tentera AS di Timur Tengah, di Capitol Hill 
September lalu berkata “Mereka cuba mendirikan Khilafah diseluruh dunia kaum 
muslim”.
   
  4. Carleton S, ketika memberi komentar tentang peradaban Islam dari tahun 800 
hingga 1600, menyatakan, "Peradaban Islam merupakan peradaban yang paling besar 
di dunia. Peradaban Islam sanggup menciptakan sebuah 'continental super state' 
yang terbentang dari satu samudera ke samudera yang lain….Tenteranya merupakan 
gabungan dari pelbagai bangsa yang melindungi perdamaian dan kemakmuran yang 
belum pernah dikenal sebelumnya." [Ceramahnya pada 26 September 2001, dengan 
judul, "Technology, Business, and Our Way of Life: What's Next"].
   
  5. George W Bush (Laknatulahi ‘Alaih) pada 6 Oktober 2005, menyatakan hal 
yang senada :
   
  "Kaum militan percaya bahawa dengan menguasai satu negara akan menggerakan 
umat Islam dan sanggup menggulingkan pemerintahan moderat di Timur Tengah dan 
menegakkan kembali empayar Islam radikal yang akan menyebar dari Sepanyol 
hingga Indonesia."
   
  Nyata, Khilafah adalah perkataan yang mampu mengigaukan musuhnya round the 
clock. Ini kerana analisis mereka berdasarkan pemerhatian yang rinci serta 
sokongan dalil naqli seperti yang dinyatakan diatas. Namun, malangnya keyakinan 
itu tiada pada sebahagian besar umat Islam tatkala ini. Bahkan pula ada yang 
menentang seolah-olah khilafah bukan suatu yang benar dan pasti !
   
  Khatimah
   
  Selain dari dalil kewajiban umat Islam mendirikan semula Khilafah sebagaimana 
yang dituturkan sebelum ini, hadis 'Khilafah 'Ala Minhaj An-Nubuwwah' (HR 
Ahmad/Baihaqi) itu juga mengiringi suatu tuntutan. Sekurang-kurangnya kaum 
muslimin wajib meyakini bahawa tugas merealisasikan sabda Baginda Sallallahu 
‘alaihi wa Sallam tersebut merupakan perintah yang terpikul atas bahu 
masing-masing, bukan dibiarkan begitu saja kepada suatu golongan sedang dirinya 
hanya sebagai penunggu dan penanti yang setia. Paling tidak, bangun bersama 
mengubah pemikiran yang ada ketika ini, belajar dan mengajar, beralih dari yang 
sesat kepada yang lurus terang, dari yang ragu kepada yakin.
   
  Keyakinan kepada hadis tersebut tidak berdiri sendiri pada periwayatan ahad, 
bahkan ianya disandarkan kepada keumuman lafaz ayat 55 surah An-Nur. Begitu 
juga disokong mafhum (dilalah)nya hingga mewujudkan satu maksud yakni 
kekhilafahan kembali merupakan suatu kepastian. Kepastiannya merupakan aqidah 
siyasah umat yang perlu dipikul bersama agar ia terealisasi.
   
  Mengapa Khilafah 'Ala Minhaj An-Nubuwwah ? Kerana lafaz Baginda Sallallahu 
'alaihi wa sallam dan juga sikap optimis umat perlu dikembalikan pada 
kegemilangan Khilafah Ar-Rasyidah.
   
  “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari yang memerlukan kesabaran. 
Kesabaran pada masa-masa itu bagaikan memegang bara api. Bagi orang yang 
mengerjakan suatu amalan pada saat itu akan mendapatkan pahala lima puluh orang 
yang mengerjakan seperti amalan itu. Ada yang berkata, “Hai Rasululah, apakah 
itu pahala lima puluh di antara mereka?” Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam 
menjawab, “Bahkan lima puluh orang di antara kalian (para sahabat).” [HR. Abu 
Daud, dengan sanad hasan]
   
  Wallahu ‘alam bissawaab
  WSL


tokbatinasli <[EMAIL PROTECTED]> wrote:  Asalamualaikum!

Kalau tak silap saya hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi
di bawah ini hanyalah hadis ahad yang di sisi Hizbuz
Tahrir (HT) sendiri hanya dzann (samar-samar)
semata-mata dan bukannya qathi'y (pasti) yang perlu
diyakini kebenarannya 100%.

Manakala persoalan samada benar atau tidak Khilafah
yang mengikuti
jejak kenabian (Khilafah �ala minhaj
an-nubuwwah)yang dijangkakan akan muncul pada masa
depan adalah persoalan akidah. HT sendiri berpendirian
bahawa hadis ahad tidak boleh dijadikan dalil dalam
persoalan akidah.

Mengapa HT sendiri mempromosikan hadis yang ia sendiri
berpendirian tidak boleh dijadikan sandaran dalam
akidah dan ia sendiri tidak percaya 100% hanya dzann
saja?

Macam mana HT nak suruh orang lain percaya hadis ni
100% yang ia sendiri tak percaya 100%?

Tokbatin


--- Ridhuan Hakim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> SALAM~
>    
>   �Rasulullah Sallallahu �alaihi wa Sallam
bersabda:
> Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian,
> adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah
> mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk
> mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang
> mengikuti jejak kenabian (Khilafah �ala minhaj
> an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian
> Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk
> mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang
> menggigit (Mulkan �Adhan), adanya atas kehendak
> Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia
> menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa
> kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya
> atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya
> apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
> Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti
> jejak kenabian (Khilafah �ala minhaj an-nubuwwah).
> Kemudian beliau (Nabi) diam.� [HR Ahmad dan
Baihaqi
> dari Nu�man bin Basyir dari Hudzaifah]
>    
>   Khilafah Islam ialah kepimpinan umum umat Islam
> sedunia untuk melaksanakan syariat Islam secara
> kaffah (total) dan mengembang risalah Islam ke
> seluruh dunia. Sistem Pemerintahan Islam ini secara
> ringkasnya mempunyai 4 prinsip utama:- 
>    
>   1. Kedaulatan dari Allah iaitu Syariat Islam;
> TIDAK melalui mandat suara majoriti (demokrasi) atau
> kediktatoran (autokrasi/teokrasi)
>   2. Kekuasaan untuk melantik Khalifah ditangan
> umat; YAKNI melalui pemilihan calon DAN bai'at,
> BUKAN melalui sistem monarki atau komunis atau
> pemilihan wakil rakyat tanpa bai'at
>   3. Melantik khalifah adalah satu kewajipan setiap
> muslim; Bai'at BUKAN option (pilihan) via 'ijtihad'
> untuk keluar mengundi atau buat undi rosak seperti
> dalam waqi' demokrasi
>   4. Khalifah mempunyai kuasa eksklusif untuk
> melakukan tabbani hukum syariah; HANYA hukum syariah
>    
>   Adapun Khilafah memelihara maslahat umat sebagai
> penyelesai masalah kehidupan dengan :
>    
>   1. Menerap aqidah dan syariat Islam melalui
> perlaksanaan sistem-sistemnya
>   2. Mempertahankan kesucian Islam dan martabat
> umatnya melalui perlaksanaan hukuman 'uqubat (Hudud,
> Qisas, Takzir, Mukhallafah)
>   3. Mengembangkan Islam melalui jalan dakwah dan
> jihad
>    
>   Khilafah BUKAN milik segolongan umat TAPI SEMUA !
>   Khilafah adalah wajib untuk mengembalikan
> kehidupan Islam, ia BUKAN KHILAF lagi
>   Khilafah adalah institusi politik umat Islam
> keseluruhan
>   Berpolitiklah untuk Khilafah, siapa pun wahai umat
> Muhammad
>   Politik Islam BUKAN untuk demokrasi !
>   
> WSL
>   
> abuamir_qalantani <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>   khilafah ala minhaj mana syeikh..HT punya ke?
> kalau yg tu,ana tawaqquf dahulu..
> kalau "khilafah ala minhaj".... IKHWAN..setuju
> benar...
> 
> --- In [EMAIL PROTECTED], "salafi2sunnah"
> <[EMAIL PROTECTED]> 
> wrote:
> >
> > --- In [EMAIL PROTECTED],
> "abuamir_qalantani" <qush76@> 
> wrote:
> > >
> > > Anta dah baca buku Dr Yusof AlQardhawi bertajuk
> :Membangun Ummat 
> > > Antara realiti dan angan angan"
> > > 
> > > Ada disebut 3 cara untuk kesatuan ummat:
> > > 1.Kesatuan Negara Islam
> > > 2.Kesatuan Hukum 
> > > 3.Kesatuan sistem pemerintahan tertinggi
> > > 
> > > Ada di sebut bab daulah dan khilafah.Bukan HT
> sahaja yang 
> > > menginginkan khilafah dan daulah.
> > > 
> > > wassalam.
> > 
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~reply
> > 
> > sapa pulak tolak khilafah? HT ni pulak siang malam
> nak khilafah ala
> > minhaj aje..sampai tak fikir benda lain. Q minat
> ke idea khilafah 
> ala
> > minhaj ni?
> >
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>   SPONSORED LINKS 
>         Sahih muslim 
>     
> ---------------------------------
>   YAHOO! GROUPS LINKS 
> 
>     
>     Visit your group "alFikrah" on the web.
>     
>     To unsubscribe from this group, send an email
> to:
>  [EMAIL PROTECTED]
>     
>     Your use of Yahoo! Groups is subject to the
> Yahoo! Terms of Service. 
> 
>     
> ---------------------------------
>   
> 
> 
> 
>             
> ---------------------------------
> New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones
> from your PC and save big.
> 
> [Non-text portions of this message have been
> removed]
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

    
---------------------------------
  YAHOO! GROUPS LINKS 

    
    Visit your group "alFikrah" on the web.
    
    To unsubscribe from this group, send an email to:
 [EMAIL PROTECTED]
    
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. 

    
---------------------------------
  



                
---------------------------------
Yahoo! Messenger with Voice. Make PC-to-Phone Calls to the US (and 30+ 
countries) for 2¢/min or less.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke