Dua tahun nanti cahaya mata

http://www.maynetwork.net/nona/

SUDAH dua tahun saya berkahwin tetapi masih belum mempunyai zuriat.
Saya mempunyai BMI 31 dan ingin mengurangkan berat badan. Senaman
nampaknya tidak berkesan bagi diri saya.

Justeru, bolehkah saya mengambil pil langsing seperti ionamin?
Adakah pil berkenaan boleh mempengaruhi tahap kesuburan saya? Haid
saya teratur dalam kitaran 30 hari setiap bulan.

LIZA,
Kuala Lumpur.

MUNGKIN anda perlu berjumpa pakar pemakanan dalam hal ini. Jumlah
kalori pemakanan harian serta jenis dan tempoh senaman bagi membakar
kalori badan boleh dikira dan diamalkan.

Senaman yang anda amalkan mungkin belum mencukupi untuk membakar
jumlah kalori yang sesuai untuk anda. Pil langsing sewajarnya
diambil sebagai tambahan sahaja kepada program diet dan senaman
anda, bukannya sebagai rawatan utama.

Kegemukan dan sebaliknya kurus boleh mengganggu kesuburan wanita.
Mempunyai BMI kurang daripada 20 ataupun lebih daripada 30 ada
kaitan dengan masalah kesuburan.

Anovulasi (telur tidak keluar setiap bulan) mungkin berlaku dan ini
boleh mengakibatkan masalah haid yang tidak teratur kemudian.

Masalah kesuburan anda mungkin tidak berkait dengan berat badan
sahaja. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan kesuburan
dan rawatan bersesuaian.

Semakin meningkat usia wanita, tahap kesuburannya semakin
berkurangan walaupun dengan rawatan. Suami juga dinasihati menjalani
ujian air mani.

Jawapan oleh : Pakar Sakit Puan DR ADILAH AHMAT
Sumber : Harian Metro

===============================================================
Nona manja boleh diperolehi dengan harga :
RM35.00 Semenanjung / RM40.00 Sabah & Sarawak

Kandungan : 250ml/botol - dalam botol kaca

Kos penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju
===============================================================
TESTIMONI PENGGUNA :

SUKAR MENDAPAT ZURIAT

Saya Nora Ghazali. Sudah lama saya dan suami mengimpikan seorang
anak bagi menyerikan kehidupan kami suami isteri. Pelbagai ikhtiar
yang telah saya dan suami lakukan namun kami tetap hampa. Saya mula
mengambil NONA MANJA kerana tertarik dengan pepatah yang terdapat
pada risalahnya iaitu "Malam Yang Bahagia, Siang Yang Ceria". Di
tambah pula dengan 10 sebab kenapa wanita mesti lengkapi diri dengan
NONA MANJA. Setelah mencuba 2 botol NONA MANJA, saya mula merasakan
kelainan pada diri saya. Waktu itu, saya masih ragu-ragu namun masih
berharap penantian kami bakal berakhir. Alhamdulillah, impian saya
bakal menjadi kenyataan apabila doktor mengesahkan bahawa saya
sedang hamil. Kegembiraan itu saya kongsi bersama suami, dan kini
kami hanya menanti kelahiran cahaya mata kami.

Pn. Nora Ghazali 25 tahun
Mohammad Syah Abdullah 27 tahun
Mersing, Johor Bharu

Maklumat lanjut : http://www.maynetwork.net/nona/

===============================================================  

[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke