"Kejayaan tidak berlaku secara magis. Ia juga tidak berlaku secara spontan. Ia 
dicapai kerana formula yang digunakan ialah formula Allah Yang Maha Mengetahui. 
Formula ini mementingkan perubahan dalaman. Ia mementingkan iman serta 
kebersihan hati. Dengan kedua-dua ini segala bisikan yang menyesatkan akan 
dapat ditangkis dan segala kealpaan akan dapat dikawal. Dalam surah An-Nahl 
ayat 99-100 Allah berfirman, 'Sesungguhnya syaitan tidak ada kekuasaan ke atas 
orang-orang yang beriman serta bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya 
kekuasaan syaitan hanyalah ke atas mereka yang mengambilnya menjadi pemimpin 
dan mereka yang mempersekutukannya dengan Allah.' 

  

Dalam perjalanan menuju keunggulan, aset utama yang perlu dimanfaatkan ialah 
diri sendiri. Manusia dijadikan Allah dengan pelbagai potensi. Untuk berjaya 
potensi-potensi ini perlu digilap dengan menggunakan ramuan yang betul. JANGAN 
JADI SEPERTI FIRAUN DAN QARUN. Mereka membina istana kecemerlangan dengan 
menggunakan formula yang salah. Firaun diberi kuasa dan dia menggilap 
kekuasaannya dengan kebongkakan. Demikian juga dengan Qarun. Dia menggilap 
kekayaannya dengan kesombongan. Kedua-dua mereka akhirnya tenggelam, Firaun 
tenggelam di lautan dan Qarun di dalam bumi, penuh kehinaan. Mereka tenggelam."



Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang'

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/



[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke