"Segala kurniaan yang dikurniakan Allah kepada umat Islam merupakan nikmat yang wajib disyukuri. Jika tidak nikmat ini akan digantikan dengan azab dan bala. Para sahabat merupakan golongan yang berjaya kerana mereka menghargai serta mensyukuri nikmat-nikmat ini. Mereka bersyukur kepada Allah dengan cara MENTAATI ALLAH MENGIKUT FORMULA ALLAH. Pada suatu ketika, seorang lelaki bertanya kepada Nabi tentang sifat manusia yang terbaik. Nabi menjawab, 'Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling pandai membaca Al-Quran, paling bertakwa kepada Allah, paling bersungguh-sungguh mengajak kepada makruf, paling bersungguh-sungguh mencegah kemungkaran dan paling suka menghubungkan silaturahim.' Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim. Inilah formula keunggulan yang dihayati oleh para sahabat nabi.
Berasaskan formula ini sahabat-sahabat nabi berjaya menguasai dunia. Mereka berjaya melakukannya kerana mereka tidak hanya menganuti agama Islam, lebih dari itu mereka berbangga hidup dengan cara hidup Islam. Sahabat Omar Al-Khattab pernah berkata, 'Kita merupakan satu golongan yang telah dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita.' Memang benar, mereka yang berasa mulia dengan Islam akan berada di kedudukan yang tinggi walaupun sebelum itu mereka berada di kedudukan yang rendah." Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang' Bab 1, Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria) Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun, Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 'Islam Moden,' Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.' Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains' Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi WeB: http://formulacemerlang.com/ (Dalam proses penyenggaraan) [Non-text portions of this message have been removed] ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

