"Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakannya mampu 
mengukir sejarah baru di dunia.  Apakah maksud takwa? Sahabat Omar Al-Khattab 
pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai 
berkata, "Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan 
duri?" Jawab Omar, "Ya, pernah." Ubai bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan 
ketika itu?" Omar berkata, "Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu 
wajtahadtu)." Berkata Ubai, "Itulah takwa." Dari jawapan Ubai bin Kaab ini 
dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak 
melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap 
amal ibadah yang dituntut.

 

Tidak kesemua mereka yang beriman bertakwa kepada Allah. Justeru, dalam surah 
Ali Imran ayat 102-103, Allah mengarahkan mereka yang beriman agar bertakwa 
melalui firmanNya yang bermaksud, "Wahai mereka yang beriman bertakwalah kamu 
kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam 
keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah 
kamu bercerai-berai.." Sahabat Abdullah ibn Masud mentafsirkan "sebenar-benar 
takwa" sebagai "melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatiNya 
jangan alpa dan sentiasa bersyukur jangan kufur." Inilah dia kekuatan yang kita 
perlukan unutk melahirkan insan Kelas Pertama di dunia ini."


Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/   (BARU!! SUDAH SIAP UNTUK DIZIARAHI !!!)

Diari: Dr. Danial di Mutiara FM Selasa 18 April 7.30 am dlm Motivasi Mutiara


[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke