Marilah kita membantu umat Islam, saudara kita di Kedah dengan menunaikan solat hajat secara individu atau pun berjemaah di tempat masing-masing, mohon munajjat pada Allah swt agar mereka yang bertanggungjawab merobohkan surau di Sungai Petani pada 17 April 2006 diserahkan segala urusan kepada Allah swt .
Harian Metro 18 April 2006. Edisi Utara: Roboh surau dipertikai Oleh Fauzi Rahim Mustafa [EMAIL PROTECTED] SUNGAI PETANI: Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana sebaik tiba di lokasi selepas mendapat panggilan daripada seorang kenalan kira-kira jam 9.25 pagi, surau sudah pun dirobohkan, kata Yasir Said dari Seksyen 2, Bandar Puteri Jaya (BPJ), semalam. Dia kesal kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MSPK) tidak menghubungi penduduk atau ahli jawatankuasa surau sebelum meroboh bangunan terbabit. Katanya, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada seorang pegawai penguat kuasa yang mengetuai kira-kira 30 pegawainya dan dua jentolak milik MSPK namun tidak dilayan sewajarnya. Mereka seolah-olah mahu cepat beredar sebelum lebih ramai penduduk di situ tiba bagi mendapatkan penjelasan tindakan rasional yang dilakukan MSPK. Mereka mengambil masa hanya lima minit meroboh surau yang dibina sejak Februari lalu. Saya berasa cukup sedih kerana impian menggunakan surau di kawasan sendiri berkecai, katanya. Pengerusi surau, Mohamad Nokhoin Junus, berkata pihaknya sebelum ini sudah memohon pembinaan surau berkenaan melalui Pejabat Agama Daerah Kuala Muda kepada MSPK pada 16 Mac 2003. Oleh kerana tiada sebarang jawapan bertulis daripada MPSPK, kami mengambil inisiatif mengumpul wang penduduk Islam untuk membinanya pada Februari lalu. Ini dilakukan kerana Seksyen 2 BPJ tidak mempunyai surau dan kami menyewa sebuah rumah di Jalan 2/9 sebagai surau sementara yang sudah tentu tidak dapat menampung pertambahan penduduk Islam di seksyen ini iaitu kira-kira 700 orang. Selain itu, surau terdekat terletak di Seksyen 1, kira-kira empat kilometer dari sini dan menyukarkan penduduk berulang alik terutama yang tidak berkenderaan, katanya. Katanya, permohonan kedua dibuat pada pertengahan 2004 dan terbaru pada 16 Februari lalu, namun pihaknya terkejut apabila menerima notis meroboh daripada MPSPK pada 14 Mac lalu dengan alasan sudah melanggar Seksyen 72, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Bagaimanapun, saya membuat rayuan susulan pada 4 April lalu dan hari ini MSPK meroboh surau yang sudah 70 peratus siap tanpa mengadakan perbincangan terlebih dulu yang mengakibatkan kami kerugian lebih RM40,000, katanya. Kemungkinan kami membawa kes ini ke mahkamah selepas berbincang sesama penduduk dan peguam yang dilantik, katanya. http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20060418094307/Article/indexm_html Penduduk kesal surau Taman Bandara diroboh Oleh Helmi Khalid SUNGAI PETANI, 18 April (Hrkh) - Umat Islam terutamanya di sekitar Sungai Petani, melahirkan rasa kesal di atas tindakan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) merobohkan Surau Seksyen Dua, Taman Bandara Puteri Jaya. Menurut mereka, tindakan itu amat biadap dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam. Surau tersebut yang masih dalam pembinaan dirobohkan pagi semalam (17 April) sekitar jam 10.00 pagi dengan sebuah jentolak. Ia didirikan di satu kawasan lapang hasil sumbangan penduduk sekitar memandangkan keperluan untuk menunaikan solat serta menjalankan aktiviti keagamaan. Himpunan bantahan Kecewa dengan tindakan itu, pada jam 4.00 petang ini, satu himpunan dan solat hajat akan diadakan di perkarangan SP Plaza, Sungai Petani. Salah seorang penduduk yang dihubungi memberitahu, mereka mahukan penjelasan mengapa surau itu telah dirobohkan dan kenapa pula di masa yang sama rumah ibadat agama lain tidak diganggu sekalipun dibina di kawasan yang jelas terlarang. http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=1909&Itemid=28 Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

