Rumah Ihsan HALUAN  
Tuesday, 18 April 2006  

Rumah Ihsan HALUAN (RIH) adalah merupakan antara
usaha-usaha HALUAN dalam merealisasikan usaha mendidik
dan berbakti. RIH mula beroperasi pada awal 2005.
Dalam bulan April, rumah yang mulanya bertempat di
Taman Rapat Bahagia, Ipoh ini telah berpindah ke No.
5, Jalan Sejahtera, Rapat Setia, 31350 Ipoh, Perak.
Perpindahan ini kerana memenuhi spesifikasi Majlis
Bandar Raya Ipoh (MBI) bagi penubuhan pusat jagaan
seperti ini.

Sehingga kini 4 orang telah ditempatkan di rumah ini.
Mereka dirujuk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), Hospital Besar Ipoh, JAIPk dan lain-lain. 

Setakat ini sumber kewangan RIH adalah daripada
sumbangan dari kalangan ahli HALUAN di Perak. Antara
usaha-usaha lain untuk membantu kewangan RIH, HALUAN
akan membuat projek jualan makanan ringan. Kerjasama
dengan pihak JKM dan MMA ( Hospital Besar Ipoh) akan
dieratkan untuk membantu dalam masalah kewangan RIH.

RIH kini mempunyai seorang penyelia. RIH buat masa ini
mempunyai seorang klien berumur 18+ tahun yang
mengandung akibat kes ugut. Kes beliau dirujuk oleh
Dr. Azlina daripada hospital.

Pada 28 Disember 2005, pihak hospital telah datang
melawat RIH dan mereka berpuas hati dengan keadaan
rumah dan persekitaran RIH.

Orang ramai yang ingin menyumbang ke arah usaha murni
ini boleh menghubungi Biro Penubuhan Pusat-Pusat Khas
HALUAN - sdr. W.Rafi Hussein - 013-6714502.

Kepada warga Perak yang memerlukan khidmat Rumah Ihsan
HALUAN juga boleh hubungi Sdr. W.Rafi.

HALUAN - Mendidik & Berbakti.

Layari www.haluan.org.my
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke