MAJLIS HI-TEA BERSAMA RAIHAN DAN ANAK-ANAK ACHEH
Assalmualaikum warahmatullah,
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah
(PALS) akan menganjurkan MAJLIS HI-TEA BERSAMA RAIHAN
DAN ANAK-ANAK ACHEH pada 7 Mei 2006 di Hyatt
Regency Hotel, Johor Bahru.
Penaung bagi Majlis ini ialah Yang Amat Mulia Paduka
Puteri Tunku Muna Najiah binti Sultan Iskandar Alhaj.
Majlis ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi
membiayai infrastruktur anak-anak yatim Darul Aytam,
Banda Aceh. Di samping itu ia menjadi medan
perkongsian maklumat dan pengalaman serta memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan dan
kehidupan di Aceh selepas setahun lebih dilanda
Tsunami.
Majlis ini diilhamkan oleh sekumpulan pelajar lepasan
SPM 2005 dari Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH)
yang telah melaksanakan satu program khidmat
masyarakat selama sebulan di kawasan yang dilanda
tsunami di Acheh. Sepanjang sebulan pada bulan
Januari-Februari 2006, mereka telah didedahkan dengan
penderitaan dan ketabahan penduduk Acheh mengharungi
cabaran membina kehidupan baru. Pengalaman mereka
bersama anak-anak yatim Acheh menimbulkan kesedaran
keperluan menyumbang bakti mengutip dana untuk
pembinaan bangunan dan operasi rumah anak-anak yatim
di Acheh.
Majlis akan diserikan dengan persembahan dari kumpulan
nasyid tersohor RAIHAN di samping menampilkan
anak-anak yatim dari Acheh sendiri.
Pihak PALS mendapat kerjasama daripada beberapa badan
bukan kerajaan NGO dalam menganjurkan Majlis ini
termasuk Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM),
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa dan Yayasan Rabitatul
Islamiah Malaysia (YARIM).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web:
www.freewebs.com/hitea-acheh
Tiket berharga RM200, RM100 dan RM60 serta maklumat
lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi:
Urusetia Program Hi-Tea
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah (PALS)
d/a 8A, Perlaluan Besi 4, Taman Sri
Putri, 81300 Skudai Johor.
Tel: 07-5566370
Faks: 07- 5566357
Emel: [EMAIL PROTECTED]
Sekian.
Muhamad Iqbal Hakim Bin Mohd Tahir)
Pengarah,
Majlis Hi-Tea Bersama Raihan Dan Anak-Anak Acheh
Tel: 013-7035461
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/