Beberapa minggu lalu teman saya memberikan sumbangan
sebanyak RM 600 minta diagihkan kepada orang yang
memerlukan. Kali ini saya cuba untuk mengagihkan
kepada saudara baru atau muallaf, kerana Islam amat
menekankan agar kita sentiasa mendampingi dan membantu
mereka yang baru masuk Islam.

Lalu saya cuba buat pertama kali menghubungi Yayasan
Kasih Sayang (YKS) , sebuah persatuan sukarela yang
membantu saudara-saudara baru di Negeri Sembilan. Saya
telah menyalurkan sumbangan RM 600 kepada YKS. 

Hari ini saya menerima surat daripada YKS menyatakan
butiran terperinci ke mana sumbangan RM 600 tersebut
disalurkan beserta dengan resit pembelian sekali,
walaupun saya tidak pernah meminta mereka berbuat
demikian. Inilah pertama kali saya mendapat laporan
daripada sebuah persatuan sukarela ke mana sumbangan
yang diberikan oleh orang ramai disalurkan. Justeru
itu saya menyerulah kepada semua umat Islam yang
berkemampuan, khususnya di Negeri Sembilan ini, jika
ingin membantu saudara-saudara baru boleh menghubungi
Pn Hajjah Norizan 012-6321519 atau Adnan 012-6116467
Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan. 

Berikut ialah butiran sumbangan RM 600 dibelanjakan :
1. Tambang ke IJN suami saudara baru sakit jantung RM
80
2. Beli buku rujukan anak saudara baru RM 38.45
3. Bantuan barangan runcit saudara baru RM 36.78
4. Berkhatan untuk saudara baru suami RM 45
5. Berkhatan untuk bayi saudara baru RM 30
6. Berkhatan untuk isteri saudara baru RM 40
7. Makan tengahari untuk pelajar pondok saudara baru
RM 9.90
8. Pakaian dan barangan keperluan untuk 4 orang
saudara baru RM 325.90

JUMLAH PERBELANJAAN RM 606.30


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke