Angin ahmar boleh lumpuhkan badan

http://www.maynetwork.net/colostrum/

PENYAKIT angin ahmar atau stroke, jika menyerang akan menyebabkan mangsa 
menjadi lemah, lumpuh sebelah badan atau keseluruhannya dan boleh membawa 
kepada kematian. Apa yang pasti serangan penyakit ini memang sukar diramal. 
  
Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui 
sejauh mana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. 
Faktor umum penyebab angin ahmar ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit 
yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan 
terjejas dan berhenti berfungsi. 

Serangan penyakit ini secara tiba-tiba membuatkan mangsa tidak mengalami 
sebarang tanda amaran kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia 
mengalami rasa lemah-lemah dan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan. 

Lemah dan lumpuh akibat stroke ini akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran 
untuk bercakap atau kemungkinan kehilangan terus keupayaan bercakap atau 
dikenali sebagai aphasia. Antara masalah lain ialah kemungkinan berlakunya 
gangguan pada bahagian otak. 

Apa pun, bukan semua jenis stroke akan menyebabkan lumpuh. Ini kerana gangguan 
saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan. 
Bagaimanapun kes begini jarang berlaku dan hampir 85 peratus mangsa stroke akan 
mengalami masalah kekejangan saraf dan otot yang membawa kepada lumpuh 
sementara atau kekal. 

Penyebab 

SESETENGAH orang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat stroke 
berbanding yang lain. Golongan manakah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk 
diserang stroke? Selain pesakit jantung, mereka yang menghidap penyakit 
diabetis, tekanan darah dan kolestrol tinggi serta seorang perokok adalah 
mereka yang paling berisiko untuk mendapat stroke. 

Ramai beranggapan faktor keturunan sebagai punca penyakit stroke tetapi 
ternyata masih tidak ada sebarang bukti tentang faktor ini.

Sama seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan berterusan 
melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, 
bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat 
bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah. 

Adakalanya keadaan stroke menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang 
berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan 
bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakan disebabkan perkara itu. 

Terjadinya pembuluh darah di otak yang pecah juga penyebab kepada serangan 
stroke. Apabila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah 
hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya. 

Tanda serangan 

SESETENGAH pesakit akan mengalami petanda dan amaran beberapa minggu atau bulan 
sebelum diserang stroke yang serius. Biasanya tanda-tanda ini termasuklah rasa 
lemah anggota badan (sebelah kiri atau kanan badan) dan pandangan mata yang 
beransur kabur. 

Bagaimanapun kebanyakan pesakit tidak mengalami sebarang tanda amaran bagi 
membolehkan mereka menjalani rawatan.

Cuma yang mungkin dapat dirasai pesakit ialah apabila mereka dapati sebelah 
badan terasa sakit dan lemah sehingga membawa kepada lumpuh. Begitu juga dengan 
kehilangan keupayaan bercakap dan apabila bertutur semakin sukar difahami. 

Rawatan pemulihan 

BIASANYA rawatan bergantung kepada sejauh mana seriusnya kerosakan otak yang 
dialami pesakit. Bagi pesakit stroke mereka biasanya akan menjalani beberapa 
siri rawatan untuk memulihkan anggota yang lemah atau lumpuh. 

Ada yang menggunakan rawatan tradisional termasuk terapi. Sonotron adalah 
rawatan tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan. Sebelum ini kaedah sonotron 
hanya digunakan untuk mereka yang menghidap sakit sendi dan otot. Alat ini 
dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dengan cepat hanya dengan sekali 
rawatan. 

FAKTA
Angin ahmar

Serangan angin ahmar berlaku secara tiba-tiba.

Pesakit darah tinggi, kencing manis dan mengalami masalah kolestrol mudah 
terdedah angin ahmar.

Rawatan fisiotrafi dilakukan kepada pesakit.

Pembuluh darah yang pecah juga penyebab angin ahmar.

http://www.maynetwork.net/colostrum/

==================================================================
Susu Colostrum adalah susu awal lembu yang diperolehi dalam tempoh 48 jam 
selepas lembu melahirkan anak. Mengandungi iGg yang memiliki kemampuan untuk 
membantu meningkatkan sistem imun tubuh. OMilk Plus adalah susu awal lembu dari 
New zealand dan produk keluaran orang Islam. Boleh diperolehi dengan :

Hanya RM68.00 Sekotak Semenanjung / RM75.00 Sabah & S'wak
Mengandungi 30 Sachet x 15gram untuk setiap kotak

Kos penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju kerumah atau pejabat

Pembelian online : http://www.maynetwork.net/pembelian.html

atau melalui pengedar berhampiran anda :
http://www.maynetwork.net/colostrum/pengedar.html

===================================================================
TESTIMONI 8 : STROKE (ANGIN AHMAR)
http://www.maynetwork.net/colostrum/testimoni.html

LATAR BELAKANG KESIHATAN

Seorang intelek dan usahawan yang berjaya diselatan tanahair. Berkecimpung 
dalam dunia perniagaan sejak beberapa lama. Bekas seorang pendidik dan 
fasilitator di sebuah pusat khidmat latihan. Terkena penyakit strok dan telah 
dimasukkan ke hospital beberapa hari, menjadi pelupa dan pendiam.

OMILK PLUS

Seorang sahabat lama telah memperkenalkan OMILK Plus kepada keluarga En. Yahya 
dengan menghadiahkan satu unit kepadanya pada bulan Disember 2005. Tanpa 
berlengah, sebaik saja mereka menerima kiriman itu isteri kesayangannya, Pn 
Mariamah telah menyajikan beliau dengan satu sachet pagi dan satu sachet malam. 
Krisis penyembuhan terus berlaku, sakit seluruh tubuh dan berak berak sehingga 
hari ketiga. Pada hari ke sembilan, ingatan beliau pulih kembali! Beliau minta 
pada isteri kesayangannya untulk bersembahyang! Insiden tragis tersebut 
mencetuskan perasaan yang cukup sayu dan disambut dengan penuh kasih sayang 
oleh keluarga mereka. Doa kesyukuran pun dibacakan  Alhamdulillah, hari ini 
Encik Yahya sudah boleh bercakap dengan petah dan wajahnya pulih seperti 
sediakala.

Yahya bin Buyong 
Umur 50 Tahun 
Jalan Kinabalu 2/1, 
Tmn Koperasi Kluang Johor 

Lain-lain testimoni :
http://www.maynetwork.net/colostrum/testimoni.html

===================================================================
** Semua testimoni di atas sembuh dengan izin Allah S.W.T. Ia belum
diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan yang dialami
mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.
===================================================================

  

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
You can search right from your browser? It's easy and it's free.  See how.
http://us.click.yahoo.com/_7bhrC/NGxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke