maszlee malik <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Palestin...cukupkah sekadar berdiam diri?
Maszlee Malik
Ketika artikel ini ditulis, lebih 165,000 kakitangan awam kerajaan Palestin
(PA) masih belum menerima gaji mereka. Wang hasil kutipan cukai milik kerajaan
PA bernilai USD 300 juta (sehingga kini) telah dibekukan oleh rejim Zionis
Israel. Begitu juga halnya dengan bantuan bernilai USD 200 juta dari Arab Saudi
dan Iran juga belum lagi dapat memasuki bumi Palestin (Gaza dan Tebing Barat).
Bantuan bernilai USD 50 juta sumbangan Algeria pula telah di"sapu" oleh Bank
Arabi yang untuk melangsaikan hutang kerajaan PA yang lalu (dibawah Fatah)
telah berhutang dengan mereka dengan nilai ratusan juta dollar. Bantuan-bantuan
yang dulunya mereka terima dari masyarakat antarabangsa juga kini telah disekat
oleh kempen AS dan EU untuk "menghukum" rakyat Palestin.
Apakah dosa rakyat Palestin sehingga dihukum sedemikian rupa?, tidak lain dan
tidak bukan hanya kerana telah mengundi pilihan mereka lewat pilihanraya Majlis
Legaslatif PA pada bulan Januari yang lalu. Wakil-wakil HAMAS yang telah mereka
pilih untuk menggantikan wakil-wakil Fatah yang koruspi dan tidak lagi boleh
dipercayai bukanlah keinginan AS. Di atas pilihan yang demokratik tersebut,
maka rakyat Palestin dihukum. Alasan AS mudah sahaja, jika pA mengiktiraf
Israel dan meninggalkan "keganasan", maka segala bantuan akan diteruskan
semula. Bagaimana pula dengan pihak Israel?
Seperti yang telah dikatakan oleh Dr Azzam Tamimi, pengarah Institute of
Islamic Political Thought, AS dan EU hanya melihat isu Palestin ini melalui
lensa Israel. Mereka hanya melihat kepentingan rejim tersebut tanpa melihat
kepaa isu yang sebenarnya. Tuntutan PA di bawah pimpinan HAMAS, bahawa mereka
bersedia untuk melakukan gencatan senjata jika rejim Zionis Israel bersetuju
untuk mematuhi resolusi 242 PBB tidak pula diendahkan. Begitu juga dengan
tawaran PA untuk melakukan gencatan senjata jika rejim Zionis bersetuju untuk
mematuhi resolusi 194 berhubung pelarian Palestin dan juga melepaskan tahanan
Palestin di penjara Zionis juga tidak mendapat tempat di hati rejim berkenaan.
Bagi AS, apa yang diingini oleh rejim Zionis, itulah keinginan mereka. Apa
sahaj yang menjadi ancaman kepada doktrin "Israel Security System", adalah
ancaman kepada AS. Golongan Neo-Cons di AS akan sentiasa memastikan peraturan
ini akan sentiasa dipatuhi oleh pembuatan dasar luar AS.
Kajian World Bank (Bank Dunia) terhadap keadaan rakyat Palestin jika rejim
Zionis berterusan membekukan wang hasil pendapatan cukai mereka dan jika dunia
berterusan mengenakan sekatan ekonomi terhadap karajaan PA yang baru:
Pendapatan perkapita penduduk akan menurun sebanyak 30%. Ekonomi Palestin
akan merudum sebanyak 27% pada penghujung tahun 2006. Ini bersamaan dengan
keadaan ekonomi As ketika dilanda krisis kewangan pada tahun 1929. Pengangguran
di kedua-dua Gaza dan Tebing Barat akan meningkat sebanyak 39.6%. Bilangan
mereka yang hidup dibawah tahap kemiskinan akan meningkat kepada 50%, dan ini
merupakan 67% daripada jumlah keseluruhan penduduk Palestin di Gaza dan di
Tebing Barat. Ibarat kata Dr. Omar Abdu al-Razeq, Menteri Kewangan PA sekarang,
"Jika keadaan ini berterusan, bukan hanya sekadar krisis kewangan yang akan
dihadapi oleh palestin, malah krisis sosial. Bukan hanya sekadar HAMAS yang
akan jatuh, malah Palestin akan berada di dalam keadaan kucar-kacir".
Jika keadaan seperti ini berterusan juga, kemungkinan rakyat Palestin akan
bertindak lebih agresif menentang Zionis. Kemungkinan juga akan berlaku
kekacauan di kalangan rakyat. Apa yang berlaku pada 8 Mei 2006 di Khan Yunus
merupakan bibit-bibit kemelut yang akan berlaku. Pihak-pihak Fatah yang kecewa
akibat kekalahan mereka di dalam pilihanraya yang lalu tidak akan berdiam diri.
Sejarah telah membuktikan bahawa mereka boleh bekerjasama dengan pihak musuh
untuk membantai rakyat mereka sendiri. Hatta presiden PA sekarang pun, Mahmoud
Abbas yang mewakili Fatah, lebih disukai oleh ahli Knesset (parlimen) Israel
berbanding dengan rakyatnya sendiri. Muhammad Dahlan, anak kesayangan rejim
Zionis di Gaza, juga tidak akan berdiam diri terhadap kerajaan HAMAS dan juga
keadaan yang wujud. Rata-rata rakyat Palestin menunding jari mereka ke arah
Dahlan di atas mana-mana serangan kumpulan Fatah ke atas kerajaan PA sekarang.
Ismail Hanneya, Perdana Menteri PA sekarang wajar menerima pujian. Bukan
hanya sekadar beliau, malah menteri-menteri kabinet yang lain beserta ahli
Majlis Legaslatif yang lain. Ketika diwawancara oleh mana-mana media
antarabangsa adakah beliau akan tunduk dengan tekanan AS dan EU. Beliau lantas
menjawab bahawa rakyat palestin tidak laparkan bantuan AS dan EU. HAMAS tidak
akan menjualkan rakyat Palestin sepertimana mereka telah dijual oleh Fatah
lewat perjanjian Oslo 1993. Bagi Hanneya, rakyat palestin masih lagi mempunyai
rakan-rakan dari negara-negara Arab dan negara-negara umat Islam untuk membantu
mereka. Persoalannya, di manakah negara-negara umat Islam?
Setakat ini, beberapa negara Islam telah membuat janji untuk memberikan dana
bantuan. Antaranya, Qatar, Iran, Arab Saudi, Algeria dan beberapa negara lain.
Walau bagaimanapun hanya Indonesia yang lebih nampak terkehadapan di dalam isu
ini. Kejayaan mereka melancarkan kempen satu dollar dari seorang rakyat
Indonesia untuk Palestin telh dilancarkan secara besar-besaran di Jakarta.
Ianya bagaikan tamparan hebat kepada negara-negara umat Islam lain yang hanya
sekadar diam membisu. Ia juga bagaikan tamparan kepada Kuala Lumpur yang
menjadi pengerusi OIC sekarang ini. Bayangkan, Indonesia yang masih lagi
merawat parut-parut Tsunami dan kini sedang menghadapi kemungkinan berlakunya
gunung berapi Merapi yang ingin meledak, telah melakukan sesuatu. Di manakah
rakyat Malaysia?
Usah menunding jari ke arah orang lain. Tanyakan diri kita, apakah sumbangan
kita keapda rakyat Palestin. Mungkin ada yang mengatakan, itu hal rakyat
Palestin. Buat mereka yang mempunyai kedangkalan otak seperti ini, cukuplah
mereka mengandaikan, bagaimanakah perasaan mereka, jika mereka berada di dalam
keadaan rakyat palestin. Sudahlah barat memulaukan mereka, umat Islam pula
tidak mengendahkannya.
Di sini saya menyeru kepada umat Islam di seluruh Malaysia untuk menggerakkan
usaha menderma ke tabung Palestin. Jika Indonesia, negara yang miskin
berbanding dengan Malaysia boleh mengerahkan satu dollar dari setiap rakyatnya
untuk Palestin, mengapa tidak kita?
Dr Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa membantu rakyat palestin
di waktu ini adalah kewajipan. Sumbangan yang kita berikan adalah wajib, dan
bukan hanya derma yang mendapat pahala sunat. Fatwa itu kemudiannya telah
disokong oleh beberapa ulama lain di seluruh dunia.
Masjid-masjid, surau-surau, jabatan-jabatan, pejabat-pejabat,
restoran-resotan, sekolah-sekolah, IPTA/S-IPTA/S, kedai-kedai, NGO-NGO,
persatuan-persatuan penduduk, persatuan-persatuan Siswa di seluruh negara,
pertubuhan-pertubuhan pekerja, individu-individu, pemimpin-pemimpin,
parti-parti politik, sesiapa sahaja, bantulah rakyat Palestin yang sekarang ini
semakin menderita. Lancarkan tabung di derma Palestin di dalam lingkungan anda.
Jika tidak anda siapa lagi?, jika tidak sekarang bila lagi?
Jangan nanti di hari kemudian anda akan menyesali diri sendiri kerana tidak
melakukan sesuatu untuk saudara anda di Palestin. Apa yang ditunggu lagi,
berdermalah sekarang!
Masukkan derma anda ke dalam akaun "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia" di Bank
Islam Malaysia Berhad, cawangan Taman Melawati, nombor akaun: "1211 301
0003797".
Selamat Membantu...
** Dapatkan berita terkin Palestin dari www.palestinkini.info .
---------------------------------
Yahoo! Messenger with Voice. Make PC-to-Phone Calls to the US (and 30+
countries) for 2ยข/min or less.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
You can search right from your browser? It's easy and it's free. See how.
http://us.click.yahoo.com/_7bhrC/NGxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/