Sikap Datuk Mohd Said Yusof Ahli Parlimen BN Jasin
yang dikaitkan dengan isu rampasan kayu bergegaji oleh
pihak kastam haruslah dicontohi oleh semua ahli
parlimen dan wakil rakyat di Malaysia ini atas dasar
membantu bangsa sendiri. Ahli Parlimen Melayu membantu
bangsa Melayu, Ahli Parlimen Cina membantu bangsa Cina
dan seterusnya.

Dalam kes ini kedua-dua belah pihak ada kebenarannya,
pihak kastam menjalankan tugas mereka mengikut
prosedur, ahli parlimen menjalankan tugas mereka
mewakili rakyat di kawasan mereka.

Dan sepatutnya pembelaan rakyat bukan hanya apabila
ianya membabitkan kerugian ratusan ribu atau jutaan
ringgit, ianya haruslah meliputi kerugian yang
berpuluh ringgit juga akibat disaman atau dirampas
oleh pihak berkuasa kerajaan.

Ahli Parlimen dan wakil rakyat bukan hanya memberi
pembelaan kepada usahawan malah kepada pekerja kilang
dan buruh. Sebagai contoh jika seorang pekerja kilang
bumiputera yang disaman kerana tidak mempunyai lesen
memandu motosikal ketika hendak pergi kerja. Jika gaji
bulanan pekerja tadi hanya RM 500 sebulan dan disaman
dengan RM 300 sebulan, maka tidak salah juga jika
wakil rakyat atau ahli Parlimen di kawasan berkenaan
berunding dengan Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis
Trafik Daerah untuk membatalkan saman keatas pekerja
kilang bumiputera tadi atas dasar membantu kaum bangsa
mereka sendiri.

Oleh itu sikap ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said
Yusof haruslah dicontohi oleh semua ahli Parlimen dan
wakil rakyat untuk membela rakyat dikawasan mereka
tidak kira samada mereka usahawan besar atau kuli
kecil, peniaga besar atau peniaga jalanan tanpa lesen,
mereka yang menduduki banglo mewah atau penduduk
setinggan dan seterusnya.

Sekali lagi dalam kes ini semua pihak ada kebenaran
tindakan mereka. Cuma bergantung kepada proses
rundingan antara kedua-dua belah pihak untuk bersikap
telus dan menggunakan budi bicara mereka.





     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Protect your PC from spy ware with award winning anti spy technology. It's free.
http://us.click.yahoo.com/97bhrC/LGxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke