Artikel ini disiarkan dalam akhbar Berita Harian 8 Mei
2006, ditulis oleh Norul Ridzuan Zakaria, Presiden
Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia. Ianya
memberi dimensi baru kepada sejarah dunia. Apakah
selama ini kita dihidangkan dengan banyak fakta
sejarah yang tidak tepat? 

Hitler pernah tubuh divisyen tentera Islam 
Berita Harian 8 Mei 2006 - Oleh Norul Ridzuan Zakaria

PADA Perang Dunia Kedua, wujud satu pasukan tentera
Jerman dianggotai oleh rakyat pelbagai negara di
Eropah. Pasukan ini dikenali dengan nama ‘Waffen SS’
dan mempunyai anggota sebanyak sejuta orang.

Perkara yang menarik mengenai Waffen SS – ada beberapa
divisyen tentera beragama Islam di dalamnya. Menurut
General Leon Degrelle, seorang komander divisyen
Waften SS terkenal, ada tiga divisyen Waffen SS yang
90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota
dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000
orang.

Di antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen
SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah
Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini
beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya
berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama
Islam. Bakinya orang Croatia beragama Katholik yang
berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar ini mendapat perhatian
Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM)
kerana kejayaan operasi tentera udara sukarela Croatia
yang menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera
udara Russia, sedangkan kapal terbang mereka
dimusnahkan tentera udara Russia kurang daripada 10
buah ketika Perang Dunia Kedua di Balkan. Mungkin
operasi Divisyen Hanzar ini mengelakkan wujudnya
kemudahan persenjataan antikapal terbang di kawasan
operasi mereka yang membolehkan tentera udara sukarela
Crotia menjalankan operasi dengan berkesan.

‘Hanzar’ adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia
yang bermaksud ‘parang’. Parang hanjar dipilih sebagai
nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke 13 Waffen
SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar sama seperti pakaian
rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, Divisyen
Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota
pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti
anggota Waffen SS yang lain.

Ada seorang imam bagi setiap batalion dan seorang guru
agama untuk setiap rejimen dalam Divisyen Hanzar. Ia
bagi memastikan anggota divisyen ini terus mengekalkan
cara hidup sebagai Muslim. Di samping itu, divisyen
ini kerap menerima kunjungan mufti Baitulmaqdis ketika
itu, Imam Amin Al-Husseini, yang melengkapkan
pengisian rohani anggota divisyen ini.

Imam Amin dilantik sebagai Mufti Baitulmaqdis oleh
Kerajaan Britain pada 1922. Pada tahun berikutnya,
Imam Amin bergiat aktif membela masyarakat Palestin
dan Arab dan menghalang imigrasi orang Yahudi Eropah
ke Palestin. 

Akibatnya, Kerajaan Britain melucutkan semua jawatan
rasminya dan mengharamkan semua kegiatannya mulai
1937. Bagaimanapun, Kerajaan Britain gagal menangkap
Imam Amin kerana beliau dilindungi masyarakat Palestin
dan Arab.

Seterusnya, Imam Amin menyedari akan perkembangan
politik dan pembangunan negara Jerman di Eropah yang
dapat menyumbang kepada perjuangannya membela
masyarakat Palestin dan Arab serta menghalang imigrasi
Yahudi Eropah ke Palestin. Maka, bermulalah
perhubungan politik antara Imam Amin dan Kerajaan
Jerman pada ketika itu. Antara kegiatan yang kerap
dijalankannya ialah melatih anggota Divisyen Hanzar.

Idea penubuhan Divisyen Hanzar dikemukakan Heinrich
Himmier seorang komander tertinggi Waffen SS di Balkan
kepada Adolf Hitler, pemerintah Jerman pada 1942. Ia
selepas Himmier menyedari bahawa masyarakat Islam di
Albania, Bosnia dan Croatia bersedia mengangkat
senjata memperjuangkan kemerdekaan mereka dari
Yugoslavia.

Hitler bersetuju dengan cadangan ini dan mengarahkan
beberapa divisyen tentera beragama Islam diwujudkan di
bawah Waffen SS di Yugoslavia. Maka, lahirlah Divisyen
Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan
di Perancis, sebaik penubuhannya dan mula beroperasi
di Balkan pada Februari 1944.

Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang
gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan
juga tentera Russia. Apabila tamat Perang Dunia II,
Tito menjadi Presiden Komunis Yugoslavia dan kekal
sebagai diktator sehingga 1980.

Diakui wujud propaganda Yahudi dan Serbia yang
mendakwa bahawa Divisyen Hanzar melakukan jenayah
perang dengan membunuh ramai bangsa Yahudi dan Serbia
di kawasan operasinya. Bagaimanapun, berdasarkan
kenyataan bahawa divisyen ini dianggotai orang Islam
dan mendapat tunjuk ajar daripada Imam Amin adalah
mustahil pembunuhan bangsa Yahudi dan Serbia ini
dilakukan dengan sengaja, kecuali ada sebab kejadian
itu berlaku.

Divisyen Hanzar menyerah kalah kepada pasukan tentera
British pada Mei 1945, apabila pasukan tentera Jerman
berundur dari Balkan. Tetapi, mereka diserahkan pula
oleh pasukan tentera British kepada Kerajaan
Yugoslavia. 

Sebaik berada dalam tawanan Kerajaan Yugoslavia yang
pada ketika itu diperintah diktator komunis Tito yang
juga disokong Kerajaan British dan Amerika, saki baki
anggota pasukan Divisyen Hanzar dibunuh.

Isu yang menarik berkenaan Divisyen Hanzar ini adalah
kewujudannya sebagai sebahagian daripada Waffen SS
iaitu pasukan tentera Eropah yang pada mulanya
ditubuhkan bagi menghalang perkembangan fahaman
komunis dari Russia. Seterusnya bagi menghadapi
tentera Amerika dan Britain. Pasukan ini, walaupun
diketuai oleh pegawai tentera Jerman, dibekalkan
dengan persenjataan yang lengkap dan kebebasan penuh
menjalankan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Berdasarkan keadaan politik pada hari ini, tentu amat
sukar bagi mewujudkan pasukan tentera beragama Islam
seperti Divisyen Hanzar di Eropah.

Suatu lagi isu yang menarik adalah persetujuan Hitler
menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap
kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya
orang Islam. Sebelum ini begitu banyak fakta
menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang
kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan,
apatah lagi Islam.

- Penulis ialah Presiden Institut Kajian Aero dan
Angkasa Malaysia.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Rencana/20060507232235/Article/


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke