----- Original Message -----
From: Ummu Maryam
To: KWJ-Net ; Wanita JIM ; Naqib-Net
Sent: Wednesday, May 10, 2006 1:35 AM
Subject: [NaqibNet Diskusi] FW: KURSUS ASAS PRA PERKAHWINAN NASIONAL 2006
Langkah Bermula..Membina Mahligai Bahagia
20 & 21 Mei 2006 (Sabtu & Ahad)
Di Masjid As-Syakirin, KLCC
Terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas
Yuran = RM60 sahaja!
(termasuk minum pagi & petang, makan tengahari & malam dan bahan kursus)
Anjuran Wanita JIM
Dengan kerjasama Masjid As-Syakirin KLCC
Sijil Penyertaan dikeluarkan oleh pihak penganjur
PENGENALAN
Perkahwinan adalah satu fasa penting di dalam kehidupan setiap insan dan
mengharapkan perkahwinan yang dibina dapat memberikan ketenangan dan
kebahagiaan. Untuk mendapatkan kebahagiaan, pasangan yang ingin mendirikan
rumahtangga perlu dilengkapi dengan ilmu hukum hakam perkahwinan, pengurusan
kewangan, komunikasi berkesan, teknik-teknik hubungan kelamin, tips menghadapi
ketegangan rumahtangga dan lain-lain. Antara punca kadar perceraian yang tinggi
pada masa ini adalah kerana ceteknya ilmu suami dan isteri dalam mengemudikan
bahtera perkahwinan mereka. Oleh itu usaha memberi pengetahuan kepada pasangan
yang ingin berumahtangga dengan kaedah-kaedah yang kontemporari adalah usaha
yang sungguh murni. Pasangan yang ingin berumahtangga haruslah merebut peluang
untuk menimba ilmu-ilmu yang bermanfaat dari mereka yang berpengalaman.
Apa Ada Pada KAPPeL
Bagi yang pernah mengikuti KAPPeL dan juga yang pernah mengikuti kursus
perkahwinan anjuran JAWI, sudah pasti anda dapat membezakan kandungan dan cara
penyampaian dalam kursus atau program seumpama ini. Dengan kekuatan penceramah
seperti Ustaz Alias Othman, Pak Utih, Dr Harlina, Hajah Rohani dan kepelbagaian
pendekatan ceramah dan aktiviti seperti sesi perkongsian usia perkahwinan
dengan pasangan muda dan pasangan pertengahan, para peserta di bawa ke arah
realiti yang bakal dihadapi oleh pasangan yang baru berumahtangga dan juga
peningkatan usia perkahwinan yang mempunyai fasa-fasa yang tersendiri.
Pengetahuan yang realistik di samping pedoman yang berlandaskan prinsip Islam
dalam memiliki rumahtangga yang dilimpahi sakinah dan mawaddah dan dipayungi
rahmah sebagaimana yang tertera dalam surah Ar Rum AMAT perlu dihayati dan
miliki oleh mereka yang ingin melangkah ke gerbang perkahwinan.
Ia Muncul Setahun Sekali
Jangan lepaskan peluang ini kerana KAPPeL hanya muncul setahun sekali...
InsyaAllah anda pasti tidak akan mengeluh kerugian dengan ilmu pengetahuan yang
akan dihidangkan kepada anda di dalam program ini... .. insyaAllah hanya dengan
1 hari setengah menghadiri program seperti KAPPeL, pasangan-pasangan yang bakal
mendirikan rumahtangga akan memperolehi pelbagai ilmu dalam usaha pembentukan
rumah tangga yang bahagia dan harmoni di bawah lembayung rahmat dan barakah
Ilahi....
TENTATIF PROGRAM
Sabtu, 20 Mei 2006
0830 - Pendaftaran
0900 - Kata Aluan Pengerusi Majlis
0910 - Bacaan Al-Quran
0920 - Ucapan Pengarah Program
0930 - Ucapan Perasmian oleh JAWI
0940 - Minum pagi
1000 - Sesi 1: Masjid Mawaddah wa Rahmah: Membina Asas
Hubungan
(Ustaz Alias Othman. Bekas Prof Madya di
Fakulti Syariah, Akademi Islam UM. Pernah menjadi Dekan di Fakulti
Pengajian Islam Kolej JAIPETRA. Selepas bersara beliau
kerap dijemput sebagai penceramah kursus dan seminar)
1130 - Sesi 2: Prosedur Perkahwinan: Apa Patut
Anda Tahu dan Implikasinya
(Prof Madya Dr Najibah Mohd Zin.
Penyelaras Klinik Bantaun Guaman Syarie, Jab. Undang-Undang Islam
UIAM. Memberi khidmat nasihat dan mengendalikan kes-kes
berkaitan undang-undang keluarga Islam)
1300 - Makan tengahari & Solat Zuhur
1430 - Pengurusan Kewangan Dlm Keluarga Islam
(Hjh Rohani Dato' Hj Mohd Shahir, Ketua
Eksekutif Hijrah Strategic Advisory Group S/B. Seorang
perunding kewangan dan perintis dalam pengurusan kewangan Islam.
Sering muncul di TV, radio, majalah siri ceramah dan
kursus di seluruh negara)
1630 - Kudapan & Solat Asar
1700 - Forum : Perkongsian Pengalaman - Dulu, Kini dan Masa
Depan
1830 - Persiapan diri & Makan Malam
1930 - Solat Maghrib & Kuliah Maghrib: Rasulullah SAW
sebagai Suami dan Bapa Mithali
(Imam Masjid As-Syakirin KLCC)
2030 - Solat Isyak
2100 - Sesi 3: Menyantuni Naluri Insan
(Info mengenai Pengurusan Kesihatan termasuk
Kesihatan Reproduksi & Seksual
(Dr. Harlina Halizah Hj Siraj. Pensyarah dan
Pakar Perbidanan & Sakit puan di Fakulti Perubatan UKM merangkap
Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah M'sia (JIM))
2300 - Bersiap untuk tidur
Ahad, 21 Mei 2006
0600 - Solat Subuh & Kuliah Subuh : Kisah Cinta dari
Al-Quran
(Ustaz Zulkiflli Ahmad)
0700 - Senaman dan Persiapan diri
0800 - Sarapan
0830 - Sesi 4: Membina Kemahiran Komunikasi
(Pak Utih)
1030 - Kudapan
1100 - Sesi 5: Bijak Menangani Konflik dan Ego (Pak Utih)
1300 - Makan Tengahari & Solat Zuhur
1400 - Sesi 6: Bengkel Membentuk Wawasan Keluarga (Pak
Utih)
1600 - Penyampaian sijil
Doa Penutup
Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih dikenali
sebagai Pak Utih merupakan seorang konsultan bebas dari Singapura.
Berpengalaman dalam bidang komunikasi dan kepimpinan suami
isteri. Pernah mengendalikan segmen di radio RTM P.Pinang
dan sekarang di RTM JB.
Tempat Terhad! Hubungi Segera:
Faridah 017-2804560 Rozana 019-3664084 Jam 016-6143861
Email:[EMAIL PROTECTED] Pendaftaram melalui sms/email digalakkan
" Pembayaran boleh dibuat melalui Bank Muamalat ke akaun Wanita JIM
Kuala Lumpur
bernombor 1403-0001486-71-4. Sila maklumkan kepada urusetia pendaftaran
melalui
telefon/sms setelah pembayaran dibuat dan bawa slip deposit semasa hari
pendaftaran.
Forum [NaqibNet Diskusi] ini adalah fokus dan khusus kepada mel-e dan
perkongsian maklumat berbentuk diskusi sahaja. Pentadbiran forum ini adalah di
bawah Pejabat Setiausaha Agung JIM.
--------------------------------------------------------------------------------
YAHOO! GROUPS LINKS
a.. Visit your group "NaqibNet-Diskusi" on the web.
b.. To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
c.. Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--------------------------------------------------------------------------------
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Protect your PC from spy ware with award winning anti spy technology. It's free.
http://us.click.yahoo.com/97bhrC/LGxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/