Alhamdulillah , 17 Jun 2006, diperhatikan tiada lagi
kelihatan troli yang mengiklankan arak jenama
carlsberg di Pasaraya Giant Senawang. Semuanya ini
dengan izin Allah, setelah usaha gigih umat Islam
setempat yang membantah pengiklanan arak pada
troli-troli. Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh
umat Islam di sini ialah menyebarkan secara meluas
risalah-risalah yang menggesa umat Islam yang membeli
belah di pasaraya tersebut agar tidak menggunakan
troli yang mengiklan arak secara langsung atau secara
tidak langsung. Risalah-risalah ini diedarkan di
masjid-masjid, surau-surau, stesen minyak dan kepada
pengguna Islam di pasaraya tersebut. Disamping itu
rasa ketidakpuasan hati pengguna Islam juga disuarakan
melalui e-mel kepada pihak pengurusan pasaraya Giant,
melalui laman-laman web, melalui akhbar.
Sekiranya umat Islam di seluruh Malaysia ini mengambil
tindakan pro aktif untuk mengatasi isu sensitiviti
umat Islam, dengan izin Allah , Allah akan membantu
kita semua. Seluruh umat Islam setempat haruslah
bangkit menyuarakan pandangan mereka, tanpa
mengharapkan semata-mata kepada pihak tertentu sahaja
seperti pihak jawatankuasa masjid, pihak Jabatan Agama
Islam dan sebagainya untuk bertindak.
Setelah semua usaha ini dilaksanakan barulah diadakan
solat hajat dan bermunajjat kepada Allah SWT, agar
kesucian umat Islam di Malaysia ini terpelihara.
Justeru itu semua umat Islam di Malaysia sekarang ini
harus bangkit membela agama Islam tanpa menyerahkan
tugas ini kepada golongan tertentu sahaja.
Jika tidak kita , siapa ? Jika tidak sekarang, bila ?
Jika bukan di sini, di mana ?
If not us , who ? If not now, when ? If not here ,
where ?
ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/Hik1AB/bOaOAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/