Diterjemah dari laman web INDIA DEFENCE CONSULTANTS
(IDC) http://www.indiadefence.com/SingAF.htm
Angkatan Tentera Singapura Satu Analisa oleh IDC
The Singapore Armed Forces
New Delhi, 18 Ogos 2004
Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun
1963 dan apabila tentera British mengambil keputusan
untuk meninggalkan Timur pada tahun 1965, Lee Kuan Yew
meminta bantuan India untuk Angkatan Tenteranya dan
Hal Ehwal Luar. India hanya bersetuju untuk membantu
dalam bidang Hal Ehwal Luar, bagaimanapun Lt Gen
Mattew Thomas kemudian menjadi penasihat tentera pada
tahun 70an.
Singapura kemudian meminta bantuan Israel dan kemudian
Afrika Selatan dan mengambil pendekatan tentera
mengikut cara Khidmat Wajib Swiss. Singapura sekarang
mempunyai belanjawan sebanyak $4.5 Billion dollar
untuk negara yang mempunyai penduduk hampir tiga juta.
Kejayaan tentera Singapura adalah hasil usaha Lee Kuan
Yew dan anaknya Brig Gen Lee Sein Leong yang mengambil
alih jawatan Perdana Menteri daripada Goh Chok Tong
yang sekarang in Menteri Kanan. Singapura sekarang ini
akan mengadakan kerjasama dengan India dalam bidang
ketenteraan dengan DRDO, Tentera Laut India dan pada
hujung tahun ini latihan bersama IAF. Membuka
hubungan dengan negara jiran akan menguntungkan India
kerana Singapura telah melabur di India dan ekonomi
sedang berkembang.
Admiral Teo Che Hean menerangkan kepada semua pegawai
kanan India yang melawat Singapura iaitu hubungan
strategik yang kuat adalah penting untuk perniagaan.
Tentera Laut India telah mendapat manafaat dengan
menghantar kapal-kapalnya ke Singapura dan sekarang
mempunyai kekuatan kewangan untuk menghantar kapal
mengisi minyak. Artikel berikut yang ditulis oleh
Amnon Barzilai menceritakan kepada kita dengan
terperinci.
Hubungan Cinta Rahsia, Dalam, Gelap
(Sekumpulan pegawai pertahanan Israel yang digelar
Mexicans, membantu Singapura menubuhkan tenteranya.
Ianya satu permulaan hubungan yang amat istimewa)
Oleh Amnon Barzilai
Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya
hubungan cinta yang hebat antara Israel dan Singapura
yang amat dirahsiakan. Media antarabangsa, seperti
media Israel cuba menyiarkan kisah ini. Sedikit demi
sedikit maklumat dibocorkan, ada yang disiarkan, ada
yang dinafikan ada yang diabaikan. Israel, seperti
biasa ingin memberitahu rakan-rakan mereka tetapi
berjaya mengekang kemahuan tersebut. Mereka takut
hubungan tersebut akan berakhir sekiranya ianya
diketahui umum. Israel mengenakan sekatan berkenaan
kisah ini dan rahsia ini tersimpan. Sehinggalah pihak
lagi satu tidak dapat lagi merahsiakannya.
Dalam bukunya, "From Third World to First: The
Singapore Story 1965-2000," yang diterbitkan pada
tahun 2000, Lee Kuan Yew, pengasas dan Perdana Menteri
pertama Singapura mendedahkan rahsia yang disimpan
selama hampir 40 tahun. Hakikatnya Tentera Israel yang
telah mengasaskan tentera Singapura. Misi ketenteraan
Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu
berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke
brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera,
beliau menjadi penasihat tentera Singapura. Dia
meninggal dunia 15 tahun lalu. then a colonel, who was
later promoted to brigadier general. After leaving the
army, he became a consultant to the Singaporean army.
He died 15 years ago. Untuk mengaburi kehadiran
mereka, kita gelarkan mereka Mexican, menurut Lee
Kuan Yew.
Tentera Singapura hari ini adalah yang terkuat dan
termoden di Asia Tenggara. Hubungan pertahanan antara
Israel dan Singapura bertambah erat dan diperluaskan,
dan sekarang ianya meliputi hubungan kerjasama bidang
industri ketenteraan. Bidang kerjasama, menurut sumber
asing, tentera Singapura adalah merupakan pelanggan
utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi
ketenteraan. Industri kapalterbang Singapura
bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untuk
menaik taraf pesawat pejuat F-5 Tentera Udara Turki.
Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura
mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal jenis
Gil diusahakan dengan kerjasama kedua-dua negara.
Dikelilingi Orang Islam
Lee Kuan Yew menerangkan pentingnya merahsiakan
perkara ini pada kawan rapatnya di peringkat pimpinan,
dan menteri pertahanan pertama, Dr. Goh Keng Swee.
"Kita mesti mempastikan ketibaan Israel tidak
diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan
dari orang Islam yang tinggal di Malaysia dan
Singapura menurut Lee Kuan Yew. Ini adalah masalah
Singapura. Penduduk pulau yang kecil ini 670 kilometer
persegi (Israel 30 kali lebih luas) majoritinya
berbangsa Cina, dan mereka berada diantara dua negara
Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Sehingga 1965,
Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun
tersebut British mengambil keputusan untuk keluar dari
jajahannya ke timur Terusan Suez. Dalam proses yang
pantas Singapura dipisahkan daripada Malaysia.
Singapura mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos
1965. Dan pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua
rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai
oleh pegawai British. Dua pertiga tenteranya bukannya
penduduk Singapura, dan pemimpin mereka tidak yakin
dengan kekuatan tenteranya. Menteri Pertahanan, Goh,
menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke
Thailand untuk meminta bantuan. Kidron tiba di
Singapura dalam beberapa hari bersama Hezi Carmel
dari Mossad. "Goh memberitahu kita hanya Israel,
negara kecil yang dikelilingi negara umat Islam,
dengan tentera yang kuat, boleh membantu mereka
membina tentera yang kuat, tentera yang dinamik,
menurut Carmel. Kedua-dua orang Israel menemui Lee,
yang menulis beritahu Keng Swee untuk menunggu dulu
sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India,
dan Presiden Nasser dari Mesir membalas surat saya
untuk membentuk tentera Singapura.
Adalah tidak pasti samada Lee percaya India dan Mesir
mampu atau berminat untuk membentuk tentera Singapura.
Ramai Israel percaya ianya adalah taktik semata-mata.
Selepas beberapa minggu India dan Mesir mengucapkan
tahniah diatas kemerdekaan mereka tetapi tidak
menawarkan bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh
untuk mengubungi terus pegawai Israel.
Pada masa yang sama, sejurus laporan oleh Kidron dan
Carmel, pertahanan Israel menghantar bantuan
ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang
dikendalikan oleh Ketua Turus Yitzhak Rabin, dengan
kehadiran Timbalan Ketua Turus dan Pengarah Bahagian
Operasi , Ezer Weizmann, telah diputuskan untuk
melantik Major General Rehavam Ze'evi, ketika itu
Timbalan Bahagian Operasi, bertanggungjawab untuk
membina tentera Singapura. Ze'evi (digelar"Gandhi" )
melawat Singapura secara rahsia dan memulakan
persiapan sekembalinya. Gandhi ingin membentuk
tentera Singapura yang ideal, sesuatu yang kita tidak
buat disini, menurut Carmel. Dengan tidak membentuk
Kementerian Pertahanan dan Staf Jeneral, Gandhi
mencadangkan organisasi bersepadu, struktur yang lebih
ekonomi. Jadi tidak akan ada terlalu ramai jeneral dan
terlalu sedikit askar biasa
Ze'evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam
Bahagian Operasi, sebagai mengetuai kumpulan
pembentukan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, ketika
itu mengetuai divisyen armor (dia bersara dari tentera
Israel berpangkat brigadier general), ditambah dalam
kumpulan tersebut. Beberapa ahli kumpulan menumpukan
dalam persiapan untuk membina kem tentera, menurut
Golan. Pada mulanya mereka mereka menghasilkan buku
"Brown Book," berkatian doktrin peperangan, kemudian
buku "Blue Book," mengenai pembantukan Kementerian
Pertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah
diterjemah ke Bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan
Singapura. Pada Oktober 1965, perwakilan tentera dari
Singapura tiba di Israel.
Perwakilan tersebut datang untuk memberitahu kita :
Tahniah, tapi untuk melaksanakan buku ini, awak
dijemput datang ke Singapura, menurut Golan. Sebelum
berlepas, ahli-ahli misi ketenteraan berjumpa Ketua
Turus Biro. Sahabat sekelian, kata Rabin, Saya
ingin memperingatkan beberapa perkara. Pertama, kita
bukannya hendak menjadikan Singapura sebagai jajahan
Israel. Tugas awak ialah mengajar mereka kerjaya
tentera, supaya mereka boleh berdikari menguruskan
tentera mereka. Kejayaan awal ialah adalah apabila
mereka berjaya menguruskan tentera mereka sendiri.
Kedua, awak pergi kesana bukan untuk memberi arahan
tetapi memberi nasihat kepada mereka. Dan ketiga, awak
semua bukan pedagang senjata. Bila awak membuat
nasihat untuk pembelian senjata, gunakan pertimbangan
professional ketenteraan. Jangan ambil kira keputusan
mereka samada mereka hendak membeli dengan kita atau
orang lain.
Bangun Jam 5:30 pagi
Pada 24 Disember 1965, lima bulan selepas Singapura
menjadi negara merdeka, enam pegawai pertahanan Israel
dan keluarga mereka berlepas untuk misi yang
dirahsiakan. Elazari dan dua pegawai lain menguruskan
penubuhan Kementerian Pertahanan. Menurut Golan.
Tugas saya dengan tiga pegawai lain ialah untuk
menubuhkan tentera.
Elazari bekerja mengikut beberapa prinsip asas, dimana
tidak lari dari kumpulan asal Israell. Pertama untuk
membentuk kader komander dan jurulatih tempatan. Kedua
, bahan arahan bertulis dibuat oleh kadet yang dilatih
sebagai pegawai. Dan ketiga latihan praktikal akan
dikendalikan oleh jurulatih Singapura.
Kita hendak melatih 40-50 orang yang mempunyai
pengalaman tentera dan bersedia untuk bekhidmat dalam
kerjaya ketenteraan. Golan mengulas. Kita menyuruh
mereka melantik seorang sebagai komander. Sebagai
ketua kumpulan, kadet-kadet tersebut melantik seorang
berketurunan India Kirpa Ram Vij, yang seterusnya akan
menjadi Ketua Turus Tentera. Selama tiga bulan kita
berikan kursus intensif.
Kursus pertama ialah format tentera Israel , bangun
jam 5.30 pagi, kemas diri, kawad. Latihan bermula jam
7:30 pagi hingga 1 tengahari. Selepas beberapa hari
berlatih, sekumpulan kadet berjumpa saya dan berkata,
Colonel Golan, orang-orang Arab tidak duduk atas
kepala kita? Kenapa kita buat kerja gila ini? Saya
panggil Elazari dan beritahu keadaan yang berlaku.
Beberapa hari kemudian dia datang bersama Menteri
Pertahanan Dr. Goh, dan memberitahu kadet-kadet, `Buat
apa yang Colonel Golan suruh , atau tidak awak kena
buat dua kali ganda. Dalam masa yang sama kumpulan
pegawai Israel yang lain menyelia pembinaan kem
tentera yang pertama berdasakan pelan Kor Jurutera
Israel. Pembinaan kem tentera siap dalam masa tiga
bulan. Dalam tempoh kurang setahun, kumpulan Israel
telah mengendalikan kursus untuk rekrut baru, kursus
ketua platun dan kursus pegawai, menurut pelan yang
dihantar dari Israel. Seramai 200 komander telah
dilatih.
Penganggur Bukannya Tentera
Sebaik sahaja staf komander siap, pasukan tentera mula
dibentuk. Israel telah berssedia menubuhkan dua lagi
rejimen infantri, mengikut model tentera Israel,
setiap rejiman mempunyai tiga kompeni askar raifel,
satu kompeni tambahan dan satu kompeni pengurusan
sejumlah 600 tentera. Lieutenant Colonel Moshe Shefi,
seorang jurulatih kursus komander kompeni telah
dihantar menjadi penasihat. who was an instructor in a
company commanders course, was sent as an adviser.
"Kami mendapati ada penentangan saikolgi untuk
mengambil rekrut di Singapura, katanya. Dari 10
kerjaya, kerjaya tentera adalah yang terakhir. Pertama
ialah artis, kemudian ahli falsafah, kemudian guru dan
ahli perniagaan, dan pencuri tempat kesembilan.
Kerjaya tentera adalah kerjaya memalukan di Singapura.
Di Singapura , rekrut adalah untuk mengatasi
pengangguran.
Pegawai Israel mempunyai masalah. Untuk mengelakkan
diri , kebanyakan pemuda yang dipilih (usia 18-24
tahun) yang berbangsa Cina menunjukkan bukti mereka
telah bekerja. 70 peratus calon adalah penganggur dan
berasal dari Malaysia.. Elazari dan Golan mengadu pada
Lee dan Goh, tapi perdana menteri bertegas, saya nak
awak latih orang yang paling primitif di negara ini,
yang tidak berpelajaran dan menganggur, kata Lee.
Terkejut, pegawai Israel cuba memujuk Lee untuk
memberi pertimbangan, tapi dia bertegas : Dalam
perang dunia kedua, saya lihat tentera British dan
tentera Jepun. Semua tentera British bijak dan
berpelajaran. Tapi sebagai tentera mereka tak berguna.
Tentera British yang primitif menerima arahan dan
melaksanakannya, dan mereka tentera yang luar biasa.
Hakikatnya tentera Jepun menewaskan tentera British.
Kata Golan, Yaakov dan saya cuba menerangkan kepada
beliau bukan persoalan pelajaran tetapi ialah
motivasi. Tentera Jepun bermotivasi kerana mereka
berjuang kerana maharaja, yang dianggap sebagai tuhan.
Mereka rela berkorban kerana dia. Apa motivasi yang
tentera British ada, yang berjuang beribu kilometer
dari negara mereka ? Penjelasan mengenai semangat
berjuang dan bagaimana untuk memberikan motivasi telah
diterima Lee.
Selain daripada khidmat wajib dan kerjaya tentera,
Singapura juga mengambil contoh khidmat simpanan
tentera Israel. Setiap tentera yang tamat berkhidmat
biasa dikehendakkai berkhidmat lagi 13 tahun, sehingga
umur 33 tahun. Sistem untuk mobilasi khidmat ini telah
ditubuhkan dan kementerian pertahanan melakasanakan
latihan mengejut. Disebabkan saiz yang kecil dan
kurang tempat untuk berlatih, Singapura menubuhkan
beberapa kem latihan dengan beberapa negara jiran.
Kejutan Kereta Kebal
Kebimbangan serangan tentera Malaysia, dan pergerakan
pantas tentera Singapura, memerlukan keperluan
tambahan. Dengan kewujudan infantri, pegawai Israel
melakukan kajian mendalam pertempuran tentera Jepun di
Asia Tenggara semasa perang dunia kedua dan bagaimana
mereka berjaya menceroboh Malaysia dan Singapura.
Shefi diberi tugas untuk memberikan ceramah mengenai
perkara ini kepada kerajaan Singapura.
Dari apa yang dipelajari Israel, perang antara askar
Jepun dan British, mereka membentuk tentera laut
daripada sampan-sampan. Bot tesebut dibuat dari kayu
yangbaik dan boleh membawa 10 ke 15 orang askar, dan
sesuai digunakan di laut dan sungai, kata Golan.
Dalam laut bergelora mereka boleh guna pendayung atau
enjin. Kita beritahu Singapura untuk membeli 20 bot
dan kita bentuk kem kecil untuk kompeni infantri
berlatih melakukan serangan dan mencari arah.
Kolonel bersara Asher Dar berkata, Kumpulan kedua
sampai Singapura dan melaksanakan apa yang Yehuda
Golan bentuk sebagai doktrin peperangan. Kita melatih
serangan menggunakan bot kecil dan meriam peluru
hidup. Bila ketua bahagian latihan , Yitzhak Hofi,
melawat Singapura , kita membuat latihan mendarat
briged infantri dan menggunakan perahu layar sejauh 12
kilometer.
Penungguan perang enam hari 1967 adalah memeritkan
kepada kumpulan Israel di Singapura. Kami berasa lega
Israel tidak tewas jika tidak tentera Singapura akan
hilang keyakinan, kata Lee , menurut jurulatih
Israel. Pada Januari 1968 , Singapura mengambil
keputusan untuk menubuhkan Kor Armor. Dalam penuh
kerahsiaan, satu perjanjian ditandatangani untuk
membeli 72 buah kereta kebal AMX-13 dari tentera
Israel. Ianya satu keputusan yang berani. Malaysia,
jiran yang besar, tiada kereta kebal.
Semasa Hari Merdeka, Ogos 1969, kejutan yang amat
besar menanti tetamu, termasuk Menteri Pertahanan
Malaysia : 30 kereta kebal melakukan lintas hormat.
Ianya mempunyai kesan dramatik, Lee menulis.
Malaysia melahirkan kebimbangan. Menteri Pertahanan
Singapura cuba memujuk kerajaan Malaysia menyatakan
ianya bukanlah tujuan untuk persengketaan.
Selepas kejayaan Israel pada 1967, dinding kerahsiaam
mula terbuka. Perwakilan Singapura di Bangsa-Bangsa
Bersatu tidak mengundi resolusi untuk mengutuk Israel
oleh negara Arab. Hubungan diplomatik penuh mula
terjalin. Pada Oktober 1968 Lee membenarkan Israel
menubuhkan misi perdagangan dan Mei 1969 Singapura
membenarkan Israel mendirikan kedutaan. Status misi
ketenteraan Israel di Singapura diperkukuhkan, dan
diketuai oleh mereka yang berpangkat brigadier
jeneral.
Asas Tentera Udara
Kumpulan pegawai Israel yang kecil di Singapura
diperkuatkan dengan penasihat tentera dalam pelbagai
bidang. Ketua Turus Kor Armor, , Major General Abraham
Adan, tiba untuk memberikan nasihat pembelian
kenderaan perisai. Pada tahun 1968, Adam Tzivoni,
kolonel bersara yang mengetuai bahagian perancangan
dan senjata tentera udara, telah dilantik sebagai
penasihat Simgapura untuk membentuk tentera udara.
Sebagai ganti pengeluaran tentera British, kerajaan
British memberi Singapura geran sebanyak 50 juta pound
untuk membeli pesawat British, helikopter dan peluru
berpandu, Tzivoni memberitahu. British tidak sukakan
saya. Tugas saya ialah untuk meluluskan perjanjian.
Tetapi nampaknya British ingin menjual senjata tidak
berguna kepada Simgapura. Selain perjanjian pembelian
Hunter, saya menolak semua perjanjian lain. Dibawah
pengawasan Tzivoni, sekolah penerbangan dibentuk di
Singapura, juga sekolah teknikal, satu skuadron
helikopter Alouette dan meriam anti pesawat 40 mm
telah dibeli.
Uzi dan Lagu Kawad Israel
Selepas pembentukan rejiman infantri tentera
Singapura, timbul persoalan senjata apa harus
digunakan. Pegawai-pegawai mahukan Uzi, sub mesingan
Israel. Pegawai Israel menolak cadangan tersebut.
Benar, Uzi senjata yang hebat pada tahun 1960, tapi
untuk jarak dekat sahaja.
Tentera memerlukan raifel penyerang. Wakil dari
tentera Israel menggesa kementerian pertahanan menjual
raifel baru Gali. Tapi kumpulan berkenaan berpendapat
senjata tersebut belum bersedia lalu mencadangkan M-16
Amerika.
Satu lagi masalah ialah keputusan untuk membeli
mortar. Rejimen infantri dilengkapi dengan 60 - 52 mm
dan 18 mm mortar (meriam katak). Senjata ini
dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat Soltam di
bandar Yokne'am, dijual oleh kementerian pertahanan
Israel dan diekspot ke seluruh dunia. Walaupun kita
fikir ini ialah mortar terbaik, kita tidak
mencadangkannya sebaliknya menggunakan badan perunding
bebas untuk mengambil keputusan, menurut Yehuda
Golan.
Israel menekankan kemahiran ketenteraan dan motivasi
yang tinggi. Kepintaran berkawad dan pertunjukan
ketenteraan, tentera Singapura tidak pernah belajar
dari `Mexicans.' Apa yang tentera Singapura belajar
adalah dari pegawai British yang mengetuai dua rejimen
infantri yang awal, tulis Lee.
Motto kita ialah kita tidak akan menyibuk apa yang
Singapura boleh buat sendiri, menurut Golan. Mereka
ingin mengatur perbarisan Hari Kemerdekaan mereka
sendiri. Kami berkata perbarisan ketenteraan
menggambarkan mentaliti negara dan sejarahnya.
Singapura tidak menjadikan ia satu isu. Bagaimana pun
mereka mempunyai masalah yang memerlukan penyelesaian
segera apa rentak hendak dimainkan ketika tentera
sedang berkawad. Ketua misi Israel, , Yaakov Elazari,
membawa nota lagu dari Israel dan tentera Singapura
berkawad diiringi lagu kawad Israel.
Buku Panduan Pertempuran Hutan
Pihak Singapura mengejutkan pegawai Israel apabila
mereka menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam
hutan. Singapura cuma ada hutan kecil seluas lima
kilometer persegi, tapi negara jiran mempunyai hutan
yang besar. Kata Yehuda Golan : Saya beritahu mereka
benar, tapi saya bukanlah orangnya, kerana saya tidak
tahu apa-apa perang di hutan. Bagaimanapun pegawai
Israel cuba mengatasinya. Keputusan dibuat untuk
menghantar dua pegawai Singapura sebagai tetamu
tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.
Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang
dengan pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan
kami membuat latihan tempur dalam hutan selepas itu,
menurut Golan. Atas dasar ingin tahu, saya juga turut
serta. Ianya begitu teruk jelas mereka diajar cara
British ketika perang dunia kedua. Saya mengambil
keputusan melatih 10 orang pegawai. Kami memasukki
hutan dan memulakan permainan perang. Kami latih
bidang pandu arah, membentuk pasukan, menyerang dan
mencari. Kita merujuk kepada buku panduan perang
Amerika di Vietnam. Kita membangunkan cara pandu arah
malam. Kita belajat bagaimana berfungsi sebagai sebuah
kompeni tempur dalam hutan tebal. Selepas beberapa
minggu latihan, saya menulis buku panduan perang dalam
hutan untuk Tentera Singapura.
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/