info sharing

s kamal <[EMAIL PROTECTED]> wrote:  To: [EMAIL PROTECTED]
From: s kamal <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Wed, 12 Jul 2006 10:03:58 -0700 (PDT)
Subject: [saifulislam.com] Sehari di Pulau Ketam & Formula 7s

        Alhamdulillah, pada 9 July 2006 saya berkesempatan
untuk mengikuti rombongan ke Pulau Ketam.

Program besar-besaran ini hasil anjuran beberapa NGO
Islam termasuk Yayasan Amal Malaysia (AMAL) MACMA,
Persatuan Muslim Malaysia, PERKIM, ABIM dan juga turut
disertai oleh pihak penerbitan MILENIA MUSLIM dan
ADABI sebagai salah seorang dari pihak penaja.

Kebetulan pula, Majalah MM di dalam keluaran terbaru,
membincangkan dengan panjang lebar tentang
permasalahan saudara baru di Pulau yang terkenal
dengan makanan laut itu.

Diceritakan secara detail tentang saudara baru yang
tidak ada pendakwahan yang berterusan dan tidak kurang
yang kembali ke agama asal. Ada juga yang hanya Islam
pada nama sahaja tetapi tidak ada pengisian amal yang
sepatutnya.

Ada saudara baru yang masih mempunyai patung-patung di
rumah mereka, tinggal dengan isteri yang masih belum
Islam, tidak tahu menyebut bismillah walaupun selepas
20 tahun memeluk Islam apatah lagi ibadat solat.

MM juga mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh para
pendakwah yang ditugaskan oleh pihak berwajib.

Justeru, apabila Ketua Biro Kesihatan AMAL, Dr Halimah
mempelawa saya untuk turut serta ke Pulau Ketam,
peluang tidak saya lepaskan.

Seawal pukul 5 .15 pagi kami telah bertolak dari
Seremban bersama Presiden MRA (Malaysian Reverts
Association) menuju ke jeti Pulau Ketam di Pelabuhan
Kelang. 
Memandangkan ini adalah kali pertama ke sana, suami
prefer untuk bertolak awal kerana takut sesat.

2 puteri saya, dibawa bersama untuk memberi pendedahan
awal tentang kegiatan dakwah dan juga untuk
memperkenalkan konsep Islam sebagai agama yang
universal.

Selama ini, mereka ingat, kalau Melayu mesti Islam dan
kalau Cina mesti bukan Islam.
Diharapkan dengan pendedahan seperti ini, boleh
menambahkan kefahaman mereka tentang agama suci ini.

Wah, nampaknya, ramai betul yang ikut serta program
ini.Maklumlah, kena sewa 3 feri untuk bawa rombongan .
Saudara Ann Wan Seng, S/U PERKIM nampak sibuk
mengarahkan semua peserta untuk ke feri.

Pasukan Perubatan AMAL kena dibahagikan kepada 2 team,
satu ke Pulau Ketam dan satu lagi untuk ke Pulau Sg
Lima, satu pulau yang tidak jauh dari Pulau Ketam.

Saya termasuk ke team Pulau Sg Lima, bersama Dr
Halimah, Dr Yunus dan beberapa medical students dari
uni tempatan untuk memberikan bantuan perubatan kepada
penduduk PUlau tersebut.

Lebih seratus peket beras juga telah siap dibahagi dua
untuk diagihkan kepada penduduk pulau-pulau tersebut.
Semua lelaki yang hadir berganding bahu memunggah
bantuan untuk diletakkan di dalam bot.

Terasa perasaan yang tidak boleh digambarkan melihat
muslim dari pelbagai kaum bekerjasama untuk
mempertahankan aqidah Islam. Sememangnya Islam adalah
agama yang universal.

Gembira rasanya dapat berjumpa semula dengan beberapa
sahabat seperjuangan dari AMAL dan MUSLIM CARE yang
sama-sama ke Yogja tempoh hari. Kenangan berkhidmat di
sana memang sukar dilupakan. 

Kami juga ditemani oleh beberapa wartawan dari majalah
Milenia Muslim yang membuat liputan tentang program
ini.

Lebih kurang jam 9.15 pagi, 2 bot bertolak ke arah
destinasi masing-masing.saya dan keluarga bersama-sama
hampir seratus relawan yang lain menuju ke Pulau Sg
Lima.Maklumat awal yang kami terima adalah 100% mereka
adalah berketurunan Tionghua dan beragama Buddha.

Hmm... misi pun bermula

Di dalam bot, kami telah diberikan oleh pihak AMAL,
satu handout yang perlu dibaca. Selain fokus
memberikan khidmat kesihatan, AMAL juga menitik
beratkan usaha dakwah melalui kebajikan kesihatan.

Handout tersebut mengutarakan FORMULA 7S

S1 - SAYANG = tanamkan rasa kasih sayang pada mad'u.
Anda dalam misi menyelamat mereka dari neraka.

S2 - SENYUM = harga senyuman anda mungkin menggamitnya
kepada Islam ; modal 0 sen

S3 - SAPA DAN SALAM = tegur dalam apa bahasa
sekalipun, JANGAN harap dia membalas. Balasannya
bernilai beberapa sen. nak minta sangat balasan
daripada PENCIPTANYA di SANA nantii.

S4 - SANGKA BAIK - fitrah setiap manusia kalau ada
yang berbuat baik kepadanya Insya Allah, dia akan
bahagia dan sanggup menerimanya sebagai 'kawan'; buat
baik, balas baik

S5 - SABAR - perubahan adalah satu proses; ia
memerlukan masa, kesungguhan, keikhlasan dan follow up
serta follow through. TUGAS ANDA hanyalah sebarkan
kecantikan akhlak Islam sehingga mad'u jatuh cinta
kepada ISLAM melalui anda.

S6 - SIKAP - sikap positif boleh menjayakan perkara
yang hampir mustahil ! (YOUR ATTITUDE DETERMINES YOUR
ALTITUDE)

S6 - SUNNAH - Anda sedang melakukan apa yang pernah
dilakukan dan diperintahkan oleh Nabi s.a.w! Uslub
mungkin berbeza. Matlamatnya sama.

Anda kini melakukan apa yang dilakukan oleh pedagang2
Arab yang mula-mula datang ke Tanah Melayu di zaman
silam dengan tidak tahu bahasa setempat, tidak kenal
budaya dsb....Bagaimanakah mereka boleh berjaya?!
Selamat mencuba! semoga usaha diberkati dan disertai
jentera malaikatNya.

Handout tersebut saya rasa memang tepat pada masanya
dan memberi perspektif yang betul kepada para relawan
yang terlibat dengan program.
Secara tidak langsung, ia juga menjadi tazkirah kepada
kami semua dan dijadikan bekalan sepanjang perjalanan.

Hampir sejam juga perjalanan kami ke Pulau Sg Lima,
dan pengalaman itu sangat menggembirakan anak-anak
saya.
Setiap seorang diberi sebungkus nasi lemak dan air
mineral sebagai sarapan pagi.
Alhamdulilah, dapat juga berkelah di atas bot. 

Sempat juga kami, beberapa medical doctors dan dentist
belajar basic bahasa Hokkien sebagai bekalan untuk
merawat pesakit kelak dengan dibantu dengan saudara
baru berbangsa Cina.

Ustaz Amin Lam yang merupakan 'orang kuat' dari Pulau
Ketam menjadi jurucakap kami di Pulau tersebut dan
mengepalai rombongan untuk berjumpa dengan ketua
kampung.
Sambutan dari mereka , alhamdulillah sangat
memberangsangkan.Lebih dari seratus orang penduduk
Pulau telah keluar mendapatkan rawatan.

Saya sempat merawat satu-satunya keluarga Melayu di
Pulau tersebut yang bekerja dengan TNB di situ juga
seorang pembantu Indonesia yang juga bekerja dengan
keluarga di situ.

Kami memang tidak cukup tangan melayan semua pesakit,
di tambah lagi dengan masalah bahasa dan komunikasi.
Alhamdulillah, dengan bantuan dari sahabat yang
berbangsa CIna, kami dapat membantu mereka setakat
yang termampu.

Sahabat yang lain pula pergi menziarahi
keluarga-keluarga untuk memberi bantuan dan berdakwah
setakat yang boleh. Dimaklumkan ada seorang yang
beragama Islam di situ, berumur lebih 80 tahun tetapi
baca bismillah pun tak tahu.

Medan dakwah masih terbentang luas lagi....

Pukul 1.30 tgh kami bertolak ke Pulau Ketam untuk
meneruskan program di sana.
Perjalanan dari Pulau Sg Lima ke Pulau Ketam hanya
mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Kami terus ke Balai Islam yang terletak tidak jauh
dari jeti. 

Wah, surau di tingkat atas penuh dengan sukarelwan
yang sedang menunaikan solat zuhur. Memandangkan
jumlah relawan yang datang melebihi dari anggaran
awal, maka makanan tidak cukup dan nampaknya rezeki
kami tidak ada di sana.

Tetapi dengan berbekalkan biskut dan roti yang dibeli
awal pagi tadi dapat mengalas perut kami anak-beranak.

Bukan tidak ada gerai makanan di situ, tapi
al-maklumlah, hampir semuanya kepunyaan CHinese
non-Muslim.Walaupun diberitahu ada seorang gerai
makanan diusahakan oleh seorang Muslim Indonesia, tapi
juga kami tidak sempat ke sana.

Acara petang dteruskan di Dewan Orang ramai di situ
dengan acara pertandingan memasak untuk penduduk
tempatan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan
pertandingan CHinese chess.

Sambutannya alhamdulillah, menggalakkan. Interaksi
antara kaum dan agama dapat direalisasikan di situ.
Pasukan perubatan juga bertugas sehingga ke petang.

Saya berkesempatan mengikuti Dr Halimah untuk membuat
home visit ke beberapa buah rumah di sekitar pulau
untuk memberi bantuan perubatan dan beras.

Kami dibantu oleh seorang cikgu Melayu yang bertugas
disitu yang menjadi tonggak penyelaras program
tersebut.
Beliau sudah hampir dua tahun mengajar di situ setelah
ditukarkan dari negeri Terengganu.

Tapi, seperti biasa yang kita dengar, biarlah muslim
ini menjadi seperti ... dicampak ke darat jadi pokok ,
dicampak ke laut menjadi pulau.
Jadilah seperti pokok yang sentiasa bermanafaat,
walaupun di baling dengan batu tetapi tetap setia
mengeluarkan buah.

Secara peribadi, saya merasakan beliau sudah
menjalankan tanggungjawab beliau dengan cemerlang di
situ.

Hubungan beliau dengan penduduk tempatan memang rapat,
malahan seorang dari penduduk telah beliau Islamkan
dan menjadi sahabt baik beliau.

Semoga Allah memudahkan kerja-kerja dakwah beliau di
Pulau Ketam itu.

Malam pula, sebagai acara penutup, selepas selesai
ucapan dari wakil AMAL dan MILENIA MUSLIM, diadakan
acara penyampaian hadiah untuk pertandingan yang
diadakan pada petang tadi dan acara cabutan bertuah
untuk penduduk tempatan.

Ramai juga penduduk tempatan yang keluar menyertai
progam tersebut.

Acara diteruskan dengan tayangan video kehidupan
Muslim di negara China sebagai pendedahan kepada
penduduk di Pulau Ketam bahawa agama Islam sebenarnya
bukan agama yang asing untuk bangsa Cina.

Sebelum bertolak pulang, kami disajikan dengan upacara
barbeque untuk semua yang hadir.

Bot kami bertolak dari Pulau Ketam sebelum pukul 10
malam.
keletihan memang sudah terasa. Anak-anak saya telah
tertidur di atas bot beranginkan angin laut.

Kami bertolak pulang dari Pelabukan Kelang selepas
pukul 11.30 malam dan hanya tiba di Seremban lewat jam
1 pagi.

What a long day for all of us....

Walaupun, ruang untuk penambahbaikan masih lagi
terbuka luas di dalam pengendalian program (maklumlah
nak handle hampir 300 orang dari pelbagai institusi),
namun saya rasa ia adalah langkah awal yang bagus ke
arah agenda pendakwahan yang lebih tersusun di masa
akan datang.

KERJA DAKWAH MEMANG TIDAK KENAL ERTI JEMU DAN SANGAT
MENCABAR.
IA MEMERLUKAN 200% KOMITMENT DAN GERAK KERJA YANG
BERTERUSAN

Setelah 'merasainya' sendiri hanya untuk beberapa jam
dengan segala keterbatasan yang ada, saya secara
peribadi merasa betapa rasionalnya cadangan dari
negeri Kelantan untuk menawarkan wang RM10 ribu untuk
pendakwah yang sanggup berkahwin dengan penduduk orang
Asli dan menjadi sebahagian daripada mereka.

Strategi berkahwin (dan seterusnya mengambil semua
tanggung jawab yang datang dengannya) dengan penduduk
tempatan untuk mengembangkan dakwah juga diakui oleh
seorang pendakwah yang pernah ditugaskan ke Pulau
Ketam seperti yang dilaporkan oleh majalah MM.

Walaupun, ada yang kurang bersetuju dengan kerja-kerja
dakwah dikaitkan dengan pemberian wang, tapi saya
personally merasakan ada keperluan di sana yang perlu
kita explore dan laksanakan dengan sebaik mungkin.

Akhir kata, mungkin sahabat semua boleh dapatkan
majalah MM keluaran bulan depan yang saya rasa akan
memaparkan aktiviti yang dijalankan di Pulau Ketam.
(saya tak dapat komisen ye... :) saja nak berkongsi
maklumat )

Mana yang baik, bolehlah diambil pengajaran dan mana
yang tidak, jadikan pedoman dan sempadan.

''SAMPAIKANLAH DARI KU WALAUPUN SATU AYAT' - Hadis
sahih.

WALLAHU'ALAM

UMMU IMAN
SEREMBAN.
    
---------------------------------
  Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.   

         

                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
 Everyone is raving about the  all-new Yahoo! Mail Beta.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke