Ariff Budiman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:  

              MOTIVASI MUTIARA  DR  DANIAL ZAINAL ABIDIN

    KEJADIAN INSAN
  Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang saya 
dimuliakan. Semoga pada pagi ini anda semua berada dalam nawaitu yang betul dan 
pada hari ini kita melangkah dengan satu keyakinan bahawa insyaallah jika Allah 
izinkan atau god willing kita akan berjaya di penjuru kita sebagaimana umat 
islam terdahulu berjaya di penjuru mereka sehingga akhirnya mereka menjadi 
golongan kelas pertama berdasarkan al-quran dan juga as-sunnah.
  
           Satu aspek yang mengkagumkan kita tentang quran malah juga 
mengagumkan orang-orang bukan islam di barat yang menjadikan sebahagian dari 
mereka memeluk islam pada hari ini ialah bahasa-bahasa yang melambangkan sains 
yang terdapat di dalam quran. Sekaligus al-quran boleh kita jadikan satu kitab 
yang merangsang untuk kita mengkaji. Saya tidak mengatakan bahawa al-quran itu 
buku sains tetapi ia kitab yang merangsang kita untuk mengkaji dan dengan 
kajian itu kita akan nampak keagungan ilahi insyaallah.
  
            Pada pagi ini kita akan mengkaji satu ayat dari surah Az-Zumar ayat 
6. Allah swt berfirman yang bermaksud, “ Dan dia Allah telah mencipta kamu 
dalam rahim ibu-ibumu. Penciptaan demi penciptaan, kejadian demi kejadian dalam 
kegelapan yang tiga”. Ayat ini sungguh indah sebab ia menceritakan tentang 
kejadian insan. Ayat ini juga menceritakan tentang 2 perkara penting. 
Pertamanya Allah mengatakan bahawa kejadian insan merupakan kejadian yang 
melalui proses-proses tertentu. Maka Allah mengatakan dia menjadikan insan 
dalam rahim, kejadian demi kejadian. Ini bahasa proses sekaligus menolak 
pendapat tokoh perubatan yunani terdahulu yang bernama Hipocrates. Beliau 
mengatakan kejadian insan dalam rahim ibu berlaku serentak. Kesemua organ 
keluar serentak. Tetapi al-quran menafikannya sebaliknya kejadian demi 
kejadian. Al-quran lebih saintifik pastinya daripada Hipocrates yang terkenal 
itu.
  
             Masyaallah al-quran. Rugilah kita yang tidak mahu memahaminya. 
Aspek yang kedua Allah mengatakan kita dahulunya iaitu insan dalam rahim ibu 
kita berada dalam kegelapan yang tiga. Dalam Al Asas Fit Tafsir oleh As-Syeikh  
Said Hawa di sebutkan, kegelapan yang tiga ialah kegelapan yang berkaitan 
dengan abdomen, rahim dan juga uri. Pendapat ini dinukilkan oleh Ibnu Katsir 
daripada Abdullah bin Abbas, Imam Mujahid dan Ikrimah. Saya amat kagum dengan 
pendapat ini. Ertinya, ulama islam lama dahulu sudah saintifik dengan pandangan 
mereka. Ada seorang tokoh di barat yang memang kagum dengan ayat ini sebagai 
contohnya Professor Keith Almoore seorang pakar dalam bidang anatomi manusia 
daripada Univercity Toronto Canada. Beliau berkata, seseorang bayi memang hidup 
dalam 3 tutupan atau 3 kegelapan seperti yang quran sebutkan.  Lantas bagi 
Professor keith Almoore, ayat quran ini memang saintifik dan hal ini telah di 
laporkan dalam The Journal Of The Islamic Medical
 Association jilid 18 terbitan 1986 sebelum ini. 
  
              Tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan, seperti biasa bila kita 
membaca quran contohnya setiap pagi. Kita mendapat motivasi sebenarnya. Sebagai 
contoh jika anda mempunyai kesempatan sebelum ke tempat kerja bacalah quran 10 
ayat dan kajilah maknanya. Jangan baca sahaja tetapi lihat maksud dan maknanya. 
Bagi saya inilah satu modal motivasi kepada kita. Kita mencari motivasi 
kekuatan. Itu bagus tetapi kita lupa quran sepatutnya kita jadikan sebagai 
modal motivasi untuk kita terus melangkah mencari kecemerlangan dan kejayaan di 
penjuru hidup kita. Bila kita baca al-quran, kita akan kagum dengannya 
disebabkan sebahagian ayatnya menceritakan tentang perkara yang begitu 
saintifik contohnya dari surah Az – Zumar ayat 6.
  
               Semoga insyaallah dengan kita mendekati quran kita akan terus 
terangsang untuk menjadi insan kelas pertama insyallah.
  
  Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 17 Julai 
 2006, hari Isnin  jam 7.30 pagi di Mutiara FM pulau Pinang 95.7 mhz.
                                                                                
                                                                                
                                            [EMAIL PROTECTED]

                                       

  

         

                
---------------------------------
Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls.  Great rates 
starting at 1¢/min.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke