GABUNGAN NGO MUSLIM JOHOR MENGADAP YAM TUNKU MAHKOTA
MENGENAI ISU USAHA MENCABAR STATUS ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


Johor Bahru, 20 Julai 2006  -  Lantaran prihatin ke atas cabaran-cabaran 
terkini terhadap status kedudukan Islam dalam konteks Perlembagaan Malaysia 
beberapa pertubuhan bukan kerajaan Islam yang terkemuka di negeri Johor telah 
mempadukan saf bagi mengatur strategi bersama bagi menghadapinya.

Keadaan ini menjadi lebih signifikan apabila berdepan dengan satu program forum 
bertajuk "Federal Constitution: Protection for All" di Hotel Selesa di Johor 
Bahru pada 21 Julai 2006. Pada zahirnya forum yang dianjurkan oleh apa yang 
disebut sebagai "Article 11 Coalition" yang menggagaskan 13 buah pertubuhan 
kononnya untuk membincangkan hak-hak warganegara di bawah Perlembagaan. Namun 
dengan latarbelakang kes murtad Lina Joy dan Kamariah Ali, kes Allahyarham 
Muhammad Abdullah @ Moorthy, dan isu panas Inter-Faith Commission yang masih 
belum reda, umat Islam cukup merasa curiga motif di sebalik program-program 
seperti ini, dan menanya, apakah kesemuanya ini menunjukkan suatu cubaan yang 
terancang dan agresif untuk menghakis status dan kedudukan Islam seperti yang 
dijamin oleh Perlembagaan, dan akhirnya mahukan sebuah negara Malaysia yang 
sekular seratus peratus yang mengenepikan langsung aspek-aspek moral dan agama 
daripada kenegaraan.

Sebagai satu contoh yang dibesar-besarkan kononnya membayangkan tiadanya 
kebebasan beragama di Malaysia, kes Lina Joy dijaja ke sana ke mari lalu 
digunakan bagi cubaan mensubversi kedudukan bebas tersendiri Mahkamah Syari'ah 
di bawah Perlembagaan dan mahu meletakkannya di bawah Mahkamah Sivil. Pihak 
umat Islam memandang sikap ini sebagai suatu yang cukup tidak ikhlas, kerana 
penghakiman kes Lina Joy sepatutnya hanyalah bersifat prosedur dan 
administratif sahaja memandangkan implikasi keIslaman seseorang warganegara itu 
terhadap pelaksanaan Undang-undang (contohnya dalam pentakrifan keMelayuan 
seseorang, dan juga penguatkuasaan Enakmen mengenai Agama Islam di 
Negeri-negeri) dan tidak langsung melibatkan isu kebebasan beragama.

Satu contoh lagi ialah kes Islamic Family Law Act (IFLA), yang dijadikan 
sebagai sasaran hentaman free-for-all penganut fahaman Liberal Sekular, 
sekaligus secara tidak langsung memperkecilkan Islam sendiri, sedangkan 
fakta-fakta yang dijaja adalah tersesar dan tidak tepat, malah palsu, kononnya 
akta tersebut memperhambakan dan menzalimi wanita. Lebih menghiris perasaan 
umat Islam ialah apabila isu-isu dalaman mengenai Islam dan hukum-hakam Islam 
bukan sahaja dibincangkan oleh mereka yang tidak arif mengenainya, malah oleh 
mereka yang bukan Islam dan tiada kena-mengena langsung dengannya, dan kemudian 
dilihat mahu memaksakan pandangan mereka ke atas umat Islam dengan 
membelakangkan Syari'ah.

Berdasarkan kepada latarbelakang sedemikian dan menyedari peri sensitifnya isu 
agama dibincangkan di luar tempat dan suasana yang sesuai oleh mereka yang 
tidak berilmu dan layak, pihak Gabungan Badan Bukan Kerajaan Muslim Negeri 
Johor merasakan perlu agar perasaan dan pandangan umat Islam ini disuarakan dan 
disebarkan. Di dalam mesyuarat tergemparnya minggu lepas bagi menangani isu 
ini, badan yang (setakat ini) dianggotai oleh 20 buah pertubuhan Islam di 
Johor, termasuk antara lainnya Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan 
Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Jamaah Malabar Muslim Malaysia, 
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Perubatan Islam Malaysia 
(PPIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), dan Persatuan Wartawan dan Penulis 
Melayu Malaysia, bersetuju untuk mengambil beberapa tindakan segera dan bersama 
dalam menangani isu ini, termasuk memberikan penerangan yang tepat dan meluas 
kepada masyarakat Islam agar mereka menyedari semua perkembangan yang berlaku.


Dari kiri: Tn Hj Mohideen, Tn Syed Ahmad, Ust Abdul Razak, Sdr Shafudin dan Tn 
Hj Ainullotfi
Di depan Masjid Dato' Ghulam, Kg Sri Pantai, Mersing, sebelum mengadap YAM 
Tunku Mahkota
 (PM Dr Nordin mengambil gambar)

Sesuai dengan itu juga satu delegasi mewakili Gabungan, dengan diketuai oleh 
Presiden Penaja Gabungan, Tuan Syed Ahmad bin Syed Abdullah, yang juga seorang 
Hakim Rayuan Syari'i Negeri Johor dan Yang Dipertua Persatuan Qurra' Negeri 
Johor, dan disertai oleh enam orang lain iaitu Sdr Shafudin bin Mohd Yatim 
(Setiausaha Agung Penaja Gabungan dan Yang Dipertua ABIM Johor), Tuan Haji 
Ainullotfi bin Abdul Latif (AJK Penaja Gabungan dan Yang Dipertua JIM Johor), 
Tuan Haji Mohideen (Yang Dipertua Persatuan Jamaah Malabar Muslim Johor), Tuan 
Haji Abdul Jalil Tumin (mewakili Pertubuhan Kebajikan An-nida Malaysia), Ustaz 
Abdul Razak bin Aripin (TYDP ABIM Johor) dan Prof Madya Dr Nordin bin Yahya 
(AJK JIM Johor), telah mengadap YAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, 
bagi mempersembahkan isu tersebut bagi pihak baginda DYMM Sultan selaku Ketua 
Agama Islam di Negeri Johor Darul Ta'azim ini, pada hari Jumaat 20 Julai 2006. 
Oleh kerana YAM Tunku Mahkota pada hari tersebut berada di Mersing kerana 
merasmikan Masjid Kampung Sri Pantai (Masjid Dato' Ghulam) di sana, delegasi 
Gabungan telah pergi ke sana juga.

Pertemuan tersebut telah berlangsung di Chalet Diraja di Kem Bina Semangat di 
Sekakap di mana YAM Tunku Mahkota berehat setelah selesai sembahyang Jumaat, 
kira-kira jam 3:10 petang. YAM menerima baik kedatangan delegasi Gabungan dan 
cukup prihatin dengan isu yang dibawa. Malah YAM sendiri cukup termaklum 
mengenai perkembangan yang berlaku dan memberitahu bahawa isu ini telahpun 
dimaklumkan kepada Majlis Raja-raja yang bersidang baru-baru ini. Delegasi juga 
mendengar dan menerima nasihat dan panduan dari YAM bagi menangani isu ini 
seterusnya.

Walaupun pertemuan tersebut agak singkat, delegasi merasakan bahawa ianya cukup 
bermakna dalam usaha menangani isu yang mencabar sebegini. Apa yang penting, 
semua wasilah dicuba bagi memastikan suara, keprihatinan dan kepentingan umat 
Islam tidak dikesampingkan.

- Agensi Nusantara
  ----------

No virus found in this outgoing message.
Checked by AVG Free Edition.
Version: 7.1.394 / Virus Database: 268.10.3/395 - Release Date: 21/07/2006


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke