Utusan Malaysia 25 Julai 2006 . Jangan pertikai Perkara 121(A) PUTRAJAYA 24 Julai Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan kedudukan Perkara 121(A) dalam Perlembagaan Persekutuan
Sehubungan itu beliau meminta supaya semua tindakan berbau provokasi mempertikaikan kandungan perkara serta kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia itu, perlu dihentikan segera. Katanya, mereka perlu akur bahawa Perkara 121(A) dalam Perlembagaan Persekutuan itu jelas menunjukkan negara ini merupakan sebuah negara Islam. Apa yang mereka gembar-gemburkan itu sangat sensitif dan jika kita tidak jaga ia akan memecah-belahkan keharmonian dan hubungan akrab antara kaum di negara ini yang terbina sejak puluhan tahun, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Kontrak Perjanjian Pembangunan Pelan Strategik Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) antara Kementerian Pelajaran dan MSC Technology Centre Sdn. Bhd. di sini hari ini. Hishammuddin diminta mengulas tindakan Kumpulan Artikel 11 yang mengandungi 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Peguam yang sedang menjalankan kempen seluruh negara bagi mendapat sokongan untuk meminda Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan. Kandungan Perkara 121(A) tersebut merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah. Pertemuan pertama kumpulan 13 NGO tersebut berlangsung di Johor Bahru, Johor pada 22 Julai lepas. Menurut Hishammuddin, walaupun Malaysia sebuah negara demokrasi yang membenarkan ketelusan dan keterbukaan membincangkan pelbagai perkara, ia tetap terhad jika berkaitan aspek yang sensitif. Dalam isu Perkara 121(A), ia ada batasannya. Sebab itu jika kita mahu memperjuangkan ketelusan dan keterbukaan dalam masyarakat berbilang kaum, kebijaksanaan pemimpin terdahulu mesti diambil kira. Begitu juga mengenai Perkara 121(A) ini, ia tidak boleh dibincangkan begitu sahaja kerana telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan jelas bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam, tambah beliau. Ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai 100,000 umat Islam di Malaysia murtad berdasarkan kajian oleh pihak tertentu, Hishammuddin berkata, perkara itu perlu diteliti oleh kehakiman syariah. Saya tidak boleh jawab mengenai isu ini, ia mesti dirujuk atau dibicarakan di mahkamah-mahkamah syariah, ujar beliau. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/zAINmC/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

