http://aljoofre.blogdrive.com/archive/92.html
Astora dan Pembaca
Saban hari sidang pembaca dan sahabat-sahabat meminta ana mengulas pelbagai isu
yang timbul hari ini. Beberapa isu ana rasakan semua pihak sudah mengetahui dan
bukanlah menjadi keutamaan bagi ana untuk mengulas. Namun begitu, kadang kala
ada sesetengah pihak memang teramat suka menimbulkan kontroversi dalam
masyarakat, seolah-olah mengundang kritikan pihak lain, sekaligus menjadikannya
popular. Di dalam pepatah arab pun ada berbunyi, berlainanlah dari orang lain,
nescaya engkau akan dikenali.
Terima kasih kepada para pembaca sekalian, yang begitu perihatin kepada isu-isu
yang melibatkan kesucian agama kita dan kemurnian pegangan kita zaman berzaman,
mencurahkan idea demi idea untuk diulas. Walaupun begitu, tentu sekali tidak
semua isu yang ana mampu atau mahu ulas, bergantung kepada kemampuan dan
penelitian ana terhadap isu tersebut. Apapun jua, terima kasih.
Antara isu yang diminta oleh ramai sekali para pembaca pada ana baru-baru ini
ialah, isu Astora Jabat yang menimbulkan isu kemaksuman Nabi dan kesempurnaan
penyampaian risalah oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Astora seperti
biasa, akan menimbulkan isu-isu sebegini ke dalam masyarakat dan mengundang
dirinya dikritik oleh semua pihak. Ana tidak suka menambahkan lagi bilangan
mereka yang bertelagah dengannya, kerana memikirkan nasihat Imam Ghazali dalam
menangani golongan yang degil dan tidak mahu dinasihati.
Selain itu, ana rasakan rata-rata ummat Islam di Malaysia tidak bersetuju dan
sukar menerima pandangan-pandangannya yang kontroversi. Oleh yang demikian,
keutamaan ana bukanlah pada menjawab isu-isu tersebut, kerana anjing yang
menyalak bukit takkan berupaya sedikit pun meruntuhkan bukit tersebut.
Namun begitu, hak bagi yang bertanya sesuatu soalan adalah diberikan jawapan.
Maka bagi menunaikan hak mereka, pertamanya ana katakan, jangan sekali-kali
menjadikan orang seperti Astora dan mereka yang tak belajar ilmu-ilmu agama
secara tertib dan ilmiah, sebagai rujukan ilmu agama kita. Jadikan penulisan
mereka tidak bernilai dan seolah-olah mereka hanyalah "syok sendiri". Mereka
akan berhenti menulis jika tiada lagi orang yang menghiraukan tulisan mereka,
yang hanya dibakulsampahkan.
Metod penulisan Astora atau metod penulis lain yang mempersoalkan
perkara-perkara yang dikatakan bid'ah dalam masyarakat dan lain-lain, adalah
lebih kurang sama. Mengapa ana katakan demikian? Kerana mereka menimbulkan
isu-isu kontroversi dengan membawa nas Al-Quran dan Sunnah yang sahih serta
pendapat ulamak, tetapi meninggalkan pendapat ulamak lain dengan harapan,
masyarakat mengenali lantas mengikuti pendapat dan pendirian mereka. Persamaan
ini jelas zaman berzaman, dan bukan hanya timbul di zaman kita ini sahaja.
Semoga Allah menjauhkan kita dari golongan sedemikian.
Seterusnya ana katakan, kemaksuman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
merupakan satu perkara yang menjadi kata sepakat seluruh Ahli Sunnah Waljamaah.
Tiada seorang mukmin yang beriman boleh mengatakan bahawa Rasulullah tidak
maksum. Sejauh mana kemaksuman tersebut tentu sekali diperselisihkan. Dan kita
memilih bahawa Rasulullah tidak akan tersilap dalam perkara aqidah dan wahyu.
Namun baginda tidak lari dari melakukan kesilapan pada perkara-perkara kecil,
yang akan diperbetulkan oleh Allah secara langsung dan segera. Inilah
kemaksuman baginda. Selain itu, baginda juga adalah insan kamil, yang tidak
mungkin lidah mampu mengungkapkan kesemua keistimewaan dan kemuliaan baginda
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kesempurnaan risalah Islam oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga telah
menjadi kesepakatan ulamak. Al-Quran secara jelas telah menyatakan perkara ini.
Selain itu kaedah juga ada mengatakan mustahil Allah Ta'ala
mempertanggungjawabkan sesuatu ke atas kita, tanpa kita mampu atau mempunyai
cara untuk mengetahui tanggungjawab tersebut. Maha Suci Allah dari perkara
tersebut.
Namun begitu, tentu sekali bukan semua perkara telah dilakukan oleh Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam. Al-Quran dan Sunnah memberikan kita petunjuk atau
'guideline' secara umum dan sebahagiannya secara terperinci. Apa yang
ditunjukkan secara umum pula, telah diperincikan atau diberikan kaedah-kaedah
oleh ulamak terdahulu. Kita di zaman ini pula memahami dan mempraktikkan
Al-Quran dan Sunnah berdasarkan huraian dan penerangan yang diberikan oleh para
ulamak ini.
Apa yang menyebabkan percakaran dan pertelingkahan kita hari ini umumnya adalah
apabila kita enggan mengikuti lagi manhaj Islam ini, dan ingin terus
menafsirkan nas-nas yang ada, mengikut pemahaman dan penafsiran kita sendiri,
berdasarkan penilitian kita yang lemah ini, terhadap pendapat-pendapat para
ulamak terdahulu. Pentarjihan yang dilakukan oleh Astora atau Asri atau siapa
jua namanya sekalipun, tidak akan mampu menandingi kehebatan pentarjihan yang
dilakukan oleh Imam Nawawi, Ibn Hajar dan lain-lain.
Sekali lagi blog ini menasihatkan para pembaca agar berhati-hati dalam urusan
sumber ilmu agama kita. Jangan sekali-kali mudah terperangkap dan terpedaya
dengan penulisan-penulisan yang tersebar luas hari ini di internet, akhbar dan
majalah, yang telah lari dari manhaj yang disebutkan di atas. Urusan agama
merupakan suatu perkara yang serius yang tidak boleh kita ambil dari sebarangan
pihak. Semoga Allah memberi kemudahan kepada mereka yang benar-benar ikhlas
mencari ilmu-Nya hanya semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya, dan
menggolongkan kita agar termasuk di dalamnya. Amiin...
Posted at 11:31 pm by aljoofre
---------------------------------
Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.
[Non-text portions of this message have been removed]
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/