Assalamu'alaikum wbrth
Di bawah adalah perbincangan dalam bab ini. Demi menjimatkan masa dan
memunafaatkan perbincangan/pendapat terdahulu, diharapkan perbincangan
selanjutnya ( sekiranya ada ) boleh digerakkan dari sini.
WAllahua'lam
Wassalam
Hizamri
http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg05488.html
http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg05475.html
Assalamualaikum warahmatullah,
Sani Norku wrote:
1. Sentiasalah umatku itu di atas fitrah (tabiat)
ugama Islam selama mereka memakai serban di atas
songkok [Riwayat Imam ad-Dailami]
2. Perbezaan antara kita (umat Islam) dgn org musyrik
ialah memakai serban di atas songkok, [Riwayat Abu Dawud]
----------------------
Hadith ini (no.2) tidak tersenarai dalam kumpulan hadith Abu Dawud. Diharapkan
saudara Sani dapat memberikan sanad serta perawi hadith tersebut. 3. Nabi saw
suatu hari (hari Ghadir Khum) telah memanggil Saidina Ali krw dan
memakaikannya serban yg
mempunyai ekor diantara dua belikat, kemudian baginda bersabda:
Macam inilah kamu memakai serban, kerana serban itu
sebagai lambang (tanda/syiar) Islam dan serban juga yg
membezakan diantara org Islam dgn org musyrik,
[riwayat Imam Abu Naim]
4. Serban itu ketenangan org mukmin dan kemenangan
org Arab (Islam). Apabila org Arab membuang serban
mereka, maka bererti mereka telah membuang kemuliaan
dan kemenangan mereka, [riwayat Ibnu Laal dan sanad
oleh daripada sahabat Amran bin Hussin]
----------------
Hadis di atas (sanad Ibnu Laal dari Ibn Hussin) sanadnya terputus.
5. Serban itu mahkota org Arab (Islam), apabila
mereka menanggallkan serban bererti mereka telah
menanggalkan kemuliaan dan kemenangan mereka,
[riwayat Ad Dailami]
----------------
Tiga hadith ini (no. 3, no.4 dan no.5)adalah hadith maudhu' dipertikaikan oleh
kebanyakan ulamak hadith. Dan maknanya juga amat pelik Kita semua tahu sebelum
kedatangan Islam orang arab telah memakai serban. Tetapi mereka berada dalam
kehinaan. Ini dapat dirujuk kepada atsar Umar Al-Khattab yang mashyur:
"Allah telah memuliakan kita dengan Islam dan sekiranya mencari kemuliaan
daripada Islam, maka nescaya akan dicampakkan kehinaan."
Kemuliaan orang arab bukan kerana serban tetapi kerana Islam. Hinanya orang
arab bukan kerana serban tetapi meninggalkan Islam.
Tujuan saya menulis ini bukanlah hendak mempertikaikan serban atau jubah.
Tetapi mempertikaikan maksud hadith yang jelas bertentangan. Ini kerana
terdapat banyak hadith maudhu' mengenai serban. Serban dan jubah adalah sunnah
uruf dan bukan sunnah ibadah.Sunnah uruf kalau dilakukan mendapat pahala. Kalau
tidak buat, tidak menjejaskan aqidah dan ibadah. Walaubagaimanapun, kita tidak
boleh sewenang-wenangnya menghina sunnah uruf dan ini boleh menyebabkan aqidah
terjejas.
Sesungguhnya menurut kajian para ahli dan pentahqiq hadith, tidak ada satupun
hadith yang sahih mahupun hassan mengenai KEUTAMAAN/KELEBIHAN memakai serban
melainkan disebut di dalam hadith-hadith bahawa Rasulullah memakainya.Dan sifat
hadith-hadith yang disebutkan di atas bertentangan dengan hadith mutawatir yang
lain.
Ciri-ciri utama pakaian Rasulullah S.A.W ialah menutup aurat, tidak
bermegah-megah, tidak tasyabbuh (menyerupai) pakaian agama lain disertai dengan
iman, ihsan dan taqwa. Itulah pakaian Islam. Tidak tertakhluk kepada jubah atau
serban sahaja.
Wallahua'lam
========== Sani Nor Ku menjawab ==============
Assalamualaikum wbt,
Meneruskan tajuk perbincangan yg sepatutnya
mendatangkan kesan positif ini, izinkan saya
menjelaskan dgn lebih terperinci lagi.
Beberapa rakan kita telah misunderstood dgn apa yg
telah saya ketengahkan. Di sini saya ulangi perenggan
utama drp tulisan saya.
"Tanpa disedari kemenangan PAS di Kelantan dan
Terengganu itu telah diketuai oleh dua orang pemimpin
mereka yg komited dgn sunnah Rasulullah saw termasuk
dlm bab berpakaian. Saya merasakan bahawa faktor jubah
dan serban ini telah menjadi salah satu faktor besar
[secara tersirat] yg membantu kemenangan PAS sehingga
tertubuhnya kerajaan dikedua-dua negeri tersebut."
Maka jelas bahawa saya tidak mengatakan bahawa hanya
berserban kita akan mencapai kemenangan. Dan tidak
pula saya katakan bhw ia adalah faktor utama/terbesar
dlm mencapai kemenangan. Tetapi apa yg saya katakan
ialah " salah satu faktor besar [secara tersirat]".
Keterangannya adalah begini, iaitu serban dan jubah
dan sunnah-sunnah Nabi yg lain itu telah menjadi
'dabus solihin' atau 'tradisi org-org soleh'. Tradisi
ini bukan bermakna adat tetapi dgn niat utk mengikut
sunnah Nabi saw, malah mempertahankannya dan
meninggikan syiar Islam peninggalan Rasulullah. Satu
amalan yg sgt berat pd akhir zaman ini.
Maka dapatlah difahami bahawa org yg memakai serban
dgn niat spt di atas sudah tentu mempunyai darjah iman
dan taqwa serta karisma yg lebih tinggi berbanding dgn
mereka yg tidak memakainya. Justeru ia adalah 'tradisi
org soleh', maka adalah janggal jika mereka yg
bergelar ulama' yg menjadi ahli persatuan ulama', juga
para pemimpin tertinggi di peringkat pusat dan juga
para pesuruhjaya di setiap negeri tidak mengikut
tradisi para salafussoleh terdahulu. Bukankah para
ulama' itu pewaris nabi? Maka sudah sewajarnya mereka
dpt memberikan contoh teladan kpd org bawahan tentang
amalan dan sunnah Rasulullah saw. Menjadi lebih
janggal lagi jika para pemimpin hanya bersongkok atau
gondol kepala shj sedangkan org bawahan pula begitu
patuh dgn sunnah.
Mengapa pula saya katakan ia menjadi salah satu faktor
besar [secara tersirat]? Utk itu mari kita mengingat
kembali akan beberapa kisah silam utk menjadi
perbandingan agar semuanya boleh berfikir.
1. Dlm suatu peperangan, musuh menjadi gerun kpd
tentera Islam setelah melihat tentera Islam makan
kayu. Actually, tentera Islam hanya bersugi sebelum
solah.
2. Kemenangan tentera Islam dlm suatu peperangan telah
tertangguh. Dlm erti kata ia tak menang dan juga tak
kalah. Rupanya hal ini terjadi kerana tentera Islam
tidak meluruskan dan merapatkan saf ketika solah.
3. Proses penaklukan tentera Islam ke atas Mesir
berlaku sangat lambat sehinggalah Amru bin Al-Ash
mengarahkan tenteranya mandi menyucikan diri.
Nah! adakah anda terfikir bahawa perkara-perkara kecil
dan remeh ini telah menjadi asbab bagi kemenangan atau
kekalahan(kemenangan yg tertangguh) bagi tentera
Islam? Sila fikirkan bersama.
Utk itu, sekali lagi saya berpesan, jika PAS
bercita-cita utk memerintah Malaysia, maka para
pemimpin tertinggi di peringkat pusat dan negeri
hendaklah amalkan secara bersungguh-sungguh segala
sunnah termasuk memakai jubah dan serban secara
komited mulai sekarang.
Wassalam,
##Utk DRTN98, saya tidak mahu ulas tentang darjah
hadis yg sdr nyatakan. Harap maaf. Ini utk mengelakkan
sebarang polemik berpanjangan. Apatah lagi dgn
keterlibatan Rahman Celcom, saya tidak mahu tajuk ini
menjadi suatu mujadalah yg sia-sia
---------------------------------
See the all-new, redesigned Yahoo.com. Check it out.
[Non-text portions of this message have been removed]
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/