tulisan ustaz hasrizal - saifulislam.com
Hasrizal Abdul Jamil <[EMAIL PROTECTED]> wrote: To: <[EMAIL PROTECTED]>
From: "Hasrizal Abdul Jamil" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Wed, 2 Aug 2006 09:43:37 +0800
Subject: [saifulislam.com] SUNNATULLAH DI SEBALIK DERITA BUMI ISRA'
SUNNATULLAH DI SEBALIK DERITA BUMI ISRA'
Serba salah.
Duduk rasa bersalah, berdiri tak tentu arah. Saya berasa gusar dan tidak
selesa untuk berbuat apa sahaja semenjak berita perang baru di bumi Syam
memenuhi media. Ia mengingatkan saya kepada peristiwa yang berlaku pada tahun
1997 di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.
Pagi itu saya bertolak dari Amman ke Istanbul dengan menaiki pesawat Middle
East Airlines (MEA), penerbangan kebangsaan Lubnan. Kapal terbang yang saya
naiki akan berhenti di Beirut selama 2 jam sebelum menukar pesawat untuk
meneruskan perjalanan ke Istanbul. Akan tetapi saya berasa sedikit hairan
kerana saya dan penumpang-penumpang yang lain terpaksa menempuh beberapa
lapisan pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Amman sebelum
dibenarkan menaiki pesawat berkenaan.
Ketibaan kami ke Beirut juga berada dalam suasana yang agak pelik. Kelihatan
begitu ramai askar yang mengawal lapangan terbang dan ia bukan pemandangan
biasa di situ. Ini bukan kali pertama saya transit di Beirut. Kami diperiksa
oleh pihak askar sebelum dibenarkan masuk ke dewan transit. Mungkin ada sesuatu
yang berlaku. Tak apalah, yang penting saya hanya perlu berada di situ sekitar
dua jam kerana pesawat ke Istanbul akan berlepas pada jam 3:30 petang.
Satu jam...
Dua jam...
Tiga jam...
Saya mula gelisah. Penumpang-penumpang lain yang transit juga nampaknya
semakin resah. Ada yang mula tidak senang duduk dan menyerang kaunter
pertanyaan dengan pelbagai soalan.
"Apa sudah terjadi? Mengapa kami tersangkut di sini? Apa yang berlaku?",
seorang pelancong Eropah bertanya kepada pegawai bertugas. Merah mukanya
menahan marah.
"Ya, kami mahukan penjelasan. Apa yang berlaku?", penumpang-penumpang yang
lain juga mendesak pegawai tersebut.
"Kami belum mendapat pelepasan daripada pihak tentera untuk membenarkan
pesawat terbang. Ia mungkin berlarutan hingga 24 jam", pegawai tersebut
memberitahu.
Apa? 24 Jam... Aduh, saya kebingungan. Orang ramai mula kecoh. Dalam
kesibukan pegawai-pegawai bertugas menenangkan keadaan, tiba-tiba satu letupan
besar berlaku.
"BOOM!!!", bunyinya seperti letupan bom dan saya yakin jaraknya tidak jauh
dari lapangan terbang.
Ya Allah, bangunan lapangan terbang bergegar dan saya seperti lemah lutut
berdiri sendirian di tengah-tengah kekalutan itu. Orang ramai hening seketika.
Terdiam dan terpinga-pinga mencari punca letupan tersebut.
Kami tidak mendapat sebarang penjelasan dari pihak berkuasa. Saya berasa
sedikit menyesal. Kerana mahu menjimatkan 30 Dinar, saya memilih untuk transit
di Beirut, berbanding dengan penerbangan terus Amman - Istanbul dengan menaiki
pesawat Royal Jordanian atau Turkish Airlines.
"Hmm. Ya Allah. Kalau ditakdirkan aku mati, biarlah matiku dalam perjuangan
dengan penuh kemuliaan. Janganlah pula mati ketika transit sendirian di Beirut
ini", saya cuba mententeramkan diri.
Suasana lapangan terbang menjadi agak tenang berbanding sebelum letupan.
Masing-masing masih terpinga-pinga memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku
petang itu.
Dalam keadaan yang agak gusar, fikiran saya terbang mencari kembali
memori-memori saya tentang Lubnan. Beirut yang saya baca sebagai Paris Timur
Tengah, sememangnya bandar yang menakutkan. Saya terfikir, alangkah deritanya
jiwa Sheikh Fathi Yakan berjuang di Lubnan kerana pada pemerhatian saya, Beirut
menjuarai keruntuhan moral paling teruk di kalangan negara Arab. Saya masih
ingat ketika kali pertama saya transit di Beirut setahun sebelumnya. Saya
bertanya kepada seorang pegawai MEA di kaunter pertanyaan, "boleh saya tahu di
sini ada tempat Solat atau tidak?"
"Tempat solat? Oh, kamu boleh Solat di tepi tangga itu.", pegawai tersebut
menunding jari ke arah tangga gelap menuju ke restoran di tingkat atas balai
transit.
Saya terkejut. Subhanallah. Saya sedang di Beirut atau di Paris? Alangkan
Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle pun ada tempat Solat.
"Boleh saya tahu di mana arah kiblat?", saya bertanya lagi.
"Kiblat? Kiblat?", pegawai tersebut bertanya kepada rakan-rakannya dan
kesemua mereka ketawa.
"Maaf encik. Kami tidak tahu kiblat di mana.", pegawai tersebut menjawab
dengan bersahaja. Malah saya rasa begitu terhina.
Saya masuk ke bilik air dan mengambil wudhu' di sinki. Tandasnya hanya
bertisu, tiada paip air. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Hari itu saya
bersolat di atas sekeping kotak yang saya bentang ke arah kiblat yang saya
ijtihadkan berpandukan kedudukan matahari dan laut yang sayup-sayup kelihatan
di seberang landasan kapal terbang.
Lubnan baru sahaja bangun dari kebinasaan selepas beberapa siri peperangan
terutamanya Peperangan Saudara Lubnan (1975-1990). Bangunan-bangunan yang
runtuh dan berlubang kesan bom masih banyak yang terbiar di sekitar kota
Beirut. Tetapi tidak perlu kita pergi jauh menyelongkar lorong-lorong Beirut di
Nejmeh Square. Cukup sekadar di lapangan terbangnya, sudah membuatkan kita
tertanya-tanya, masih Islamkah Lubnan ini?
Pemandangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri Beirut tambah
menjelekkan apabila saya melihat gelagat wanita-wanita Arab dari negara Teluk
yang berjubah hitam. Mereka menuju ke bilik air, dan kemudian keluar bersalin
kulit seperti ular. Dari jubah hitam, yang tinggal hanyalah pakaian jahat
dengan solekan melampau, tanpa segan memegang jubah hitam yang sudah dilipat di
tangan mereka. Aduh, saya rasa keIslaman saya amat dihina ketika di Beirut.
Pelbagai gelagat yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan dan luar, sehingga
saya terfikir, apakah mereka tiada langsung mempelajari sesuatu dari peperangan
lalu?
Selepas hampir 8 jam saya terkandas di Lapangan Terbang Beirut itu, akhirnya
pesawat yang saya naiki dibenarkan berlepas ke Istanbul. Saya menarik nafas
lega, tetapi masih kebingungan dengan letupan bom yang menggegarkan lapangan
terbang sebentar tadi.
SEJARAH SILAM BERULANG KEMBALI
Hari ini Beirut sekali lagi menjadi medan berdarah. Luka-luka lama yang baru
sahaja sembuh kini berdarah semula, dan kali ini ia lebih parah. Bukan hanya
Beirut dan pekan-pekan di selatan Lubnan seperti Qana yang binasa, malah ia
sebenarnya adalah rentetan kehancuran bumi Palestin di tangan Regim Yahudi yang
digerakkan oleh puak Neo Conservatives di Amerika Syarikat yang memegang remote
controller.
Sebagaimana bumi Syam panas dan hangus dibakar kerakusan Yahudi, umat Islam
di seluruh dunia juga memberikan pelbagai reaksi. Terlalu banyak yang boleh
diperkatakan. Namun saya ingin berkongsi rasa terhadap Sunnatullah yang
berlangsung di sebalik tragedi demi tragedi ini.
Ya, kita terluka sama dengan kematian dan kehilangan erti hidup warga
Palestin dan Lubnan. Tangan dan mulut kita tidak henti-henti melafazkan Qunut
Nazilah demi merintih bantuan Allah agar dilepaskan umat Islam dari derita ini.
Walau bagaimana pun, kita tidak harus lupa bahawa bencana di Lebanon ini
bukan tragedi pertama umat Islam. Kita pernah kelam kabut, gelisah dan
kebingungan semasa menyambut berita penyembelihan umat Islam beramai-ramai di
Bosnia Herzagovina lebih 10 tahun yang lalu. Kita tidak tahu apa yang patut
dilakukan dan kita cepat melancarkan demonstrasi besar-besaran demi meredakan
ledakan emosi yang dibakar oleh kekejaman Serbia. Kita segera membuka Malaysia
kepada pelarian Bosnia dan menghulurkan atap dan pinggan untuk mereka berteduh.
Selain Bosnia, kita sudah banyak kali terkejut, gelisah dan kebingungan
terhadap satu demi satu bencana yang menimpa umat Islam. Iraq, Afghanistan,
Kashmir, Ambon, Tak Bai dan aduh, terlalu sukar untuk menyenaraikan kesemuanya.
Saya amat percaya bahawa semua yang berlaku ini adalah mengikut apa yang
dikehendaki oleh pemilik papan catur yang kita hari ini sedang menjadi
butir-butir pawns yang dilaga-lagakan dalam permainan tangan-tangan ghaib itu.
Pemain-pemain catur ini merancang pergerakan buah caturnya bukan selapis malah
berlapis-lapis. Pemikiran simplistik tidak memungkinkan kita untuk keluar dari
papan catur itu. Jika kita menang sekali pun, permainan akan diulang oleh
tangan-tangan ghaib itu dan pada siri yang seterusnya, kita mungkin kalah pula
dan menang semula selepasnya. Menang atau kalah, kita masih buah catur di papan
permainan yang dimiliki oleh orang lain.
Tangan-tangan ghaib itu mesti dikenali oleh umat Islam. Taaruf mesti bermula
dengan mengimbas kembali sejarah Revolusi Perancis dengan gelagat Jacobins yang
menganggap diri mereka di pihak yang benar. Mereka tidak perlu mengambil kira
pendapat orang lain atau cuba menyediakan common ground untuk berbincang dengan
tamadun dan nilai yang bertembung. Lihat apa yang saya petik dari Wikipedia
ini, di bawah kata kunci NEOCONSERVATISM:
The "traditional" conservative Claes Ryn has argued that neoconservatives are
"a variety of neo-Jacobins." Ryn asserts that true conservatives deny the
existence of a universal political and economic philosophy and model that is
suitable for all societies and cultures, and believe that a society's
institutions should be adjusted to suit its culture, while Neo-Jacobins are
attached in the end to ahistorical, supranational principles that they believe
should supplant the traditions of particular societies. The new Jacobins see
themselves as on the side of right and fighting evil and are not prone to
respecting or looking for common ground with countries that do not share their
democratic preferences. (Ryn 2003: 387)
Further examining the relationship between Neoconservatism and moral
rhetoric, Ryn argues that Neo-Jacobinism regards America as founded on
universal principles and assigns to the United States the role of supervising
the remaking of the world. Its adherents have the intense dogmatic commitment
of true believers and are highly prone to moralistic rhetoric. They demand,
among other things, "moral clarity" in dealing with regimes that stand in the
way of America's universal purpose. They see themselves as champions of
"virtue." (p. 384).
Thus, according to Ryn, neoconservatism is analogous to Bolshevism: in the
same way that the Bolsheviks wanted to destroy established ways of life
throughout the world to replace them with communism, the neoconservatives want
to do the same, only imposing free-market capitalism and American-style
"liberal democracy" instead of socialism.
Colonel Lawrence Wilkerson, former chief of staff to U.S. Secretary of State
Colin Powell, had the following to say in a December, 2005 interview with the
German weekly Der Spiegel: "They are not new conservatives. They're Jacobins.
Their predecessor is French Revolution leader Maximilien Robespierre."[9]
Jacobins inilah sebenarnya yang sedang memegang remote controller yang
membinasakan Palestin dan Lubnan. Peranan golongan ini di Amerika Syarikat
bersama sekutunya di Britain, amat bertepatan dengan keterangan Surah al-Israa'
yang menjelaskan tentang dua kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi.
âKemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuatan untuk mengalahkan
mereka (umat Islam), dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta
kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai
pasukannya.â [Al-Israaâ 17.6]
Nas di atas memahamkan kepada kita bahawa terusir dan terhinanya bangsa
Yahudi dari Tanah Arab tidak berterusan. Setelah merempat dari Semenanjung
Tanah Arab, setelah terusir dari bumi Andalus, bangsa Yahudi ini kembali bangun
berkuasa dan mengalahkan âmerekaâ iaitulah umat Islam yang suatu ketika
dulu telah menunduk dan menamatkan fasad pertama mereka. Ia adalah pertembungan
gelombang kedua. Namun kali ini mereka berkuasa bukanlah dengan kekuatan dari
sumber mereka sendiri. Sebaliknya melalui sokongan pihak âluarâ berupa
harta kekayaan, senjata dan anak pinak serta pasukan penyokong yang ramai.
Kerana itulah Allah SWT menggunakan lafaz (ﻢï»ïºï»§ïºªïºªï»£ïºï»®) iaitu
âKami perpanjangkan sokonganâ sebagai mengisyaratkan kekuatan sumber
ekonomi dan tenaga manusia kepada Yahudi di era kerosakan kedua mereka itu
adalah dari sumber luar.
Sesungguhnya kita hari ini sedang berhadapan dengan fasad kedua Yahudi.
Mereka sedang menghancur binasakan bumi Syam, umat Islam dan dunia secara
keseluruhannya. Sifat takbur dan bongkak mereka berulang kembali. Dan kini,
Amerika Syarikat serta kuasa Barat menghulurkan segala macam bantuan kepada
Yahudi untuk mengekalkan kewujudkan mereka di bumi Palestin. Yahudi hari ini
menjadi kuasa besar dunia dan Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah
menjadi sumber kekuatannya.
Bacalah dengan lebih lanjut apa yang telah saya coretkan berkenaan dengan hal
ini di bawah artikel MASA DEPAN PALESTIN DARI KACA MATA AL-ISRAA' WA AL-MI'RAAJ
.
TELADAN SIRAH BERSAMA DR. ZIAD ABU HAMAD
Dalam siri tribulasi ini, saya terkenang kepada kelas Sirah Nabawiyyah saya
bersama Dr. Ziad pada tahun 1998. Ketika membahaskan tentang peristiwa
serangan Abrahah terhadap penduduk Mekah di tahun kelahiran Rasulullah SAW, Dr.
Ziad telah melontarkan satu soalan yang amat menyentak fikiran saya. Setiap
butir katanya masih saya ingat dengan baik.
Beliau bertanya, "Allah telah 'sudi' menyelamatkan penduduk Mekah dari
dibinasakan oleh tentera Abrahah. Sedangkan penduduk Mekah ketika itu
rata-ratanya adalah penyembah berhala, ahli Jahiliah yang mengotorkan Masjid
al-Haram dengan berhala dan segala kemungkaran. Jika penyembah berhala pun
Allah selamatkan dari binasa, maka apakah puncanya Allah 'belum sudi'
menyelamatkan kita dari segala bencana ini? Tidakkah kita lebih berhak ditolong
oleh-Nya?"
Ya. Soalan itu membingungkan saya. Di manakah silap kami ya Allah? Apakah
yang telah menghijab kami dari memperolehi kemenangan dan bantuan-Mu ya Allah?
Akhirnya kelas menjadi sepi.
Dr. Ziad membacakan firman Allah SWT
"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai
Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang
mereka beristighfar (meminta ampun)" (Al-Anfaal : 33)
Beliau menjelaskan bahawa, Allah telah menyelamatkan penduduk Mekah, walaupun
ketika itu mereka menyembah berhala kerana Nabi Muhammad SAW 'ada' bersama
mereka. Baginda akan lahir dari kalangan mereka dan kerana adanya Rasulullah
SAW, mereka terselamat dari dibinasakan Allah.
Hari ini, tidak mungkin Rasulullah SAW akan ada bersama dengan kita secara
fizikal. Namun, apakah kita yakin untuk memohon bantuan kepada Allah dengan
kepercayaan bahawa kita di pihak Rasulullah SAW. Sunnah baginda ada dalam
kehidupan kita, dan hati kita penuh rasa cinta dan kasih kepada Baginda.
Benarkah kita begitu? Jika benar, wangian pasti dapat dibau dari luar botolnya.
Keindahan cinta kita kepada Baginda SAW di dalam hati dan komitmen kita kepada
Sunnahnya, pasti dapat dilihat dari Aqidah kita yang selamat, Ibadah kita yang
sejahtera dan Akhlak kita yang mulia.
Muliakah kita wahai umat Islam? Rakyat kita makin rosak dan menuju Riddah.
Pejuang Sunnah pula lebih bijak bertelagah dari berdakwah. Kita mengambil
Sunnah Fekah tetapi kita tinggalkan Sunnah Akhlak. Adakah Rasulullah SAW
bersama kita?
Jika Rasulullah SAW tiada bersama kita, maka marilah kita beristighfar kepada
Allah dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan membinasakan kaum yang
Rasulullah SAW bersama mereka, dan bagi yang telah melakukan kesilapan, mereka
segera beristighfar memohon keampunan dari Allah.
HUKUMAN ALLAH YANG TIDAK MEMILIH SOLEH DAN 'TOLEH'
Kita tidak boleh berlengah membantu umat Islam di Lubnan. Pelbagai langkah
jangka pendek dan jangka panjang yang perlu serta boleh diusahakan. Jika mereka
memerlukan bantuan perubatan, kita segara berikan sedaya mungkin. Jika mereka
perlukan wang, kita segera hulurkan bantuan. Yang pasti, mereka juga perlukan
doa. Tapi bukan doa sebarang doa. Mereka memerlukan doa yang 'didengar oleh
Allah'. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha untuk melayakkan diri agar
doa kita didengar dan dimakbulkan oleh Allah.
Golongan Gay di Beirut - BBC
Langkah pertama kita adalah dengan meninggalkan maksiat. Tidakkah kita masih
ingat, kepada liputan media terhadap krisis moral di Lubnan, terutamanya di
Beirut, baru beberapa bulan yang lalu. Beirut adalah sarang pelacuran
homoseksual yang menggerunkan dunia Arab. Penyanyi-penyanyi wanita Lubnan pula
berjaya menyebarkan virus mereka hingga lagu perempuan cela itu berkumandang
dari gerai-gerai kitab di perkarangan masjid kita setiap Jumaat. Jangan
sekali-kali kita lupa bahawa Bosnia juga cela sebelum disembelih Serbia.
Afghanistan, Iraq, malah Baghdad di tahun 1258 juga sama. Begitu juga dengan
Palestin di ambang kedatangan Zionis. Semua bencana ini telah bermula oleh
kemungkaran besar-besaran umat Islam kepada Allah. Dengarlah amaran Allah
kepada kita:
"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana)
yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara
khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah bahawa Allah Maha
berat azab seksa-Nya." (Al-Anfaal : 25)
Kita perlu bertindak membantu setiap insan yang dizalimi. Soal Syiah atau
tidaknya Hizbullah serta kewajaran menyokong mereka, harus diketepikan dengan
melihat bantuan yang dimaksudkan ini adalah atas dasar manusia yang dizalimi.
Mereka berhak dibantu. Kecuali pada soal meletakkan harapan agar kemenangan
Hizbullah dapat memerdekakan bumi Palestin, maka itu menjadi suatu topik
berasingan yang perlu dipertimbangkan dengan empirical evidence dari sejarah
pertembungan Sunni Syiah yang panjang. Isu hari ini adalah penduduk Palestin
dan Lubnan mesti dibantu.
Dan bantuan kemanusiaan berbentuk makanan, perubatan dan sebagainya, tidak
memberikan sebarang makna jika kita tidak menghentikan segera MAKSIAT yang
menjadi punca dan pengundang kepada musibah ini.
Sudah berulang kali kita sebutkan bahawa kejahatan ini datang dari Regim
Yahudi dengan Amerika Syarikat sebagai sumber kekuatannya. Maka maksiat paling
besar yang kita lakukan hari ini adalah pada ketidak upayaan kita untuk
membenci Yahudi dan Amerika Syarikat kerana kita sudah terlalu membudayakan
diri dengan segala yang Yahudi dan Amerika. Mampukah rakyat Malaysia dan dunia
umumnya mengutuk Yahudi ketika mereka sendiri sedang enak menjamah cara hidup
Yahudi dan Amerika, a.k.a Hollywood?
Malaysia harus melihat bahawa hedonisma yang menyuntik nilai-nilai Yahudi dan
Amerika ke jiwa masyarakat kita, sebagai jenayah yang serius. Kerana deretan
acara hiburan di TV1, TV2, TV3, NTV9, 8TV dan TV9, masyarakat kita menjadi
lumpuh dan terperosok ke lubang biawak Yahudi. Mereka mahu marah kepada Yahudi
dan Amerika, tetapi mereka tidak sampai hati kerana mereka sudah ketagih Yahudi
dan Amerika melalui hiburan, filem Hollywood, dan 1001 cabang hedonisma itu.
Mampukah kita menolak Yahudi dan Amerika di Lubnan ketika Yahudi dan Amerika
itu begitu lazat dan enak untuk dinikmati di Malaysia?
Lantas, marilah kita semua bertaubat kepada Allah. Mohon istighfar dan
kembali taat kepada-Nya. Jika bantuan ringgit dan suara lembik OIC kita tidak
sampai ke Palestin dan Lubnan, marilah kita segera memaksa diri untuk berubah,
agar layak berdoa memohon bantuan dari Allah. Kewajaran Malaysia memimpin OIC
juga harus difikirkan kembali kerana rumah tangga sendiri juga nampaknya
terlalu payah untuk diurus.
Hanya dengan jati diri Muslim yang sebenar sahajalah, kita mampu keluar dari
papan catur tangan-tangan ghaib itu.
TELADAN ISRAA' DAN MIKRAAJ
Firman Allah SWT:
âJika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan
adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang
buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji
(membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu)
untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk
memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali
yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai,
dengan sehancur-hancurnya.â [Al-Israaâ 17: 7]
Sesungguhnya fasad kedua Yahudi ini akan dihapuskan semula oleh umat Islam.
Berkumpulnya Yahudi di bumi Palestin adalah untuk dibinasakan oleh umat Islam.
Namun, kemenangan kali ini hanya akan diperolehi apabila umat Islam masuk
semula ke bumi Palestin sebagaimana mereka memasukinya buat kali pertama
iaitulah di zaman Umar al-Khattab Radhiyallahu âanhu. Umar dan tentera
Muslimin masuk ke bumi Palestin dengan kemegahan Islam yang digantung di pedang
Jihad fi Sabilillah. Mereka masuk dengan iman serta akhlak yang tinggi lagi
terhormat. Kepelbagaian masalah umat Islam boleh diselesaikan dengan pelbagai
cara. Namun permasalah Palestin hanya dapat diselesaikan dengan Jihad. Jihad
yang mencontohi Umar al-Khattab RA dan tenteranya. Pada masa itulah bumi
Palestin akan merdeka. Dan kemerdekaan bumi Palestin adalah kemenangan bagi
seluruh umat Islam!
âTidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu
memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut,
wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini
dan bunuhlah ia! Kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah dari pokok Yahudiâ
[Hadeeth riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidhi]
Nitraria Retusa atau lebih dikenali di kalangan umat Islam sebagai pokok
Gharqad
(sumber: http://sisu.typepad.com/sisu/2004/week7/)
Hayatilah peristiwa al-Israaâ wa al-Miâraaj ini dengan semangat
membebaskan umat Islam dari penjajahan Yahudi. Penjajahan fizikal di Palestin
serta penjajahan budaya, undang-undang dan cara hidup di seluruh pelusuk tanah
air umat Islam yang tercinta.
Ya Allah, yang Maha pedih pembalasan-Nya. Yang Maha Pemaksa penentang-Nya.
Wahai yang Maha Bijaksana, kami berlindung kepada-Mu dari tipu daya nafsu kami
menyangkut apa yang Engkau tetapkan dan kehendaki. Kami berlindung kepada-Mu
dari kejahatan mereka yang iri terhadap anugerah nikmat-Mu. Ya Allah, wahai
yang Menyempurnakan segala yang kurang, yang Memperkaya segala yang miskin,
yang Memberi rasa aman segala yang takut, yang Mempermudah segala yang sulit,
amat Mudah, Amin. Wa Shalallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'Ala Aalihi wa
Sahbihi wa Sallam
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Wa lillahil Hamd.
HASRIZAL ABDUL JAMIL @ www.saifulislam.com
56000 Cheras, 2 Ogos 2006
---------------------------------
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs.Try it free.
[Non-text portions of this message have been removed]
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/