Dibawah ini ialah surat yang ditulis oleh seorang pembaca Hindu ke laman web Malaysiakini. Jika benarlah apa yang didakwa penulis maka Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Polis dan SB SB perlulah memantau kegiatan kuil-kuil di Malaysia ini untuk mengelakkan amalan-amalan yang ekstreem yang boleh menggugat perpaduan kaum di Malaysia. Polis dan SB SB sepatutnya tidak hanya memantau ceramah atau kuliah di surau atau masjid malah perlu juga memantau aktiviti di kuil-kuil dan lain-lain rumah ibadah. Polis dan SB perlu juga membawa perakam video dan perakam suara ke kuil-kuil sepertimana kebiasaan mereka melakukannya di surau dan masjid.
************************************ Hindu Sanggam perlu pantau aktiviti di kuil Jeevan Supramaniam Aug 1, 06 4:35pm http://www.malaysiakini.com/letters/54766 Satu satunya badan untuk agama Hindu di negara ini, Hindu Sanggam perlu memainkan perananya lebih peka bagi kemajuan kaum India yang beragama Hindu. Jangan hanya bersuara ketika kuil-kuil yang tidak didaftar itu dirobohkan oleh kerajaan tempatan. Hindu Sanggam perlu memahami , kebanyakan kuil itu tidak didaftar dan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.Mereka perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh kuil-kuil tersebut. Sedarkah Hindu Sanggam kebanyakan kuil-kuil berkenaan bergeraak tidak selaras dengan ajaran agama Hindu yang sebenar. Mereka lebih begantung kepada unsur unsur emosi yang boleh memudaratkan anak-anak muda. Sering kali anak muda menjadi kuil ini tempat berkumpul dan memanggil roh untuk membantu menyelesaikan masalah peribadi disamping meminta nombor ekor. Individu yang kononnya diserapi roh itu sebenarnya meminum minuman keras berlebihan. Kebanyakan aktiviti mereka tidak dapat disekat oleh pihak berkuasa tempatan kerana mereka menyangka ini adalah cara sebenar kaum Hindu bersembahyang. Pihak berkuasa juga tidak campurtangan dalam hal ini kerana berpegang kepada prinsip rukunegara kepercayaan kepada Tuhan walhal kadang kala apa yang dilakukan oleh sami-sami itu melebihi batasan. Oleh itu Hindu Sanggam disyorkan menetapkan satu garis panduan mengenai cara-cara sembahyang sebenar agama Hindu dan menyerahkan kepada kerajaan supaya kerajaan boleh mengambil tindakan ke atas manusia yang bertopengkan agama. Sedarkah Hindu Sanggam tidak lama dulu saluran televisyen Discovery Channel pernah menyiarkan tindak tanduk sebuah kuil di Malaysia yang memuja roh seperti apa yang dilakukan oleh kaum bushmen di hutan Afrika. Ini tidak menyenangkan rakyat negara ini kerana kita jauh lebih maju daripada kaum bushmen itu . Hindu Sanggam tolonglah buat apa yang patut. Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

