Setahu saya, setiap alat muzik itu, adalah untuk kegunaan muzik. Tak pernah lagi jumpa alat2 muzik yang diciptakan untuk buat cebok air, cucu longkang, masak nasi dll. Macam iklan dalam ASTRO - AXN, tanpa AXN, tv hanyalah satu satu dari beribu2 bekas air.
WAllahua'lam Wassalam Hizamri http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic72_2001.htm Alat-Alat Muzik Yang Ditegah Dalam beberapa buah hadis Nabi Shallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan jenis-jenis alat muzik yang diharamkan. Adapun alat-alat muzik yang ditegah oleh syara itu ialah: i. Al-Maazif iaitu sejenis alat muzik yang bersenar (bertali) banyak. ii. Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup seperti seruling. iii. Al-Awtar atau Al-ud iaitu alat muzik yang bertali sejenis kecapi. iv. Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah. v. Al-Kamanjah iaitu Biola. vi. Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga. vii. Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring kekuningan yang diadu. viii. Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik yang dipetik yang mempunyai leher panjang dan mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari Parsi). Pengharaman alat-alat muzik yang dinyatakan di atas berdasarkan hadis-hadis berikut; i. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam : Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat maazif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib (cross) dan perkara-perkara jahiliah dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya dan dengan kemuliaanNya: "Tiada minum seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan seteguk daripada arak dengan sengaja ketika berada di dunia melainkan Aku akan meminumkan dia ganti arak itu daripada darah nanah pada Hari Kiamat, sama ada diampunkan dia atau sama ada diazabkan dia dan tiada siapa hambaKu yang meninggalkan arak di dunia kerana takutkan Aku, melainkan Aku beri dia minum akan arak di syurga. Tiadalah halal dijual benda-benda itu dan tiada halal dibeli akannya dan tiada halal diperniagakan dan harganya adalah haram. (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy) 2. Ahmad bin Mani Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz: Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, maazif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya. "Tiada seorang hamba yang minum arak di dunia melainkan Aku minumkan dia dari air panas neraka sama ada dia kena azab atau diampunkan dia dan tiada meninggalkan oleh seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan arak (di dunia kerana takutkan dosanya) melainkan Aku beri dia minum akan arak syurga". Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma yang telah berkata: Maksudnya: "Kubah itu haram, dannu itu haram, maazif (alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram". (Hadis riwayat Ahmad) 3. Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Bahawa Nabi Shallallahu alaihi wasallam telah mengharamkan bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)". 4. Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis gendang) dan maazif". 5. Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma bahawa Rasululah Shallallahu alaihi wasallam telah bersabda: Maksudnya: "Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup" (Hadis riwayat Ad-Dailami) Demikian beberapa hadis yang menjadi dalil tentang haramnya alat-alat hiburan (muzik). Para ulama mazhab Al-Syafie juga telah menghukumkan bahawa alat-alat muzik itu adalah haram, sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di atas. Dalam kitab Al-Muhadzdzab karangan Imam Abu Ishak Al-Syirazi menjelaskan bahawa haram menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan (dipanting atau digendang) tanpa ada lagu seperti ud, thaunbur, maazifah, thabl (gendang) dan mizmar. Adapun dalil haramnya bermain muzik itu sekalipun tidak diiringi dengan lagu berdasarkan firman Allah: Tafsirnya: "Dan ada di antara manusia; orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah". (Surah Luqman: 6) Menurut Ibnu Abbas maksud tafsir "perkara hiburan yang melalaikan" itu adalah alat-alat hiburan. (Al-Muhadzdzab: 2/457) Begitu juga dalam kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah, Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya, dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, ud, shanj dan mizmar Iraqi dan (haram) mendengarnya. (Hasyiah Qalyubi wa Umairah: 4/321) Imam Ibnu Hajar pula menyebutkan dalam kitabnya Al-Zawajir bahawa Abu Al-Abbas Al-Qurtubi telah berkata: "Adapun alat-alat muzik yang ditiup (al-mazamir), alat-alat muzik yang bertali (al-awtar), alat-alat muzik yang digendang (kubah), maka tiada perselisihan ulama pada mengharamkan mendengarnya dan aku tidak mendengar seorang pun daripada ulama yang muktabar sama ada daripada ulama salaf dan juga khalaf yang berpendapat mengharuskannya. Dengan hal yang demikian tidak syak lagi pada mengharamkannya dan tentang fasik dan berdosanya orang yang melakukannya, kerana ia adalah syiar (tanda dan lambang) bagi penggemar-penggemar arak dan penyokong-penyokong perbuatan fasik". Sesungguhnya ulama-ulama dalam mazhab Syafie bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan kita dapati juga ulama-ulama mazhab lain seperti ulama mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat demikian. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic74_2001.htm http://www.perdaus.org.sg/Takwin_webApr02/fokusApr02.html ----- Original Message ----- From: hujjah san,aa To: [email protected] Sent: Sunday, July 30, 2006 6:50 PM Subject: [islah-net] fatwa thtl yg kelakau.. mohonlah pencerahan sheikh aa/thtl/akob... thtl Panel Feqh Panel Feqh Joined: Aug 22, 2001 Posts: 4686 Location: KL/WP/Mal Post Posted: July 28, 2006 - 03:25 PM Reply with quote Back to top alat muzik apapun tidak haram termasuk gitar. sebab tu dinamakan ALAT muzik. yang haram ialah penggunaan muzik tu utk apa, kandungan lagunya, suasana muzik itu dimainkan.. misalnya ada orang guna gitar utk hafal hadis, maka itu adalah penggunaan gitar yg betul. Tapi gitar yg sama digunakan utk memuja wanita, arak, ganja dan syaithan, maka ketika itu haramlah gitar itu. Sama juga dgn kereta. Jika kereta itu digunakan utk penyeludupan beras dari golok ke rantau panjang, maka itu kereta haram. Tapi jika kereta itu digunakan utk menghadiri seminar anti-wahabi di Perlis, maka halallah kereta itu. Jadi piano dan gitar tidak haram pada dzatnya, ia haram pada penggunaan utk apa? Fatwa Syaikh Ali Thanthawi, KSA dan Fatwa alQardhawi. _________________ [img:ecf040282f]http://al-ahkam.com.my/forum/images/panel_feqh.gif[/img:ecf040282f] View user's profile Visit poster's website #ygrp-mlmsg { FONT-SIZE: small; FONT-FAMILY: arial,helvetica,clean,sans-serif}#ygrp-mlmsg TABLE { }#ygrp-mlmsg SELECT { FONT: 99% arial,helvetica,clean,sans-serif}INPUT { FONT: 99% arial,helvetica,clean,sans-serif}TEXTAREA { FONT: 99% arial,helvetica,clean,sans-serif}#ygrp-mlmsg PRE { FONT: 100% monospace}CODE { FONT: 100% monospace}#ygrp-mlmsg { LINE-HEIGHT: 1.22em}#ygrp-text { FONT-FAMILY: Georgia}#ygrp-text P { MARGIN: 0px 0px 1em}#ygrp-tpmsgs { CLEAR: both; FONT-FAMILY: Arial}#ygrp-vitnav { FONT-SIZE: 77%; MARGIN: 0px; PADDING-TOP: 10px; FONT-FAMILY: Verdana}#ygrp-vitnav A { PADDING-RIGHT: 1px; PADDING-LEFT: 1px; PADDING-BOTTOM: 0px; PADDING-TOP: 0px}#ygrp-actbar { CLEAR: both; MARGIN: 25px 0px; COLOR: #666; WHITE-SPACE: nowrap; TEXT-ALIGN: right}#ygrp-actbar .left { FLOAT: left; WHITE-SPACE: nowrap}..bld { FONT-WEIGHT: bold}#ygrp-grft { PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 0px; FONT-SIZE: 77%; PADDING-BOTTOM: 15px; PADDING-TOP: 15px; FONT-FAMILY: Verdana}#ygrp-ft { PADDING-RIGHT: 0px; BORDER-TOP: #666 1px solid; PADDING-LEFT: 0px; FONT-SIZE: 77%; PADDING-BOTTOM: 5px; PADDING-TOP: 5px; FONT-FAMILY: verdana}#ygrp-mlmsg #logo { PADDING-BOTTOM: 10px}#ygrp-vital { PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 8px; MARGIN-BOTTOM: 20px; PADDING-BOTTOM: 8px; PADDING-TOP: 2px; BACKGROUND-COLOR: #e0ecee}#ygrp-vital #vithd { FONT-WEIGHT: bold; FONT-SIZE: 77%; TEXT-TRANSFORM: uppercase; COLOR: #333; FONT-FAMILY: Verdana}#ygrp-vital UL { PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 0px; PADDING-BOTTOM: 0px; MARGIN: 2px 0px; PADDING-TOP: 0px}#ygrp-vital UL LI { CLEAR: both; BORDER-RIGHT: #e0ecee 1px solid; BORDER-TOP: #e0ecee 1px solid; BORDER-LEFT: #e0ecee 1px solid; BORDER-BOTTOM: #e0ecee 1px solid; LIST-STYLE-TYPE: none}#ygrp-vital UL LI .ct { PADDING-RIGHT: 0.5em; FONT-WEIGHT: bold; FLOAT: right; WIDTH: 2em; COLOR: #ff7900; TEXT-ALIGN: right}#ygrp-vital UL LI .cat { FONT-WEIGHT: bold}#ygrp-vital A { TEXT-DECORATION: none}#ygrp-vital A:hover { TEXT-DECORATION: underline}#ygrp-sponsor #hd { FONT-SIZE: 77%; COLOR: #999}#ygrp-sponsor #ov { PADDING-RIGHT: 13px; PADDING-LEFT: 13px; MARGIN-BOTTOM: 20px; PADDING-BOTTOM: 6px; PADDING-TOP: 6px; BACKGROUND-COLOR: #e0ecee}#ygrp-sponsor #ov UL { PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 8px; PADDING-BOTTOM: 0px; MARGIN: 0px; PADDING-TOP: 0px}#ygrp-sponsor #ov LI { PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 0px; FONT-SIZE: 77%; PADDING-BOTTOM: 6px; PADDING-TOP: 6px; LIST-STYLE-TYPE: square}#ygrp-sponsor #ov LI A { FONT-SIZE: 130%; TEXT-DECORATION: none}#ygrp-sponsor #nc { PADDING-RIGHT: 8px; PADDING-LEFT: 8px; MARGIN-BOTTOM: 20px; PADDING-BOTTOM: 0px; PADDING-TOP: 0px; BACKGROUND-COLOR: #eee}#ygrp-sponsor .ad { PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 0px; PADDING-BOTTOM: 8px; PADDING-TOP: 8px}#ygrp-sponsor .ad #hd1 { FONT-WEIGHT: bold; FONT-SIZE: 100%; COLOR: #628c2a; LINE-HEIGHT: 122%; FONT-FAMILY: Arial}#ygrp-sponsor .ad A { TEXT-DECORATION: none}#ygrp-sponsor .ad A:hover { TEXT-DECORATION: underline}#ygrp-sponsor .ad P { MARGIN: 0px}o { FONT-SIZE: 0px}..MsoNormal { MARGIN: 0px}#ygrp-text TT { FONT-SIZE: 120%}BLOCKQUOTE { MARGIN: 0px 0px 0px 4px}..replbq { } --------------------------------- Do you Yahoo!? Get on board. You're invited to try the new Yahoo! Mail Beta. [Non-text portions of this message have been removed] ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

